Ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi, inilah perumpamaan yang sesuai digambarkan kepada Arianna Amora Lemos saat dia tampil berani di atas pentas berduet dengan ibunya.
Biarpun berhadapan dengan ribuan penonton dan disiarkan secara langsung di kaca televisyen arus perdana, gadis berusia 11 tahun ini tampil yakin melontar vokalnya. Biarpun kedengaran sedikit gugup dia meneruskannya dengan berani.
Mengadakan persembahan istimewa sempena Allo Bank Festival 2022. Pasangan ibu dan anak ini menyanyikan lagu popular Adele, Easy on Me dan juga lagu Cinta yang dipopularkan Krisdayanti sendiri bersama Melly Goeslow.
Kedua-dua lagu tersebut digabung menjadi satu rangkaian dan vokal Amora yang baru berusia 11 tahun itu tenyata menawan hati peminat yang berada di dewan tersebut. Lantas seperti yang dilihat pada rakaman Instagram Krisdayanti, penonton bersorak nama Amora berkali-kali.
Menariknya, Melly Goeslow turut memberi pujian. Ujarnya, “Bagus, MasyaAllah Molaaa sayang bagus, Yatiku cantik.”
Warganet tidak kurang memuji. Antara komen-komen positif yang ditinggalkan diruangan komen seperti;-
“MasyaAllah, anak Mimi yang perempuan semuanya bersuara emas. Amora dan Aurel suaranya bagus. Benar-benar turun dari ibunya.”
Ads
“A star is born. Congrats.”
‘Amora suaranya bagus. The next diva. Selalu mengikuti video-video latihan Amora. Usaha ternyata tidak mengkhianati hasilnya.”
Ads
Untuk pengetahuan pembaca, Arianna Amora Lemos merupakan anak pertama Krisdayanti hasil perkongsian hidupnya bersama ahli politik dan usahawan berasal dari Timor Leste, Raul Lemos. Sebelum itu dia sudah memiliki dua orang cahaya mata bersama Anang Hermansyah iaitu Aurelie Hermansyah dan Azriel Hermansyah.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Kerap kali menerima kritikan berhubung soal pemakaian, pelakon Sharifah Sakinah menerusi entri terbaru di Instagram ada menmetik kata-kata mufti terkenal, Mufti Ismail Menk.
Petika kata-kata itu antara lain menekankan soal pemakaian dan sikap menghukum netizen.
Menurut Mufti berkenaan, jangan sesekali menilai wanita menerusi cara pemakaian.
Kemungkinan besar dia mempunyai hati yang lebih mulia daripada mereka yang berkata-kata.
Kedua-dua pasangan itu kelihatan sangat gembira dan berasa teruja akan kehadiran ‘ahli baru’ tidak lama lagi.
Menjengah di Instgaram Syafiqah pula, dia ada memuat naik sekeping gambar dan meluahkan rasa syukur menerusi kapsyennya itu.
“Alhamdulillah, banyak sangat Allah bagi tahun 2018 ni. Semoga yang lebih baik untuk tahun akan datang
Semoga yang baik baik kalian doakan, semoga Allah permudahkan jalan, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik, semoga Allah sentiasa lindungi & pelihara Aina dan baby dan semoga Allah jauhkan dari yang bukan bukan dan semoga doa baik kalian dibalas dengan beribu ribu kebaikan..
Alhamdulillah Allah dengar & makbulkan). Ambil la kesempatan doa time mustajab untuk berdoa. And never ever underestimate the power of duas.” tulisnya panjang lebar.
Perkongsian ucapan raya daripada adik kepada selebriti popular Neelofa iaitu Ameera Khan mengundang perhatian warganet apabila berkongsi pantun yang turut terselit mengenai perkahwinan.
Menerusi Instagram miliknya, Ameera menulis pantun sambil berseloroh berharap agar tahun hadapan dia bakal bergelar raja sehari.
“Ada rendang ada ketupat, Masuk mintak jangan lambat, Kalau tidak diambil orang, Sudah berkenan terus bincang.
“Asyik ucap salam aidilfitri, Bila pula you nak salam my wali? Selamat hari raya, maaf zahir batin. Moga tahun depan saya jadi pengantin,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Apa yang menarik, teman yang didakwa dengan rapat dengannya, pelakon Indonesia, Jefri Nichol turut ‘mengaminkan’ pantun tersebut pada ruangan komen.
Respon berkenaan turut menerima ratusan tanda suka daripada pengikut masing masing sambil disusuli dengan reaksi pelbagai.
Sementara itu menerusi Insta Stories, Ameera juga turut meletakkan emoji berbentuk hati warna ungu pada nama aktor tersebut berlatar belakangkan jambangan bunga.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!