Keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim seperti yang dipetik Sinar Harian, mahu penjenayah yang terlibat dibawa ke muka pengadilan dengan segera.
Ibu Allahyarham, Asma Aziz, 51, berkata, dia mahu melihat sendiri wajah penjenayah kejam yang sanggup membelasah anaknya sehingga membawa kematiannya.
“Perbuatan kumpulan perusuh membelasah anak makcik dengan kejam sememangnya tidak dapat dimaafkan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tebengau Tepi Laut, Kedah.
Asma juga mengharapkan agar pihak terlibat dalam rusuhan itu dikenakan hukuman setimpal dengan apa yang mereka telah lakukan terhadap arwah anaknya.
Ads
Pada masa sama, Asma yang masih trauma dan tidak mampu menerima kejadian rusuhan berlaku hingga tidak dapat melelapkan mata.
“Sehingga saat ini, makcik tidak berdaya untuk menziarahi kuburnya dan tak boleh tidur lena sebab rindu dan teringatkan Adib.
Ads
“Makcik memang rapat sangat dengan dia, kalau ada cuti memang dia akan balik kampung bantu ayahnya di sawah,” ceritanya.
Terdahulu, bapa Allahyarham, Mohd Kassim Abdul Hamid, 63, memohon supaya keluarga mereka tidak diganggu buat sementara waktu.
Ads
Dalam kejadian sebelum ini, Muhammad Adib parah dalam kejadian di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, USJ 25, Subang Jaya, Selangor pada 27 November lalu.
Allahyarham meninggal dunia di Institut Jantung Negara kira-kira jam 9.41 malam, Isnin lalu.
Sumber : Sinar Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Vokalis kumpulan Seventeen, Riefan Fajarsyah atau dikenali sebagai Ifan yang menjadi satu-satunya anggota kumpulan berkenaan yang terselamat mendedahkan, dia sebenrnya telah mendapat bantuan tiga penyelamat ketika badai tsunami melanda Pulau Anyer, Sabtu lalu.
Ifan membuat perkongsian tersebut di Instagram miliknya dengan mendedahkan, dia ketika itu berada di tengah laut selama dua jam, dengan jarak hanya 1 kilometer dari persisiran pantai.
Di saat tenaganya kian kurang, Ifan bertindak berpaut dengan sebuah kotak hitam bersama tiga mangsa lain.
“Sebenernya Allah mengirimkan tiga penyelamat waktu bencana kemarin.
“Yang pertama, kotak hitam ditengah yang Allah kirimkan sebagai penyambung nyawaku saat aku terkatung2 ditengah laut selama 2 jam, dengan jarak hampir 1km dari bibir pantai bersama 3 orang lainnya.
“Walaupun sudah setengah mengapung, tapi masih mampu menjadi sandaran jari-jari kami saat kami benar2 kelelahan dan kehabisan nafas
“Yang kedua dan ketiga adalah mas @episoemarna (kanan) dan bang @yusrankiyut (kiri), pertemuan tak sengaja di tengah jalan dan di ruang igd rumah sakit, ditengah kebingunganku, tanpa kendaraan, tanpa arah, tanpa uang sepeserpun yang aku pegang waktu itu,” tulisnya.
Psa masa sama mereka juga ihlas menghulurkan bantuan meski saling tidak mengenali.
“Dengan keadaan yang tidak saling kenal, mereka dengan ikhlas memberikan waktu mereka 2 hari full, dari mengantarkanku kemanapun, memberikanku makanan, meminjamkan sarung dan pakaian, tas, obat2an, jaket yang mereka pakai saat aku kedinginan, menyebarkan data kepada relawan tentang ciri-ciri istriku, sampai memberikan support moril dalam proses pencarian istri dan drummerku selama disana.
“Mas Epi, bang Yusron, hanya Allah yang bisa membalas kebaikan mas Epi dan bang Yusron, ga akan cukup aku yang ngebales.
“Ya Allah ya Tuhanku, terima kasih atas kesempatan yang telah Engkau berikan, semoga semua yang selamat selalu dalam lindungan Allah SWT. Dan semua yang telah wafat diterima disisiMu yang paling mulia ya Allah, Al-fatihah,” kongsi Ifan panjang lebar.
Untuk rekod, badai tsunami yang tercetus di kawasan Selat Sunda itu sehingga ini mengorbankan lebih 350 nyawa. Isterinya, Dylan Sahara Puteri turut maut.
Foto: Instagram Riefan Fajarsyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kumpulan pelawak, Zero sinonim dengan lawaknya yang ‘gila-gila’ dan dialek yang digunakan sering membuatkan ramai ketawa.
Malah gelagat mereka juga memang buat ramai terhibur.
Dalam pada itu, salah seorang ahli kumpulan tersebut iaitu Mohd Syaiful Doli Shari atau lebih dikenali sebagai Syaiful telah menyambut ulang tahun hari jadinya ke-30, semalam.
Lantas, ia telah dikongsikan adiknya, Atu atau nama sebenarnya Sharid Kunal Doli Sharif yang melihatkan gambar throwback mereka bersama ibunya beserta kapsyen berunsur kesedaran.
“Salam semua .. Alhamdulilah Kita pernah dibawah,sekarang pun tetap masih dibawah,tidak ada namanya manusia hamba diATAS, melainkan Dia Allah SWT Selamat ulang tahun,” tulisnya.
Menjengah di Instagram Syarif (adik) pula, dia turut mengucapkan hari jadi kepada abangnya itu.
“Selamat hari lahir abg kami @syaiful_zero semoga kita sentiasa dalam rahmat dan lindungan nya #pantangmundurkecualioperasi ,” tulis Sharif atau nama sebenarnya Sharif Kadir Doli Sharif.
Selepas menyaksikan penyingkiran pertama minggu lalu, pentas Kilauan Emas Selebriti (KES) menjadi semakin sengit apabila dua lagi peserta terpaksa menamatkan perjuangan mereka pada saingan konsert minggu kelima, malam tadi.