Penyanyi terkenal, Anuar Zain mengesahkan dirinya bukan penyanyi yang bakal menggantikan anak saudaranya, Ernie Zakri bagi menyanyikan Boneka di Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36).

Pada masa sama, Ernie yang bakal melahirkan anak sulungnya tidak lama lagi setakat ini masih belum mendedahkan siapakah penyanyi yang bakal menggalas tanggungjawab terbabit.

Menurut Anuar, dia sendiri tidak tahu siapa yang bakal menggantikan Ernie, namun tidak menafikan lagu ciptaan Omar K, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh itu sebagai sebuah naskhah yang baik.

“Boneka adalah lagu yang sangat menarik. Saya sendiri tak tahu siapa yang dipilih untuk menggantikan Ernie. Sejujurnya, kalau kami berjumpa, kami memang kurang bercakap soal kerja.

“Saya sendiri belum tahu siapa ganti, tetapi setakat ini bukan saya. Jika ada tawaran untuk ganti pun, saya tak tahu nak kata apa sebab sebenarnya lagu Boneka itu sangat susah.

“Orang ingat lagu tu simple, tapi sukar sebenarnya. Saya sendiri berharap Ernie berjumpa dengan pengganti yang bagus,” katanya.

IKLAN

Anuar berkata demikian sebagai mengulas antara cadangan yang diberikan netizen mengenai penyanyi yang layak untuk menyanyikan lagu berkenaan itu di pentas AJL36.

Selain Anuar, nama kakaknya Ziana Zain turut disebut-sebut.

Anuar Zain Sahkan Bukan Pengganti Ernie Zakri Nyanyi Lagu Boneka Di AJL36 – “Setakat Ini Bukan Saya.” Anuar Zain Sahkan Bukan Pengganti Ernie Zakri Nyanyi Lagu Boneka Di AJL36 – “Setakat Ini Bukan Saya.” Anuar Zain Sahkan Bukan Pengganti Ernie Zakri Nyanyi Lagu Boneka Di AJL36 – “Setakat Ini Bukan Saya.”

IKLAN

Terdahulu, penyanyi yang popular menerusi lagu Keabadian Cinta ini ditemui pada sidang media Makan Malam Amal Anuar Zain – Karena Aku Cinta di Pullman Bangsar, Kuala Lumpur pada Selasa.

Makan Malam Amal Anuar Zain – Karena Aku Cinta bakal diadakan 5 Mac 2022 di Ipoh International Convention Centre, IICC bermula pukul 8.30 malam.

“Acara ini menghargai dan menyalurkan bantuan kepada anggota barisan hadapan atau frontliners yang terkorban ketika menjalankan tugas sepanjang wabak melanda dan juga menghargai penggiat seni tempatan yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

IKLAN

“Majlis makan malam amal anjuran bersama Bond Holdings Sdn Bhd, Majlis Bandaraya Ipoh

(MBI) dan Sycal Ventures Berhad in bertujuan untuk berhibur sambil beramal,” katanya.

Harga tiket bermula dari RM 230 hingga RM380. Untuk sebarang info lanjut dan pembelian tiket boleh hubungi penganjur atau boleh dapatkan tiket di kaunter tiket Bond Suites Sales Gallery @ IICC.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI