Ternyata bukan sahaja manusia boleh mengembara ke serata dunia, malah kucing ini membuatkan ia tidak seperti kucing biasa yang lain.
Sukii adalah kucing Bengal yang cantik dari Kanada yang tidak takut untuk menjalani pengembaraan besar. Malah, Sukii adalah kucing yang tidak takut pada air.
Bukan itu sahaja, Sukii juga akan kelihatan sangat elegan dengan setiap langkah yang diambilnya dan mempunyai gambar yang sangat photogenik. (cari ejaan betul)
Dari perjalanan menaiki kanu hingga ke padang rumput, setiap tempat dirakam membuat kaki travel cemburu melihatnya.
Selain itu, Sukii suka menjelajah hutan, berlari di padang rumput yang dipenuhi bunga, duduk di tepian hutan, melihat pemandangan dari atas tebing,menjelajah gunung dan bahkan ikut mendayung bersama dengan pemiliknya.
Dalam pada itu, Sukii mempunyai lebih dari 205 ribu pengikut di Instagram.Dengan warna bulu yang cantik dan matanya yang unik, Sukii disukai ramai dan akan meraih lebih dari 30 ribu likes setiap entri baru yang dimuatnaik.
Ads
Rata-rata pengikutnya berkata Sukii bertuah memiliki tuan yang suka mengembara dan membawanya ke mana sahaja.
Jom lihat foto Sukii, bersiaplah untuk cemburu padanya, nampaknya kucing ini mempunyai pengalaman traveling yang lebih menarik daripada anda :
Seorang wanita nyaris menemui ajal setelah dirinya digigit oleh seekor anak labah-labah jenis ‘brown recluse’ ketika dia sedang tidur di kediamannya yang terletak di Arkansas, Amerika Syarikat.
Kata wanita tersebut yang dikenali sebagai Claressa, dia merasakan seperti digigit nyamuk pada bahagian bahunya namun dia tidak menghiraukan gigitan tersebut.
Disebabkan oleh gigitan tersebut, dia telah terlantar di wad selama sebulan dan berat badannya bertambah sehingga 12 kilogram.
Pada waktu itu kedua-dua buah pinggangnya juga gagal untuk berfungsi dan Claressa juga turut mengalami kekejangan perut setiap lima minit.
Setelah membuat ujian darah, didapati Claressa mengalami alahan terhadap bisa labah-labah tersebut dan dia terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang sebahagian daging reput di badannya akibat daripada gigitan anak labah-labah itu.
Katanya lagi, dia tidak menyangka seekor anak labah-labah boleh menyebabkan dia hampir terbunuh.
Ngeri bukan pengalaman yang dilalui oleh Claressa ini. Kadang kala kita memang sering mengambil mudah dengan gigitan serangga pada tubuh badan kerana merasakan ianya adalah gigitan biasa.
Untuk info, labah-labah jenis ‘brown recluse’ ini bersaiz kecil dan mempunyai punggung berbentuk seperti biola.
Racun daripada labah-labah ini akan menyebabkan benjolan ditempat yang digigitnya seperti benjolan gigitan nyamuk dan ianya tidak menyakitkan.
Tetapi jangan pandang rendah dengan gigitannya kerana benjolan pada bahagian badan yang digigitnya itu boleh membusukkan daging dari dalam serta mereputkah daging pada tubuh mangsa yang digigitnya.
Inilah yang dikatakan kecil-kecil cili api, jangan sangka binatang sekecil ini tidak bisa membawa parah kepada kita.
Tindakan yang cepat harus diambil jika anda terkena gigitan labah-labah ini dan segeralah mendapatkan rawatan bagi mengelak kejadian yang tidak diingin daripada berlaku.
Sumber: Open Minda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Semalam, Malaysia dikejutkan dengan berita penuh tragis dan menyayat hati di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Keramat, Kuala Lumpur.
Perginya anak-anak syurga ini menyebabkan ramai melahirkan rasa simpati dengan kejadian ini dan menganggap ianya sebagai satu ujian tuhan kepada hambanya.
Kejadian itu telah mengorbankan 24 orang tahfiz pelajar temasuk dua orang guru selepas mereka tidak berjaya keluar dari asrama tersebut yang marak terbakar.
Pelbagai kisah daripada rentetan ini berlaku, MH Online terpangil apabila membaca satu luahan salah seorang ibu pelajar tahfiz yang terkorban di mana luahannya itu begitu menyentuh hati.
“Ya Allah.. mama baru kehilangan abah, kali ni mama kehilangan Fahmie dalam hidup mama,” tulis Puan Noridayu.
Ternyata luahan pendek itu cukup untuk membuatkan hati puluhan pengguna Facebook tersentuh membacanya.
Perkongsiaan seorang ibu itu telah menerima lebih daripada 34,000 likes setakat ini. Sebanyak 8,294 perkongsian di Facebook. Rata-rata memberikan kata-kata positif dan berkata semoga Noridayu tabah menghadapi ujian Allah.
