Pemenang Mentor 7, Zaaim atau nama lengkapnya, Zaaim Abdullah mengakui pada awalnya dia tidak berapa ‘suka’ dengan lagu pilihan mentornya, Siti Nordiana untuk lagu Bukan Rayuan Gombal (nyanyian asal Judika).

Katanya, dia tidak berapa mesra dengar dengan lagu berkenaan dan kalau boleh, dia mahu persembahkan lagu-lagu berentak balada.

“Kalau boleh saya nak nyanyikan lagu berentak balada. Misalnya lagu dari Asfan atau pun Azura dari Datuk Jamal Abdillah

“Bagaimanapun saya akur dengan pilihan Mentor memandangkan dia lebih berpengalaman dan tahu kelebihan saya, insyaAllah,” katanya kepada MH.

Siti Nordiana atau pun Nana secara seloroh mencelah memberitahu, dia mahukan protogenya itu mengalunkan lagu yang tidak pernah dinyanyikan sebelum ini.

“Kiranya dia menyanyi dalam keterpaksaan. Sebab ia adalah malam final. Jadi kena lakukan yang lain dari yang lain dan saya cakap padanya, suka hati kalau nak nyanyi lagu pilihan awak, nyanyilah.

IKLAN

“Kalau tak boleh persembahkan terbaik, saya okay saja. Saya kata. Lalu dia ambil cabaran tersebut dan alhamdulillah rasanya dia layak untuk menang malam ini. Saya bangga,” kata Nana.

Malah kata Nana lagi, sejak dua minggu lalu semangat Zaaim agak menurun.

“Pada masa sama, saya dan team juga bagi dia semangat dan motivasi. Syukur, malam final semangatnya cukup besar, kuat,” jelasnya.

IKLAN

Ditanya pada Zaaim mengenai wang kemenangan dan sebuah kereta tajaan Aerocar yang dimenanginya, pemuda berusia 28 tahun ini memberitahu dia belum memikirkan soal tersebut.

“Tak fikir lagi. Cuma kalau tanya saya sekarang, duit kemenangan saya nak bagi mak,” katanya ringkas. 

IKLAN

Terdahulu, Mentor 7 disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam menerusi TV3 menyaksikan pemuda dari Kedah itu menewaskan tiga peserta lain pada lam final.

Zaaim membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM80,000, sebuah kereta serta trofi.

Foto: Instagram TV3/ video Instagram Haiza

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI