
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

Perrnah melalui fasa perpisahan sebelum ini, penyanyi era 80-an, Suliza Salam akhirnya kembali bertemu jodoh.
Penyanyi yang juga ibu kepada Ismail Izzani ini akhirnya menemui kebahagiaan dalam perkahwinan keduanya bersama ahli perniagaan, Ismail A Ahmad.
Pasangan ini selamat diijabkabulkan pada Disember tahun lalu dan pada Februari, pasangan ini diraikan dalam sebuah majlis resepsi tertutup yang dihadiri keluarga serta sahabat terdekat.
Menurut Suliza, selepas lebih lima tahun mengenali suaminya, hubungan mereka berubah daripada sekadar persahabatan kepada satu ikatan yang lebih mendalam.
“Bercerai bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi dalam setiap kesedihan pasti ada hikmahnya. Kak Su mula rapat setelah melalui fasa perpisahan.
“Keprihatinan dan kesungguhannya untuk sentiasa berada di sisi Kak Su, bukan hanya untuk diri Kak Su tetapi juga untuk anak-anak dan cucu-cucu, benar-benar menyentuh hati.
“Malah kematangan dan keyakinannya juga berjaya meyakinkan Kak Su. Usia bukan ukuran, yang penting adalah kesanggupan diri untuk memikul tanggungjawab,” ujarnya, petik Mingguan Wanita.

Malah tidak dinafikan, restu daripada keluarga juga penting, termasuk daripada anak lelakinya, Ismail Izzani.
Bagi Suliza, perkahwinan ini bukan sekadar satu ikatan, tetapi satu janji untuk sama-sama menjaga dan menyayangi hingga ke akhir hayat.
“Kadang-kadang kita terlalu memikirkan apa orang kata, sedangkan bahagia itu adalah hak kita sendiri.
“Tuhan sudah menentukan jodoh, tugas kita adalah menerima dan menghargainya,” katanya lagi.
Keikhlasan dan keyakinan dalam membina rumah tangga bersama telah memberikan Suliza kekuatan untuk melangkah ke fasa kehidupan baharu dengan lebih yakin.
“Melihat senyuman orang tersayang pada hari bahagia membuatkan Kak Su semakin yakin bahawa inilah keputusan terbaik dalam hidup.
“Bila kita ditemani orang yang betul, tiada alasan untuk menolak kebahagiaan. Semuanya selesai dengan baik.
“Dan yang paling penting, kami mendapat restu daripada semua yang kami sayangi. Syukur, Alhamdulillah,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber/Foto: Mingguan Wanita
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara Hawa Rizwana menafikan dakwaan dirinya sedang menjalani fasa bahagia bersama seseorang ketika ini.
Hawa, atau nama sebenarnya Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 30, menjelaskan, tiada individu khusus yang berjaya menambat hatinya buat masa ini.
Sebaliknya, dia lebih selesa berkawan dengan semua orang.
“Siapa? Saya tidak mempunyai sebarang perancangan untuk membawa hubungan dengan mana-mana lelaki ke tahap yang lebih serius.
“Saya hanya berkawan dengan semua orang, dan setakat ini, belum ada lelaki yang istimewa dalam hidup saya,” katanya.
Tambah Hawa, fokus utamanya kini adalah terhadap kerjaya dan bukannya soal cinta.
“Bagi saya, sekarang adalah masa yang sangat mencabar. Saya sibuk kerana baru sahaja memulakan perniagaan sendiri.
“Jadi, untuk memberikan fokus kepada hubungan istimewa itu agak sukar, dan setakat ini, belum ada yang boleh menerima situasi tersebut.
“Apa-apa pun, saya terbuka untuk berkenalan dengan sesiapa. Harapnya ada calon yang sesuai buat saya nanti,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!
Usahawan dan pempengaruh, Joy Revfa dan suaminya, Dr. Adrian Yeah, selamat menyambut kelahiran cahaya mata perempuan pada 15 Mac lalu.
Berita gembira itu dikongsikan Joy atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd Amin menerusi beberapa perkongsian di Instagram.
Turut dikongsikan menerusi platform sama ialah sepotong video yang memaparkan suaminya berjalan masuk menemuinya bersama sejambak bunga mawar merah sebagai tanda kasih.
Menurut Joy, bayi mereka sepatutnya dilahirkan secara normal pada 20 Mac, namun kelahiran berlaku lebih awal daripada jangkaan.
“Sebenarnya Joy dan suami plan nak lahir baby secara normal pada 20 Mac tapi dia dah tak sabar nak keluar juga 15 Mac 2025.
“Sebelum sahur dah berkejar ke hospital sebab contraction semakin lama semakin kuat.
“So terpaksa emergency czer tapi tetap rasa bersyukur sebab semuanya dipercepat dan dipermudah oleh Allah SWT,” tulisnya.
Dalam pada itu, Joy turut meluahkan rasa syukur kerana memiliki seorang suami penyayang yang setia menemaninya sepanjang proses kelahiran.
“Rasa bertuah sebab suami tercinta, Dr Adrian tetap ada di sisi ini dari awal sampai akhir.
“Tak berputus asa bagi kata-kata semangat dan menjaga sebaik mungkin isteri dan baby baru dia ni. Decor-decor cantik ni semua hubby yang sediakan dan buat surprise!
“You are a true blessing to my life, sayang. I love you so much!,” tulisnya yang turut menitipkan penghargaan buat ahli keluarga yang lain.
Dalam pada itu, Joy secara tak langsung juga erkongsi suasana di suite mewah sebuah hospital yang indah dihiasi dengan dekorasi merah dan keemasan sebagai persiapan menyambut kelahiran puteri sulung mereka.
A post shared by Siti Arifah binti Mohd Amin (@joyrevfa)
Kurniaan Terindah
Joy turut menzahirkan kesyukuran atas anugerah pelengkap keluarga, sekali gus mendedahkan nama permata hati.
“Syukur alhamdulillah, finally Allah SWT has blessed us with a beautiful baby girl ‘CinLay’ Adriana Damya Yeah. Birth weight 3 kg,” tulisnya.
Untuk rekod, Joy Revfa yang juga pengasas Merve Cosmetics ini pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan dan dikurniakan seorang anak lelaki, Arryan Firdaus.
Sebelum ini, Joy pernah bertemu jodoh engan penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun pada 1 Mei 2017, namun perkahwinan tersebut berakhir pada Oktober tahun sama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!
Mengalami ‘slipped disc’ lebih seminggu lalu, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat, 32, tetap komited dalam bekerja walaupun dinasihatkan doktor supaya berehat sekurang-kurangnya satu bulan.
Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 32, mengakui pergerakannya kini terbatas dan dia perlu lebih berhati-hati agar keadaan kesihatannya tidak bertambah buruk.
“Sepatutnya saya perlu berehat. Bagaimanapun saya memilih untuk terus bekerja. Esoknya (selepas keluar hospital) saya terus ada komitmen penggambaran, berehat sehari dan ke Singapura untuk berniaga.
“Bagi saya ini ialah tanggungjawab dan pada masa sama perlu jaga kesihatan juga. Jadi apa yang boleh saya buat ialah dengan berhati-hati bila buat kerja, jalan dengan perlahan dan makan ubat.
“Insya-Allah selepas habis berniaga di Singapura, saya akan berehat. Doktor memang marah bila tahu masih lagi terus bekerja.
“Jadi doktor ada berikan nasihat dan tip bagi pesakit slipped disc. Apa yang perlu saya lakukan ketika ini ialah dengan jalani rutin senaman dan makan ubat tertentu.
“Saya berada di hospital selama dua hari sebelum ini dan kata doktor sebenarnya galakkan saya untuk berehat sekurang-kurangnya sebulan,” katanya.
Penyanyi lagu Nakal itu ketika ditemui di karnival beli-belah Celebfest Ramadan 2025 di Suntec, Singapura, pada Sabtu.
Dalam pada itu, Ayda mengakui dia sendiri tidak pasti apa punca sebenar yang menyebabkan dia mengalami kecederaan tersebut.
“Kalau orang tanya macam mana terjadi, tak pasti apa puncanya. Ketika kejadian, saya hanya nak letakkan kasut anak di bawah, selepas itu bila nak bangun tiba-tiba bunyi ‘pop’.
“Bila insiden itu berlaku, saya menjerit kesakitan sebab ingatkan tulang patah. Saya juga tak boleh nak berdiri tegak.
“Suami saya pun terkejut tengok keadaan saya dan terus bawa ke hospital,” katanya lagi yang sukses berniaga minyak wangi dan busana Muslimah di karnival beli-belah tahunan itu.
Terdahulu pada 1 Mac lalu, Ayda memaklumkan dia telah menerima rawatan di sebuah pusat perubatan selepas mengalami slipped disc ringan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!
© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn. Bhd ❤️ Dikendali Oleh Astro Group