‘Abah’ itu merujuk kepada bapanya, Bakry bin Haji Wazi yang telah meninggalkannya pada bulan lepas, Ogos. Kini anakanda, Muhammad Fahmie bin Abdullah pergi meninggalkannya.
Dalam pada itu, Noridayu juga berkata ‘Terima kasih fahmie temankan abah. Cucu paling rapat dengan atuk.’ dengan memuatnaik gambar Fahmie bersama datuknya.
Pastinya kehilangan dua orang yang amat disayanginya dalam masa terdekat amat dirasai. Dia juga berdoa pada hari Jumaat hari ini agar dipermudahkan urusan pengebumian anaknya bersama mangsa yang lain.
Bersama-sama kita sedekahkan Al Fatihah kepada mereka, agar yang pergi ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.Amin.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Masih segar lagi dalam ingatan tentang sebuah video pelajar yang memukul ibunya kerana mahukan wang.
Terkini menurut satu sumber, pelajar yang dikenali sebagai Shukrey ini sudah pun memohon maaf kepada ibu dan bapanya dan dia juga menyesal dengan tindakan memukul ibunya dalam video tersebut sehingga menarik perhatian orang ramai sekali gus menerima pelbagai kecaman.
Menurut ibu kepada Shukrey, Umisarah Manaf dia mengatakan bahawa sebelum ini Shukrey tidak pernah bertindak sebegitu malah menyayangi ibunya. Ini adalah kali pertama anakya itu bertindak sedemikian.
“Saya terkejut sebab dia buat macam tu kerana dia seorang anak yang baik, dengar cakap. Saya tak sangka tiba-tiba dia jadi panas baran sampai macam tu sekali. Sebelum ni dia jentik cubit saya pun tak pernah,” katanya.
Kata Umisarah lagi, sikap anaknya kini sedikit berubah dan selalu balik lewat malam dan adakalanya langsung tidak pulang ke rumah.
“Sikap dia nampak berubah sekarang dia dah jadi lain, balik tengah-tengah malam kadang-kadang tak balik langsung,” katanya lagi.
Umisara memberitahu lagi, perkara itu terjadi kerana dia tidak dapat memberikan duit belanja sekolah kepada Shukrey kerana dia hanya mempunyai wang sebanyak RM17 sahaja ketika itu dan wang tersebut perlu digunakan untuk membayar tambang bas ke tempat kerja dan hari bayaran gaji masih lambat lagi.
Sebagai seorang ibu, dia menyifatkan anaknya seorang yang rajin mencari duit sendiri dan selalunya dia mempunyai duit poketnya sendiri.
Shukrey selalu mengutip tin, botol, kotak namun begitu semalam anaknya itu tidak mempunyai wang langsung dan apabila tidak diberikan duit oleh ibunya maka itu membuatkan dia marah dan bertindak memukul ibunya.
Bapa kepada Shukrey, Mohamad Nasir pula memberitahu ketika kejadian berlaku dia sedang berada di tempat kerja dan kemudiannya dia menerima video tersbut yang dihantar oleh anak perempuannya.
“Jadi saya hantar video itu pada guru anak sulung saya itu dengan niat mahu guru menasihatinya supaya jaga kelakuan tambahan pula sejak dua menjak ini Shukrey kurang berminat untuk ke sekolah.
“Sebenarnya sebelum ini saya banyak memarahi dan merotan dia supaya dia tumpukan perhatian pada pelajaran. Kalau boleh saya nak dia lebih pandai daripada saya dan tak jadi macam saya,” ujarnya.
Nasir berkata lagi, dia bertindak membuat laporan polis kerana risau tentang keselamatan keluarganya apabila ramai yang mengecam perbuatan anaknya selepas video itu tular.
Nasir juga memohon agar orang ramai tidak terus menghukum keluarganya jika tidak mengenali anak mereka yang sebenar dan situasi yang berlaku. Malah Nasir juga berkata lagi Shukrey merupakan anaknya jadi dia tahu cara untuk mengajar jika anaknya melakukan kesalahan.
Rentetan daripada hal ini, pihak polis juga turut mengambil keterangan datipada Shukrey dan menjalankan ujian air kencing ke atasnya. Hasil ujian itu mendapati pelajar tersebut bebas daripada pengaruh dadah.
Semoga apa yang terjadi ini dijadikan iktibar dan pengajaran buat Shukrey dan semua orang di luar sana. Berfikirlah dahulu sebelum membuat sesuatu tindakan yang boleh menadatangkan malu kepada keluarga.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti versatil, Elly Mazlein amat bersyukur apabila anak sulungnya, Puteri Sara Sefhia berjaya meraih keputusan semua A di dalam peperiksaan yang diambilnya, baru-baru ini.