Anak lelaki kepada penyanyi Siti Sairah, iaitu Ahmad Daiyan, mencuri perhatian warganet apabila sedutan video duet bersama ibu saudaranya yang juga Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, tular di media sosial baru-baru ini.
Dalam video berkenaan, Ahmad yang lebih mesra disapa sebagai Amad dilihat menyampaikan lagu bernada tinggi Seribu Kemanisan, nyanyian asal Siti sendiri.
Aksi spontan dan vokal bersahajanya itu menerima pujian ramai, khususnya dalam ruangan komen selepas video tersebut dikongsikan semula Media Hiburan.
Idea Live Arena, arena tertutup terbesar yang terletak dalam pusat beli-belah di Malaysia, kini dibuka secara rasmi. Terletak di pusat beli-belah 3 Damansara.
Ia mampu memuatkan sehingga 7,000 penonton dan dilengkapi sistem teknikal terkini sesuai untuk konsert, pameran serta pelbagai acara berskala besar.
Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata, pelancaran arena ini selari dengan pengumuman insentif Concert and Event in Malaysia Incentives (CEMI) oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.
“Kita mengalu-alukan fasiliti begini, bukan saja dari sudut hiburan, malah pendidikan dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai hab perniagaan hiburan serantau,” ujarnya.
Arena ini dibangunkan dengan pelaburan bernilai RM40 juta yang melibatkan kerja naik taraf struktur, pengubahsuaian dan pemasangan sistem audio, pencahayaan serta visual bertaraf dunia.
Ia menawarkan sehingga 5,000 tempat duduk atau 7,000 tetamu dalam susunan campuran duduk dan berdiri.
Tambah Azmir, sambutan terhadap Idea Live Arena sangat menggalakkan.
“Saya dikhabarkan walaupun hari ini hari pelancaran Idea Live Arena, tempahan sudah penuh sehingga hujung tahun.
Seperti mana kita menggalakkan penonton menonton filem di pawagam, kita juga mahu mereka menikmati muzik di lokasi yang kondusif,” katanya.
Arena ini turut menampilkan ruang legar sambutan yang luas, bilik persalinan artis serba lengkap serta lima kotak VIP mewah bagi menjamin keselesaan penganjur dan penonton.
Majlis pelancaran turut disempurnakan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB, Tan Mei Phing dan diserikan dengan persembahan penyanyi legenda, Datuk Sheila Majid.
Dengan kelengkapan berkelas antarabangsa, kewujudan arena ini dijangka memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi setempat serta menyumbang kepada peningkatan trafik pelawat, khususnya di Petaling Jaya.
Lokasi strategiknya dalam pusat beli-belah turut menjadikan ia elemen penting dalam menyokong kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026)sebagai destinasi pelancongan budaya dan hiburan pilihan di rantau ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Astro terus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju hiburan isi rumah di Malaysia dengan mengumumkan kemasukan rasmi Prime Video ke dalam ekosistem hiburannya.
Pelanggan kini boleh menikmati pelbagai siri TV, filem blockbuster, dokumentari dan rancangan realiti dari seluruh dunia secara terus tanpa perlu melanggan secara berasingan.
Lebih menarik, sempena pelancaran ini, Astro menawarkan promosi eksklusif kepada pelanggan Astro One, di mana mereka boleh menikmati akses selama dua bulan ke Prime Video tanpa sebarang caj tambahan.
Tawaran istimewa ini berlangsung dari 24 April hingga 23 Jun 2025, dan memberikan peluang keemasan kepada peminat hiburan untuk merasai pengalaman menyaksikan kandungan antarabangsa secara sah, mudah dan selesa dari rumah.
Dengan tema “Prime Moments Best with Astro”, kerjasama ini mempersembahkan pengalaman yang menyeluruh dan lancar dalam satu ekosistem yang tersusun. Segala kandungan eksklusif Prime Video seperti Amazon Originals, siri popular dan filem antarabangsa kini boleh diakses dalam satu platform.
Antara judul menarik yang kini tersedia dan tidak wajar dilepaskan termasuklah siri “The Divorce Insurance” yang merupakan sebuah drama penuh konflik dan emosi yang mengupas isu perkahwinan dalam dunia korporat. “Reacher” pula menghidangkan aksi dan ketegangan menerusi kisah Jack Reacher yang memburu kebenaran di sebalik pelbagai konspirasi.
Bagi penggemar drama Korea, “Marry My Husband” hadir sebagai sebuah kisah romantik yang sarat dengan emosi dan penuh kejutan. Manakala “The Boys” merupakan siri adiwira yang memaparkan sisi gelap kuasa dan ketamakan, dengan pendekatan naratif yang lebih matang dan mendalam.
Tidak kurang menarik ialah “Beast Games”, sebuah rancangan realiti yang mencabar kekuatan fizikal dan mental para peserta dari pelbagai latar belakang, mencipta ketegangan dan inspirasi dalam setiap episod.
Selain tawaran kandungan antarabangsa, dengan Astro One, anda juga boleh menyaksikan rancangan tempatan yang tular kini seperti drama bersiri Dia Imamku dan First Wives. Pastinya lakonan daripada pelakon-pelakon hebat seperti Kamal Adli, Siti Saleha, Mimi Lana dan Malek McCrone bakal buat anda terpukau.
Jika anda gemar rancangan berbentuk konsert, Big Stage Alpha akan menghiburkan hujung minggu. Membariskan 18 peserta, musim keenam ini menyuntik kelainan dengan menampilkan penyanyi lelaki sahaja.
Tidak ketinggalan untuk si cilik, rancangan seperti Mechamato The Movie sesuai untuk hiburan seisi keluarga dengan kelincahan karakter dan penyampaian mesej yang cukup positif. Buat si kaki sukan pula, anda boleh menyaksikan Sepak Takraw League 2025 yang kini sedang berlangsung untuk mencari pasukan paling unggul di Malaysia.
Untuk menikmati akses Prime Video ini, pelanggan hanya perlu mendaftar pelan Astro One dalam tempoh promosi.
Kehadiran Prime Video secara rasmi di dalam platform Astro One bukan sekadar menambah satu lagi sumber hiburan, malah membuka pintu kepada dunia kandungan global dengan lebih mudah dan berbaloi. Menampilkan lebih 100,000 koleksi hiburan untuk anda, kesemua kandungan di Astro One boleh distrim bila-bila masa oleh empat peranti dalam tempoh yang sama.
Jangan lepaskan peluang ini. Langgan Astro One hari ini dan bersedia untuk layan drama, filem dan rancangan terbaik dunia terus dari ruang tamu anda. Untuk maklumat lanjut layari www.astro.com.my.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Belum rezeki menimang cahaya mata, isteri kepada pelawak popular, Shuib iaitu Watie Hanifiah memaklumkan dia mengalami keguguran, Sabtu lalu.
Menerusi hantaran di Instagram, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah meluahkan rasa sayu dan mendedahkan dia seakan sudah mendapat petanda tentang kejadian tersebut.
Girl group popular, DOLLA bakal mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa menerusi penyertaan mereka di The A Festival Paris yang akan berlangsung pada 24...