Ads

Aliff Syukri Ziarah Adik Mateen Aryan, Hulur Bantuan Wang Tunai & Barangan Asas – “Kuat Sungguh Ujian Mereka.”

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui tersentuh hati melihat ketabahan pasangan suami isteri, Muhammad Hanif Zakaria dan Habidah Nasruddin dalam membesarkan anak istimewa mereka, Muhammad Mateen Aryan yang menghidap penyakit hidrosefalus atau lebihan cecair dalam kepala.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Aliff bersama keluarganya berpeluang menziarahi Mateen Aryan selain melihat sendiri keadaan terkini kanak-kanak berkenaan.

“Saya Seolah Tergamam…”

Menurut Aliff, kunjungan tersebut meninggalkan kesan mendalam buat dirinya apabila menyaksikan sendiri pengorbanan serta kekuatan ibu bapa Mateen dalam menjaga anak syurga mereka.

“Satu perasaan yang saya tak pernah rasa sebelum ni. Bila saya melawat adik Mateen, saya seolah tergamam melihat hebatnya mak dan ayah adik Mateen.

“Kagum saya dengan ketabahan mereka. Kuat sungguh ujian yang mereka hadapi dalam membesarkan anak syurga ini,” tulisnya.

Aliff turut menyifatkan kehadirannya bersama keluarga sebagai salah satu usaha kecil untuk menggembirakan Mateen Aryan dan insan tersayang.

Ads

Hulur Bantuan Tunai & Barangan Asas

Dalam pertemuan tersebut, Aliff turut menyampaikan bantuan berupa wang tunai serta barangan keperluan asas hasil daripada zakat perniagaan dan sumbangan orang ramai.

Aliff Syukri Ziarah Adik Mateen Aryan, Hulur Bantuan Wang Tunai & Barangan Asas – “Kuat Sungguh Ujian Mereka.”

Ads

“Alhamdulillah saya diizinkan Allah untuk menyumbang wang tunai dan barang keperluan untuk keluarga hebat ini,” kongsinya lagi.

Malah, Aliff juga sempat mengucup dahi Mateen sambil memohon doa agar dirinya terus dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik.

Aliff Syukri Ziarah Adik Mateen Aryan, Hulur Bantuan Wang Tunai & Barangan Asas – “Kuat Sungguh Ujian Mereka.”

Ads

“Doakan Papa Laris semoga terus murah rezeki dan panjang umur. Saya sayang Adik Mateen,” kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

Terdahulu, penyakit hidrosefalus yang dihidapi Muhammad Mateen menyebabkan bahagian kepalanya terus membesar sehingga ukuran lilit mencecah 90 sentimeter, manakala beratnya pula sekitar 20 kilogram.

Sehingga kini, video perkongsian tersebut telah meraih hampir 100,000 tontonan di Instagram.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Sumber & Kredit Foto: Instagram Aliff Syukri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Bapa Erysha Emyra Meninggal Dunia, Jenazah Akan Dikebumikan Esok Pagi

Bapa kepada pelakon, Erysha Emyra iaitu Datuk Zakaria Abdul Rahman dilaporkan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada petang Jumaat.
error: Hello. Cannot.