Wakil Astro Audio memberikan kenyataan susulan isu terkini membabitkan tiga penyampai segmen 3 Pagi Era iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin, dan Radin.

Menerusi satu kenyataan media, Astro Audio kesal dengan tindakan para penyampai tersebut yang didakwa telah memuat naik video jenaka yang telah menyinggung hati bangsa lain.

“Nabil, Azad & Radin Direhatkan, Jalankan Siasatan Dalaman,” – Astro Audio

“Astro Audio melahirkan kekesalan atas satu insiden rakaman video melibatkan penyampai kami, Nabil Ahmad, Azad Jasmin, dan Radin, yang telah dikongsi di platform media sosial ERA.

“Kami dengan tulus ikhlas memohon maaf kerana telah menyakiti hati dan mengecewakan hati pihak terlibat.

Ads

“Para penyampai yang terlibat telah mengakui kesilapan mereka dan telah mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka,” katanya.

Bertanggungjawab & Memandang Serius Isu Ini

“Nabil, Azad & Radin Direhatkan, Jalankan Siasatan Dalaman,” – Astro Audio

Dalam pada itu, Astro Audio juga telah membuat keputusan untuk merehatkan Nabil, Azad dan Radin buat sementara waktu sementara pihaknya menjalankan siasatan.

“Sebagai sebuah syarikat penyiaran bertanggungjawab, kami memandang serius perkara ini dan selepas pertimbangan yang teliti, kami memutuskan untuk merehatkan ketiga-tiga individu tersebut dari ke udara sehingga diberitahu kelak, sementara kami menjalankan siasatan dalaman ke atas insiden ini.

Ads

“Astro Audio komited terhadap kepercayaan para pendengar kami serta memastikan persekitaran media dihormati dan menyeluruh.

“Kami sedang mengambil langkah memperkukuh proses semakan kandungan bagi memastikan program dihasilkan mencerminkan nilai dan jangkaan audiens kami,” kongsinya lagi.

Sedia Beri Kerjasama Kepada Pihak Berkuasa

Pada masa sama, Astro Audio juga akan memberikan kerjasama sebaik mungkin kepada pihak berkuasa demi mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.

“Kami sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa bagi memastikan pematuhan penuh terhadap kesemua garis panduan dan keperluan yang ditetapkan.

Ads

“Kami amat menghargai maklum balas dari para pendengar dan pemegang taruh serta akan terus mendengar, belajar, dan memperbaiki diri. Terima kasih di atas sokongan anda,” katanya lagi.

Terdahulu, tular di media sosial sepotong klip yang memaparkan Azad seakan sedang melakukan satu pergerakan tarian sambil disorak oleh rakan-rakan penyampai lain.

Bagaimanapun, tindakan tersebut dikatakan telah menyinggung perasaan segelintir pihak kerana ia melibatkan acara keagamaan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

Kredit Foto: Instagram Radin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI