Baru-baru ini tular di media sosial mengenai rakaman video sebuah kereta Perodua Kenari nyaris terbabas akibat pemandu BMW yang ingin memotong sebuah lori tanpa memikirkan pemandu lain.

Dikhabarkan insiden tersebut berlaku pada petang Sabtu lalu dekat Jalan Felda Ulu Penggeli Kluang, Johor.

Walaupun mangsa terselamat dalam kemalangan itu, namun kereta yang dipandu mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan.

Bagaimanapun, kakak mangsa yang dikenali sebagai Nojahwati Sohaini telah memuat naik video rakaman tersebut di laman Facebook miliknya.

Video rakaman dari dashcam yang berdurasi 1 minit 4 saat itu telah mendapat lebih 153,000 tontonan dan lebih 800 share setakat ini. 

IKLAN

“ As Salam..mujur adik saya selamat semalam. Kepada kereta (BMW hitam) berkenaan, awak sangat biadab! Awak buat adik saya seinci dengan kematian.

 

 

“Saya nak viralkan apa yang awak dah buat. Moga kalau awak nampak tadi, awak sedar. Mana undang-undang yang awak pakai? Tak guna dapat lesen kalau macam ni cara pemanduan awak,” tulisnya kesal di laman Facebook.

Dilihat pada video berkenaan, kereta BMW berwarna hitam cuba memotong lori di hadapannya dan mengambil laluan kereta Perodua Kenari dan menyebabkan adik mangsa hilang kawalan dan melanggar penghadang besi di laluan bertentangan.

Dalam masa yang sama, mujur seorang penunggang motosikal sempat menekan brek dan mengelak daripada melanggar kereta Kenari tersebut yang telah termasuk ke laluannya itu.

IKLAN

Mujurlah ketika kejadian ada besi penghadang jalan yang terdapat di situ dapat menahan kereta tersebut daripada terjunam ke dalam gaung.

Rata-rata netizen berang dengan tindakan pemandu kereta BMW itu dan mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemandu berkenaan.

IKLAN

Pemuda Nyaris Maut Akibat Pemandu BMW Biadap

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI