Isteri kepada penyanyi, Black Hanifah, Naquia Yasirah Mohd menyeru kepada para isteri terutamanya buat mereka yang tidak bekerja untuk bijak menguruskan kewangan dan tidak membebankan suami demi memenuhi kehendak diri sendiri.

Menurut Naquia, sikap membangga diri dengan menunjuk-nunjuk kemewahan hanya akan memakan diri di kemudian hari.

“Laki Tak Mampu Tapi Sibuk Menunjuk,” – Isteri Black Hanifah Seru Suri Rumah Bijak Rancang Kewangan “Laki Tak Mampu Tapi Sibuk Menunjuk,” – Isteri Black Hanifah Seru Suri Rumah Bijak Rancang Kewangan

“Kita sebagai bini yang tak bekerja ni, kena pandai menyimpan. Ikut kemampuan laki. Janganlah lelaki tak mampu hang sibuk nak mewah untuk menunjuk-nunjuk nampak mahal. Konon nampak class (kalau laki betul kaya takpe).

“Nak handbag mewah, baju mewah, kereta mewah dan emas penuh lutut. Yang nak menanggung, semua suami,” tulisnya.

Pandangan tersebut disuarakan oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

“Laki Tak Mampu Tapi Sibuk Menunjuk,” – Isteri Black Hanifah Seru Suri Rumah Bijak Rancang Kewangan

IKLAN

Dalam pada itu, Naquia turut mendedahkan dirinya lebih berminat untuk melabur dalam bidang hartanah berbanding membeli barangan-barangan mewah.

Katanya lagi, sebagai isteri, kita harus sama-sama membantu suami untuk mengawal perbelanjaan demi kesenangan masa hadapan.

“Aku sendiri tak suka benda-benda tu tapi kalau invest untuk beli tanah/property, aku setuju. Bukan senang tapi kena pandai. Isteri pegang duit suami, tak salah tapi bukan untuk kegunaan sendiri tapi masa hadapan.

“Dari duit selit aku dari awal, terbinalah Rindu Villa. Masing-masing punya minat la kan tapi jangan menyusahkan orang. Itu sahaja,” ujarnya lagi.

IKLAN

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan pandangan yang sama selain turut mendoakan semua Naquia dan Black terus sukses dalam apa jua bidang yang diceburi mereka.

Sejak beberapa hari lalu, nama Black menjadi bualan hangat netizen selepas didakwa membeli kapal mewah hasil daripada penggubahan wang haram.

Bagaimanapun, Black menyeru kepada semua pihak untuk tidak membuat andai melulu sebaliknya harus menzahirkan rasa bangga bila anak tempatan menempa kejayaan.

IKLAN

“Laki Tak Mampu Tapi Sibuk Menunjuk,” – Isteri Black Hanifah Seru Suri Rumah Bijak Rancang Kewangan

Sekadar informasi, Naquia dan Black telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 13 September 2013.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak, Khaleef Dayyan dan Rindu Dayyan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Cira Khairy

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI