Penyanyi popular, Camila Cabello meluahkan rasa kecewa dengan reaksi yang diberikan penonton sewaktu dia membuat persembahan pembukaan di acara sukan berpestij dunia, Perlawanan Akhir Piala Juara-Juara Eropah 2022 yang berlasung di Stade de France, Paris, Perancis.

Dakwa Camila, sewaktu dia menyaksikan semula persembahannya itu, sebahagian penonton yang juga merupakan peminat bola sepak dilihat tidak memberikan tumpuan terhadap persembahannya sebaliknya, mereka menyanyikan dengan kuat lagu pasukan masing-masing.

Luah penyanyi berusia 25 tahun itu lagi, dia bersama pasukannya telah berlatih giat bagi menjayakan persembahan ini, namun reaksi yang diberikan penonton tidak seperti apa yang diharapkannya.

Penonton Sorak Lagu Pasukan Ketika Sedang Buat Persembahan, Camila Cabello Anggap Peminat Liverpool & Real Madrid Biadap? Penonton Sorak Lagu Pasukan Ketika Sedang Buat Persembahan, Camila Cabello Anggap Peminat Liverpool & Real Madrid Biadap?

Penonton Sorak Lagu Pasukan Ketika Sedang Buat Persembahan, Camila Cabello Anggap Peminat Liverpool & Real Madrid Biadap?“Saya memainkan semula persembahan kami dan saya tak percaya yang mereka sebaliknya menyanyikan lagu pasukan mereka dengan sangat kuat ketika kami membuat persembahan.

“Saya dan seluruh pasukan berusaha tanpa mengenal penat lelah dalam waktu yang sangat lama dengan semangat untuk memberikan persembahan yang terbaik,” katanya menerusi hantaran di Twitter.

IKLAN

Dalam pada itu, Camila turut menyifatkan tindakan tersebut seperti agak kurang sopan dan tidak menghormatinya sebagai seorang penyanyi.

Penonton Sorak Lagu Pasukan Ketika Sedang Buat Persembahan, Camila Cabello Anggap Peminat Liverpool & Real Madrid Biadap?Penonton Sorak Lagu Pasukan Ketika Sedang Buat Persembahan, Camila Cabello Anggap Peminat Liverpool & Real Madrid Biadap? Penonton Sorak Lagu Pasukan Ketika Sedang Buat Persembahan, Camila Cabello Anggap Peminat Liverpool & Real Madrid Biadap?

“Sangat kurang sopan tapi apa-apa sahajalah. Apa-apa pun saya sangat gembira kamu semua menyukainya,” katanya lagi.

IKLAN

Bagaimanapun, memetik laporan portal berita Page Six, Camila kemudiannya memadam ciapan tersebut tidak lama selepas itu.

Ketika acara pembukaan itu, Camila telah menyanyikan tiga buah lagu iaitu Senorita, Havana dan Bam Bam secara mash up.

Terdahulu, pada perlawan akhir tersebut, pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid menepati ramalan apabila menewaskan pasukan daripada England, Liverpool dengan jaringan 1-0.

IKLAN

Penonton Sorak Lagu Pasukan Ketika Sedang Buat Persembahan, Camila Cabello Anggap Peminat Liverpool & Real Madrid Biadap? Penonton Sorak Lagu Pasukan Ketika Sedang Buat Persembahan, Camila Cabello Anggap Peminat Liverpool & Real Madrid Biadap?

Gol disumbangkan oleh pemain asal Brazil, Vinicius Junior. Kemenangan tersebut menyaksikan Real Madrid menjulang piala keramat tersebut buat kali yang ke-14.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Camila Cabello, Page Six.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI