Penyanyi dan usahawan, Datuk Fazley Yaakob turut tampil menyatakan rasa kagum dan tahniahnya buat rakan artis, Aliff Aziz yang telah berjaya merangkul gelaran juara Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).

Tambah Fazley, dia juga bangga dengan semangat serta pengorbankan yang ditunjukkan isteri Aliff, pelakon Bella Astillah yang menjadi tulang belakang atas kejayaan suami tersayang.

“Pernikahan Yang Bergolak Hebat Dipelihara Oleh Pegangan Agama Yang Semakin Teguh,” – Setia Di Sisi Aliff Aziz, Fazley Yaakob Kagum Semangat Bella Astillah “Pernikahan Yang Bergolak Hebat Dipelihara Oleh Pegangan Agama Yang Semakin Teguh,” – Setia Di Sisi Aliff Aziz, Fazley Yaakob Kagum Semangat Bella Astillah

“Tahniah adikku @iamaliffaziz dan @bellaastillah. Kalian deserve it! Saya sendiri melihat bagaimana seorang isteri mengorbankan segala-galanya demi melihat kejayaan seorang suami di pentas perjuangan.

“Pernikahan yang bergolak hebat dipelihara oleh pegangan agama yang semakin teguh. Abang tumpang bangga with both of you. Allah will always be fair!

IKLAN

“This in your win as a couple! Moga masjid yang dibina kekal teguh hingga ke hujung nyawa!,” tulisnya pada satu entri di Instagram.

“Pernikahan Yang Bergolak Hebat Dipelihara Oleh Pegangan Agama Yang Semakin Teguh,” – Setia Di Sisi Aliff Aziz, Fazley Yaakob Kagum Semangat Bella Astillah “Pernikahan Yang Bergolak Hebat Dipelihara Oleh Pegangan Agama Yang Semakin Teguh,” – Setia Di Sisi Aliff Aziz, Fazley Yaakob Kagum Semangat Bella Astillah

Bintang berusia 43 tahun yang juga peserta GV8 menyifatkan kemenangan Aliff adalah satu rezeki yang sudah ditentukan olehNya.

IKLAN

“Buat kalian yang sibuk-sibukan “Kenapa orang #singapore yang menang? Sebab @tokram_ramlims orang singapore maka dia menangkan orang singapore!!”

“Cubalah bersangka baik, just this once! Rezeki semua Allah dah tentukan. Tak kiralah malaysia ke, #Indonesia ke, #Singapore ke, kita dah satu rumpun. Jangan dibawa sentimen kenegaraan ke pentas rezeki @gegarvaganzaofficial

IKLAN

“Rezeki tak pernah salah alamat, namun mereka yang berhati hitam seringkali merasa mereka lebih layak mengutuk dan mengeji tanpa ada rasa segan,” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

Terdahulu, Fazley yang sinonim dengan lagu berjudul Asmara tersingkir dalam saingan minggu keempat GV8 yang bersiaran langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) setiap Ahad.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Fazley Yaakob

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI