Program realiti pencarian bakat yang ikonik, Dewi Remaja kembali untuk edisi ke-14 tahun ini bersempena sambutan ulang tahun ke-40 sejak ia mula diperkenalkan pada 1985.

Pendaftaran secara dalam talian dibuka bermula 26 Jun hingga 10 Julai 2025 menerusi laman rasmi www.remaja.my/dewi. Gadis remaja Malaysia berusia lingkungan 18 hingga 25 tahun yang mempunyai penampilan menarik, berbakat serta yakin dalam menyuarakan pandangan digalakkan untuk menyertai.

Calon peserta dikehendaki mengisi borang penyertaan dan menghantar sebuah video pengenalan berdurasi kurang dua minit yang memperkenalkan diri, pencapaian terbesar mereka serta sebab mereka layak bergelar Dewi Remaja 2025.

Sejak dianjurkan 40 tahun lalu, pertandingan ini telah mencungkil ramai personaliti terkenal tanah air antaranya Aleeza Kassim, Scha Alyahya, Izara Aishah, Noor Neelofa, Raysha Rizrose, Shaza Bae dan Tracie Sinidol. Edisi terakhir pada 2023 menyaksikan Nurel Baharin dari Sarawak dinobatkan sebagai juara.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Remaja, MY (@majalahremaja)

BACA JUGA: Tracie Sinidol Juara Dewi Remaja 2022, Turut Rangkul Dewi Favourite!

Ads

BACA JUGA: “Saya Bukan Culture Shock…,” – Nurel Baharin Juara Dewi Remaja 2023 Kebanggaan Sarawak, Ulas Isu Seksi

Penganjuran kali ini menyasarkan peserta yang bukan sahaja menyerlah dari segi penampilan dan kebolehan, malah mempunyai nilai serta kredibiliti sebagai figura awam dalam era digital.

Ads

Format pertandingan yang dahulunya berpaksikan majalah kini sudah beberapa edisi disiarkan dalam bentuk program realiti televisyen dan kandungan digital, bertepatan dengan perubahan landskap media semasa.

Menginjak ke usia 40 tahun, Dewi Remaja terus mengukuhkan kedudukan sebagai platform pencungkil bakat gadis yang berpengaruh dalam pelbagai bidang dan terus relevan dalam peredaran masa.

++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI