Anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang parah ketika insiden di Kuil Sri Mahamariaman di Subang Jaya bulan lalu disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 9.41 malam di Institut Jantung Negara (IJN).
Muhammad Adib dimasukkan ke IJN akibat mengalami cedera parah susulan insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman pada 27 Nov lalu, memetik laporan Astro Awani.
Perkara itu diumumkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin di IJN.
Ads
Jenazah Muhammad Adib akan dibawa ke Balai Bomba Hang Tuah pada Selasa untuk penghormatan terakhir dan akan dibawa ke Kedah untuk dikebumikan.
Ads
Pada Ahad lalu, IJN melalui satu kenyataan memaklumkan kesiahatan Muhammad Adib kembali merosot dengan fungsi paru-parunya yang menurun tahapnya.
Ads
Sumber: Astro Awani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas pakaian yang dikenakan selebriti dan usahawan, Rozita Che Wan menjadi viral kerana dikatakan ‘terlalu cantik’ untuk pergi menonton perlawanan bola sepak di stadium, kali ini Che Ta sekali lagi tampil dengan gaya sinonimnya, ‘serba glamor’.
Menerusi perlawanan Piala AFF Suzuki Final awal malam tadi di Axiata Arena, Bukit Jalil, pelakon drama Kak Marr ini melaram dengan kardingan dan baju jersi Harimau Malaya sedondon kuning, lengkap dengan seluar panjang sarat labuci.
Turut menjadi tumpulab ialah beg jenama sendiri yang dibawa, selain turut mengenakan kasut boot tinggi potongan ankle sebagai pelengkap gayanya di stadium, semalam.
Lalu seperti biasa, rata-rata netizen kagum dengan semangat dan penampilan Che Ta yang tak pernah kalah gaya hingga ada yang membayangkan isteri bekas pemain bola sepak popular dunia, Posh Beckham pasti akan makin hati bila tengok gaya Che Ta.
Che Ta sebelum ini ada memberikan penjelasan mengenai apa yang dipakainya saat menoton peringat separuh akhir melibatkan kejohanan sama.
Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan ada membuat perkongsian mengenai hal rumah tangga, menyatakan isteri yang beruntung andai memiliki suari yang mempunyai enam ciri yang disenaraikan.
Mengambil perkongsian daripada Che Ta menerusi Instagram, isteri paling beruntung adalah isteri yang mempunyai suami yang penyabar dan penyayang.
Ini dia senarai yang dikongsikan pelakon Lelaki Kiriman Tuhan ini;
“Isteri paling beruntung adalah isteri yang dikurniakan Allah seorang suami yang PENYABAR dan PENYAYANG. Penuh kehangatan dan kelembutan, suka menolong dan berhati tulus. Jika dia pergi isteri merindukan. Jika dia ada isteri terus ingin berdekatan.
1) Lelaki terindah di mata wanita bukanlah yang paling tampan wajahnya; melainkan yang bisa membuatnya merasa sang tercantik di dunia
2) Lelaki tergagah di hati wanita bukanlah yang paling kekar ototnya, melainkan yang mampu mendengar, memahami, & mengerti curahan hatinya
3) Lelaki terkaya bagi wanita, bukanlah yang terbanyak hartanya. Tapi dia yang pandai bersyukur & mengungkapkan terimakasih padanya
4) Lelaki tershalih bagi wanita, tak sekedar banyak ilmu agama & rajin ibadahnya; tapi juga dia yang paling mulia akhlaqnya
5) Lelaki terhebat bagi wanita, bukanlah yang mampu membelikan apapun untuknya; tapi yang wajah & bahunya siap menyambut senyum & airmata . 6) Lelaki tercinta bagi wanita; dia yang prasangka tak mengalahkan kemuliaan budinya; yang kekesalan tak mengalahkan pengertian & maafnya
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik diantara kalian ialah yang paling baik terhadap istrinya.” (HR.Tirmidzi)
“Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada keluarganya” (HR. Ibnu Majah)
Dan bergaullah dengan mereka (isteri) secara baik. Kemudian jika kamu tidak menyukai mereka maka bersabarlah, karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” (QS. An-Nisaa’: 19).
Rezeki datang dalam pelbagai bentuk jika tidak dikurniakan suami yg baik, maka bersabarlah… krn berkat kesabaran isteri akan tiba masanya Allah ubah suami anda menjadi yg terbaik utk anda. InsyaAllah. Aminnnn,” kongsinya.
Sedang diulit bahagia, usahawan Joy Revfa atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd Amin sering kali memuat naik foto mesra bersama jejaka yang dikenali sebagai Faiz, lengkap dengan kapsyen yang mencuit hati.
Terbaru, Joy ada mendedahkan situasi perkenalannya dengan lelaki berkenaan, yang sebenarnya bermula di alam maya.
Malah kagumi kesabaran Faiz yang dikatakan setiap hari menghantar teks peribadi menerusi Instagram selama setahun!
“Selepas setahun baru saya ‘nampak’ & balas message dia setiap hari duk tegur dlm DM Instagram ni.. bersabar betul awk ni tunggu sampai saya reply.
“Patut la org kata : barangsiapa yang bersabar, maka dia akan beruntung…,” tulisnya sambil sambut dengan pelbagai komen daripada netizen.
Malah menerusi posting terdahulu, Joy turut memberitahu bahawa ibunya ada meminta dirinya untuk segera mendirikan rumah tangga andai sudah bertemu dengan lelaki yang serasi.