Pelakon dan salah seorang peserta Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee menerusi Instagram dua hari lalu ada mendedahkan, dia menerima kiriman ‘direct message’ daripada seorang remaja yang dikatakan masih lagi di bangku selokah

Apa yang tidak sedapnya, mesej yang diberikan sepertinya menghina fizikal bintang berkenaan sebagai hodoh dan hitam.

“The recent DM yang Hanee dapat. “Buduh hitam, macam Afrika” (budak sekolah lagi gurl pulak tu).

IKLAN

“Okay firstly you mengeja pun tak betul. Secondly, why not dik hitam cam Afrika ni sebab kulit hitam ni lah akak boleh cari rezeki untuk family akak,” tulisnya.

Pada masa sama, pelakon baru itu juga ada memaklumkan, dia tidak kisah mengenai apa yang ingin diperkatakan orang fasal dirinya.

IKLAN

Bagaimanapun, ramai juga yang bertanya apakah caranya di dalam menghadapi kutukan.

“Ni la cara Hanee. Hanee tak reply pun DM budak tu. Hanee siap spam like ig story semua tengok,” tulis Hanee atau nama penuhnya, Sharifah Haneesya Sayed Sahlan.

IKLAN

Apa pun, menurut Hanee ia bukanlah kali pertama seumpamanya berlaku.

Bagi peminat Hanee atau penyokong setia Dewo Remaja, jangan lepaskan temu janji anda untuk menonton program realiti Dewi Remaja setiap Ahad jam 10 malam di saluran Astro Ria 104.

Foto: Haneesya Hanee

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI