Pelakon, Datin Intan Najuwa tidak menyangka perkongsiannya mengenai pengambilan tiga orang pengasuh untuk membantu menjaga anak sulungnya mencetuskan perdebatan di kalangan netizen.
Menurut Intan, dia berkongsi perkara tersebut sekadar menjawab pertanyaan peminat, selain menitipkan dedikasi buat suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman.
“Korang, jangan marah-marah okay. Saya berkongsi mengenai babysitter itu sebab saya buat Q&A.
“Pada masa sama, ia merupakan antara perkara-perkara kecil yang saya buat untuk menghargai apa yang telah dilakukan oleh suami terhadap saya.
“Bila kita berkata yang baik-baik, Insya-Allah kita akan tenang. Itulah apa yang saya amalkan selama ini,” tulisnya.
Ads
Kenyataan tersebut dikongsikan pelakon drama Jesnita itu menerusi satu hantaran di aplikasi Thread.
Sentiasa Bersyukur
Dalam pada itu, Intan turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang telah diberikan oleh Allah SWT.
“Marilah kita menjadi baik terhadap satu sama lain. Semoga kita gembira menjadi seorang ibu dan sentiasa menghargai suami dalam segala hal.
“Cintailah apa yang kita miliki ketika ini. Usah banding-bandingkan. Saya doakan semoga semua sentiasa dilimpahkan rezeki dan bahagia selalu,” kongsinya lagi.
Ads
Netizen Beri Sokongan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyokong pandangan Intan dan menasihatinya agar mengabaikan komen-komen negatif. Antaranya;
“Siapalah yang marah tu? Kenapa nak bitter? Itu kan rezeki masing-masing. Bahagia cara masing-masinglah ya.”
“Lah, ada yang tersakiti ke? Alahai, biar la dia. Itu rezeki dia. Kita ni ada dah la rezeki kita. Tak payah kalut sangat la.”
“Please do share more! Ramai je yang suka tengok sebab rasa admire dan terinspirasi. Yang tak suka tu biar je dorang bersihkan hati dorang sendiri,” antara komen-komen netizen.
Sebelum ini, Intan mendedahkan bahawa suaminya telah mengupah tiga pengasuh bagi membantu menjaga anak sulung mereka, Imane Lunara.
Intan bertemu jodoh dengan Azraf pada 18 Ogos 2023, dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan cahaya mata pertama yang diberi nama Imane Lunara pada 15 Disember lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Thread Intan Najuwa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Wani Kayrie menzahirkan rasa syukur selepas dia sekali lagi memperoleh keputusan yang cemerlang sepanjang semesta lalu.
Menurut Wani yang ketika ini sedang melanjutkan pelajaran di Management And Science University, dia merasakan usaha kerasnya sepanjang semesta lepas nyata membuahkan hasil meskipun terpaksa mengambil tujuh jenis matapelajaran.
Katanya lagi, dia juga amat bertuah kerana dikurniakan ahli kumpulan yang efisyen dan sangat membantu.
“Sikit je lagi tapi Alhamdulillah. Sekali lagi saya dapat capai anugerah dekan. Tak tahu nak nangis ke nak happy. Mengambil tujuh subjek dalam satu semester sememangnya kerja gila.
“Tapi saya sangat berbangga kerana saya dapat mengharungi perjalanan yang amat sibuk dan mencabar ini. Rezeki juga dapat ahli kumpulan yang sangat membantu dan memahami,” tulisnya.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Kamu Kamu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram
Dalam pada itu, Wani memberitahu, dia mahu menjadikan pencapaian ini sebagai pemangkin semangat untuk menghabiskan pengajiannya yang kini hanya berbaki dua semester.
“Terima kasih semua yang sentiasa support Wani dalam pelajaran dan sentiasa mendoakan kejayaan Wani.
“Dua semester lagi untuk menamatkan pengajian degree saya Doakan Wani berjaya mengharungi segala ujian dan cabaran yang akan mendatang ya,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti menzahirkan rasa bangga selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Wani.
Sekadar informasi, Wani atau nama sebenarnya Syazwani Maisarah Abdullah kini sedang melanjutkan pelajaran dan jurusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan Perdagangan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Wani Kayrie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Beralih bidang dari nyanyian ke dunia lakonan, Ebi Kornelis bangga kerana terpilih memegang watak utama dalam filem Misi Operasi X (MOX) arahan Datuk Zulkeflie M.Osman.
Bagaimanapun menerusi filem bergenre aksi itu, Naib juara Akademi Fantasia musim kelima (AF5) dilihat banyak memaparkan aksi ‘tayang’ badan.
Ditanya mengenai perkara tersebut, lelaki ini ada jawapannya sendiri.
“Saya sebagai seorang pelakon sahaja, selebihnya saya ikut arahan pengarah yang mahu menjayakan filem ini.
“Saya hanya hormat naskah itu dan tiada niat lain mahu menayang badan sasa,” katanya kepada MH.
Sambutan 1 Syawal disambut meriah dengan seisi keluarga dan sanak saudara pada Sabtu.
Selain pelbagai juadah enak yang dihidangkan, antara aktiviti wajib ialah bergambar OOTD (outfit of the day) raya.
Yang pastinya, gaya para selebriti tempatan cukup dinantikan ramai peminat setia mereka menerusi perkongsian foto hari lebaran di laman Instagram masing-masing.
Menerusi pemerhatian, kebanyakan selebriti tampil bergaya dengan warna hitam sedondon dengan ahli keluarga.
Antara selebriti yang memilih rona hitam ialah Awal Ashaari dan Scha Alyahya bersama dua anak perempuan mereka, Lara Alana dan Lila Amina.
Rata-rata menyukai baju kebaya moden digayakan Scha yang merupakan hasil tangan pereka fesyen Adila Long.
Selain Awal dan Scha, rona hitam yang sering dikaitkan sebagai warna klasik dan menawan itu turut menjadi pilihan selebriti versatil Alif Satar yang tampil bergaya bersama isteri, Shadila Halid dan tiga anak mereka, Alisha, Arianna dan ‘Ali.
Aktor Beto Kusyairy turut memilih hitam dipadankan bersama isteri, Tisha Shahar.
Beto turut mengatakan sambutan lebaran tahun ini tidak akan sama seperti tahun-tahun sebelumnya selepas isterinya kehilangan bapa tercinta, Shahar Abd Hamid, dua bulan sebelum kedatangan Syawal.
“Tahun ini sambutan lebaran tidak semeriah seperti sebelum ini. Isteri saya baharu kehilangan bapanya dua bulan lalu.
“Walau apapun, kami ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua. Maaf zahir dan batin. Al-Fatihah buat papa, Shahar Abd Hamid. We miss you so much,” tulis Beto.
Dikecam kerana dikatakan berkelakuan kurang sopan di sebuah program televisyen baru-baru ini, usahawan sensasi Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM, menjelaskan tindakannya itu adalah atas permintaan pihak produksi.