Pelawak dan pelakon, Saiful Apek memaklumkan sahabatnya yang juga anggota kumpulan Senario, Yassin bakal pulang ke tanah air sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Menurut Apek, khabar gembira itu telah dikongsikan sendiri oleh pihak keluarga Yassin kepada dirinya.
“Sebelum ini, kita berdiam bagi menghormati pihak keluarga. Kini, mereka baru sahaja maklumkan Yassin Senario bakal pulang ke tanah air sebelum Hari Raya Aidilfitri.
“Alhamdulillah, kami lega bila dapat mendengar butiran yang lebih terperinci,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Aspalela itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis berbuka puasa bersama pelakon filem 6 Jilake yang di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Rabu.
Biar Tuan Badan Jelaskan
Dalam pada itu, Apek turut meminta semua pihak untuk tidak membuat sebarang dakwaan benar berhubung ‘kehilangan’ Yassin, sebelum ini.
Ads
“Mungkin ada yang kata saya seperti double standard atau berat sebelah kerana mahu melindungi kawan-kawan. Sebenarnya tidak. Pada saya, hal ini mudah sahaja. Saya dan Yassin telah berkawan lama.
“Mungkin dia tidak sepandai mana tapi dia juga tidaklah sebodoh mana. Jadi, saya ingin menyeru kepada semua untuk hentikan spekulasi dan tunggu kepulangan tuan badan.
“Biarlah dia ceritakan apa yang berlaku,” ujarnya lagi.
Malah Apek tumpang syukur apabila sahabatnya itu banyak mengisi masa dengan Al-Quran.
Ads
“Dia juga sudah hafaz Al-Quran 20 juzuk kerana ada kursus percuma di sana. Tiada perkara yang jadi secara kebetulan.
“Kita doakan sahaja yang baik-baik. Kami akan sambut kepulangannya dengan gembira,” katanya lagi.
Sementara itu, Saiful memaklumkan dia ada berhubung dan gembira melihat keadaan terkini Yassin.
Keadaan Terkini Sahabat
Ads
“Saya dapat berhubung dengan dia sekali sahaja dan itu pun sekejap. Kami berkomunikasi menerusi Zoom. Badannya kini sudah saiz M. Dahulu XS,” katanya.
Ditanya sama ada Yassin mengalami masalah kewangan sepanjang berada di sana, Apek memaklumkan segalanya telah diurus dengan baik.
“Kami ini sudah lama bersahabat dan kami memang ada berkongsi rezeki. Kalau saya yang ditimpa musibah seperti itu, sahabat-sahabat juga akan lakukan hal yang sama.
“Inilah gunanya sahabat dan dia pun tidak mengalami masalah kewangan yang teruk. Segalanya telah diuruskan dengan baik,” akhirinya.
Terdahulu, Apek bakal muncul menerusi filem terbaharu yang berjudul 6 Jilake yang akan ditayangkan di pawagam bermula 24 April ini.
Selain Apek, filem arahan pengarah terkenal, Aziz M. Osman itu turut dibintangi barisan pelakon seperti Amerul Affendi, Bell Ngasri, Kaizar Saisi, Jalil Hamid dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Model dan pelakon, Ahya Rosli Ulumuddin ada berkongsi beberapa keping gambar percutiannya bersama isteri tercinta, Shahirah Sanusi.
Pasangan sama cantik sama padan ini mengisi masa bersama di lokasi berpulau di Thailand.
Pada masa sama, Ahya mengakui jika sebelum ini (zaman bujang) dia bercuti sendirian, tetapi selepas bergelar suami, dia kini gembira kerana kerana dapat menghabiskan masa bersama isteri tersayang.
“Sebelum kahwin selalu holiday sorang. Tapi sekarang dah ada teman. Bleh swim sama2.
“Mkn sedap sama2. Pasni nak gi sambung jakarta,” tulis Ahya ringkas di ruangan kapsyen.
Terdahulu, Ahya, 32 yang juga anak kepada pelakon senior, Normah Damanhuri mendirikan rumah tangga dengan wanita berusia 27 tahun itu pada akhir Mac lalu di Bukit Kiara Equestrian.
Ahya turut memberikan wang hantaran sebanyak RM30,000 kepada Shahirah.
Apa pun, seronok betul bila tengok pasangan bahagia cuti-cuti. Moga ikatan yang dibina kekal selamanya…
Foto : IG Ahya Rosli
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Haida Hasnan mengakui hidupnya sudah lengkap dengan kehadiran tiga anak lelaki di sisi sejak berpisah dengan bekas suami kira-kira lapan tahun lalu.
Haida atau nama sebenarnya, Siti Haida Hasnan, bagaimanapun menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT.
“Setakat ini saya masih selesa begini. Mungkin proses kehidupan itu membuatkan saya sudah terbiasa. Bila kita ada anak-anak yang semakin membesar, kita bahagia gembira dengan mereka.
“Saya okay sahaja. Bagaimanapun soal jodoh kalau ada, adalah. Anak-anak pun memahami,” katanya kepada MH.
Menetap di Melaka sejak mengambil keputusan untuk memberi tumpuan kepada bisnes, Haida kini komited menguruskan bengkel kereta yang dibuka sejak beberapa tahun lalu.
Mengulas mengenai bengkel kereta yang diusahakan bersama kenalan itu, Haida yang juga peserta Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) bersyukur kerana bisnes berkenaan kini berjalan dengan baik.
“Kalau nak diikutkan memang sudah lama saya tidak menyanyi secara serius. Pada tahun 2017, saya sebenarnya sudah setkan diri untuk beralih ke bidang perniagan. Saya fikirkan soal umur ketika itu.
“Terfikir sampai bila nak menyanyi memandangkan kita tiada lagi sumber rezeki tetap yang lain. Tiba-tiba rasa terdetik, apa akan jadi sekiranya berlaku apa-apa di kemudian hari. Sekali kita dilanda pandemik Covid-19 dua tahun lalu.
“Jadi dalam tempoh tiga tahun sebelum pandemik, alhamdulillah saya banyak belajar mengenai dunia perniagaan dan bergerak sendiri. Saya ada cuba buat katering, uruskan majlis dan terakhir saya buka bengkel.
“Syukur sepanjang PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), hanya bisnes bengkel yang bergerak dan progresnya kini berjalan dengan baik, syukur,” katanya.
Ditanya mengapa memilih bidang tersebut sebagai sumber pencarian yang sinonim didominasi kaum lelaki, Haida percaya kepada rezeki.
“Saya tiada sebab spesifik sebab utama buka bengkel. Masa itu kereta asyik rosak hingga kerap masuk bengkel. Kemudian saya kenal dengan beberapa mekanik lalu tercetus idea untuk buka bengkel sendiri.
“Tapi sebelum ini kalau setakat kerosakan minor, saya baikinya sendiri sahaja. Bengkel saya ada tiga mekanik dan terletak di Taman Kota Laksamana. Cuma bila saya fokus kepada GV9, ia diuruskan oleh mekanik senior yang dipercayai,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat berasa sedih jika Sheila membuat keputusan untuk tidak lagi berkarya.
Terdahulu, Anugerah Skrin 2019 telah berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada Jumaat yang menyaksikan drama Kamar Kamariah diangkat sebagai drama rantaian terbaik tahun ini.
Foto: Instagram Sheila Rusly
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi lagu terkenal Casablanca, Naufal Azrin, 25, berkongsi khabar gembira apabila selamat melangsungkan pernikahan dengan pilihan hatinya, Fatin Farhanah Fauzi.
Majlis tersebut dipercayai telah berlangsung...