
Pelakon Kamal Adli menitipkan ucapan istimewa buat isterinya, Uqasha Senrose bersempena ulang tahun kelahiran ke-33 aktres tersebut yang disambut pada Ahad lalu.
Menerusi sebuah hantaran di Instagram, Kamal meluahkan rasa syukur atas kehadiran Uqasha dalam hidupnya sambil mendoakan agar segala urusan isterinya dipermudahkan.
“Happy bday to this beautiful soul, my wife. Semoga panjang umur. Dipermudahkan laluan hidupmu.
“Abang doakan semoga dialihkan segala rintangan, biar laluanmu cantik dan indah je okay.
“Abang doakan segala doa sayang diangkat Allah, dibukakan segala pintu rezeki yang tertutup, didatangkan rezeki yang hebat dan halal,” tulisnya.
View this post on Instagram
Doa Seorang Suami & Ayah
Selain itu, pelakon filem Takluk: Lahad Datu itu turut mendoakan agar Uqasha terus menjadi ibu terbaik buat anak mereka, Hawra Uqaira.
“Terus jadi ibu yang hebat untuk Hawra. Hawra pun tahu sayang ibu yang hebat. Insya-Allah yang indah-indah je.
“Have a lovely birthday ya sayang. I love u soo much,” tambah Kamal lagi.
Malah Uqasha turut dilihat memberikan reaksi terhadap kapsyen berkenaan.
“Thank you sayang, thank you for everything. I love you so much. My one and only, you and Hawra,” balas Uqasha.
Ucapan bermakna yang dititipkan Kamal itu juga pantas menjadi sorotan ramai apabila hantaran tersebut meraih hampir 55,000 tanda suka dan dihujani ratusan komen penuh doa dan ucapan tahniah buat pasangan selebriti itu.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI