Lelaki yang pernah mendakwa dirinya sebagai penerbit filem Hollywood, David Brian Pearce, 43, dijatuhi hukuman penjara 146 tahun hingga seumur hidup oleh Mahkamah Tinggi Los Angeles.

Hukuman itu dikenakan selepas beliau didapati bersalah atas dua pertuduhan membunuh serta beberapa kesalahan rogol bersiri yang melibatkan sekurang-kurangnya tujuh wanita.

Hasil siasatan mendapati Pearce menggunakan gelaran sebagai “penerbit Hollywood” untuk memperdaya mangsa dan membawa mereka ke kediamannya di West Los Angeles.

Dua mangsa, Christy Giles, 24, dan Hilda Marcela Cabrales-Arzola, 26, ditemui tidak bernyawa selepas dipercayai diberikan bahan terlarang ketika menghadiri sebuah parti di bandar itu pada November 2021.

Ujian toksikologi menunjukkan kedua-dua mangsa positif bahan berbahaya termasuk fentanyl dan GHB, sejenis dadah yang sering digunakan dalam jenayah rogol.

Ads

Siasatan juga mendapati Pearce menggunakan dadah tersebut untuk menyerang mangsa lain dalam tempoh antara tahun 2007 hingga 2020.

BACA JUGA: Penerbit Hollywood Sebabkan Kematian Dua Wanita Berdepan Hukuman Penjara Seumur Hidup

Antara pertuduhan yang dibuktikan termasuk merogol wanita dalam keadaan tidak sedarkan diri, melakukan serangan seksual dengan kekerasan dan menyalahgunakan bahan terlarang terhadap mangsa.

Ads

Mahkamah menjatuhkan hukuman maksimum bagi setiap kesalahan tersebut yang dijalankan secara berturutan.

Hakim yang mendengar kes berkenaan menggambarkan Pearce sebagai seorang pemangsa seksual berbahaya yang memanipulasi gaya hidup glamor dan imej “orang industri hiburan” untuk memperdaya mangsa.

Ads

Pendakwa Raya Wilayah Los Angeles, George Gascón, menyatakan bahawa hukuman berat ini menjadi mesej jelas kepada pesalah seksual dan individu yang mengeksploitasi orang lain menggunakan bahan berbahaya seperti fentanyl.

Beliau berkata mangsa-mangsa telah kehilangan maruah dan nyawa akibat perbuatan tertuduh, dan hukuman tersebut merupakan keadilan yang sewajarnya diterima.

Rakan tertuduh, Brandt Osborn, yang dituduh sebagai individu yang membantu selepas kejadian, masih menunggu perbicaraan semula selepas kes terhadapnya sebelum ini berakhir dengan keputusan juri tergantung.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI