Pelakon senior, Norlia Ghani meluahkan rasa kecewa terhadap sebuah stesen televisyen swasta yang dikatakan masih lagi belum membuat pembayaran untuk sebuah projek drama.

Menurut Norlia, penggambaran drama tersebut telah tamat sejak sebelum Ramadan lagi namun, sehingga kini, dia masih lagi belum menerima sebarang perkhabaran tentang pembayaran tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Norlia Ghani (@norliaghaniofficial48)

“Sedih sungguh di hati menunggu bayaran kerja yang dibuat sebelum bulan puasa tapi Hari Raya pon dah habis. Harap ada lah dapat payment walau pon sedikit,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Mami Jarum itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

“Penat Kerja, Tak Dapat Hasil,” – Dari Ramadan Sampai Habis Raya, Norlia Ghani Terkilan Stesen TV Lewat Buat Bayaran “Penat Kerja, Tak Dapat Hasil,” – Dari Ramadan Sampai Habis Raya, Norlia Ghani Terkilan Stesen TV Lewat Buat Bayaran

Malah, Norlia turut menyifatkan tindakan tersebut seakan tidak menghormati usaha dan penat lelahnya sepanjang menjayakan projek tersebut.

IKLAN

“Buat episod. Apakah Awesome TV takde duit, sedangkan station lain cepat sahaja dah selesai bayaran. Penat kerja Tak dapat hasil,” kongsinya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang simpati selain turut mendesak agar pihak stesen televisyen berkenaan segera melunas bayaran tersebut.

“Allahuakbar. Semoga dipermudahkan segala urusan puan. Sedih bila umur lebih kurang arwah mak tapi masih cari rezeki tapi dilewat-lewatkan pembayaran. Kalau boleh janganlah macam ni.

IKLAN

“Semoga dipermudahkan segala urusan bonda.

“Semoga Allah lindungi dan beri kesihatan yang baik buat bonda. Dimurahkan rezeki dah dipermudahkan urusan dunia akhirat.

“Kerja dah buat, tolong la bayar. Jangan ambil kesempatan dalam kesempitan.

IKLAN

“Moga Allah luaskan lagi rezeki bonda. Diberikan kesihatan yang baik. Allah sayang bonda,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Sebelum ini, isu yang sama pernah disuarakan oleh pelawak, Atu Zero dan ia juga turut melihat stesen televisyen yang sama.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Norlia Ghani

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI