Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri menzahirkan rasa sebak saat menziarahi sahabatnya yang juga merupakan pengarah filem tersohor, Azhari Zain yang kini sedang terlantar akibat serangan angin akhmar.

Menurut Aliff, Azhari merupakan individu yang bertanggungjawab memberikannya tunjuk ajar mengenai bidang lakonan sewaktu menjayakan filem Badang.

“Leher Terpaksa Ditebuk Untuk Bernafas,” – Ziarah Pengarah Filem Badang Yang Kini Strok, Aliff Syukri Dah Anggap Azhari Zain Sebagai Abang “Leher Terpaksa Ditebuk Untuk Bernafas,” – Ziarah Pengarah Filem Badang Yang Kini Strok, Aliff Syukri Dah Anggap Azhari Zain Sebagai Abang

“Mohon doakan sahabat saya @zaccazharizain kembali sihat. Siapa kenal Abang Z ni? Cuba komen dibawah. Hari ini saya melawat seorang sahabat yang saya sudah anggap seperti abang saya sendiri banyak kenangan manis saya dengannya ketika berlakon filem Badang.

“Dia mengajar saya dalam bidang seni lakonan. Ketika satu Malaysia mengecam lakonan filem BADANG dia berikan saya semangat,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh bapa kepada lima orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Pada masa sama, Aliff turut memaklumkan Azhari kini berada dalam keadaan yang sangat lemah dan lehernya terpaksa ditebuk bagi melancarkan proses pernafasan.

IKLAN

“Leher Terpaksa Ditebuk Untuk Bernafas,” – Ziarah Pengarah Filem Badang Yang Kini Strok, Aliff Syukri Dah Anggap Azhari Zain Sebagai Abang “Leher Terpaksa Ditebuk Untuk Bernafas,” – Ziarah Pengarah Filem Badang Yang Kini Strok, Aliff Syukri Dah Anggap Azhari Zain Sebagai Abang “Leher Terpaksa Ditebuk Untuk Bernafas,” – Ziarah Pengarah Filem Badang Yang Kini Strok, Aliff Syukri Dah Anggap Azhari Zain Sebagai Abang

Tambanya lagi, dia turut menyeru kepada semua pihak untuk sama-sama memanjatkan doa agar Azhari dapat kembali sembuh dan sihat seperti sedia kala.

“Hari ni dia dalam keadaan lemah. Tidak mampu bercakap, bergerak, atau makan. Malah leherya terpaksa ditebuk untuk bernafas tetapi bila saya jumpa dia terus dia menangis macam faham apa yang saya rasa.

“Ya allah berat sungguh dugaan beliau yang punya anak dan isteri. Mohon doakan semoga dia kembali seperti dulu kala #orangbaikramaisayang,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tersebtuh selain turut menitipkan kata-kata semangat buat Azhari.

IKLAN

“Tak boleh la tengok sampai habis, mula je dah keluar air mata ya Allah.

“Semoga diberikan kesembuhan oleh Allah SWT. Amin Ya Rabbal Alamiin.

“Syafakallah Encik Zack. Seorang pensyarah yang sangat baik, sentiasa ambil berat perihal students. Moga Allah leraikan segala kesulitan. Ameen Ya Mujeeb.

“Orang baik selalu diuji tanda Allah sayang.

IKLAN

“Syafakallah. Berat ujian Allah. Semoga cepat sembuh tuan Azhari,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Sekadar informasi, Azhari atau lebih sinonim dengan panggila Zack merupakan pengarah tempatan yang telah menghasilkan pelbagai filem-filem hebat tanah air seperti Jin Notti, Santau, Mantra dan macam-macam lagi.

“Leher Terpaksa Ditebuk Untuk Bernafas,” – Ziarah Pengarah Filem Badang Yang Kini Strok, Aliff Syukri Dah Anggap Azhari Zain Sebagai Abang “Leher Terpaksa Ditebuk Untuk Bernafas,” – Ziarah Pengarah Filem Badang Yang Kini Strok, Aliff Syukri Dah Anggap Azhari Zain Sebagai Abang

Setakat ini, video yang dikongsikan oleh Aliff telah pun meraih lebih satu juta tontonan di Instagram.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Datuk Seri Aliff Syukri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI