Pengacara dan doktor selebriti, Dr. Say Shazril terkilan dengan sikap segelintir suami yang terlalu berkira dan tidak percaya dengan cara isteri menguruskan perbelanjaan keluarga.

Jelas Dr. Say, kebanyakkan suami yang berperangai seperti ini kebiasaannya langsung tidak menghiraukan tentang keperluan isteri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

“Rupa-rupanyanya ramai pasangan kat luar sana yang buat Whatsapp group sesama mereka untuk upload resit bukti pembelian.

“Kalau resit tu suami nak claim LHDN saya faham tapi kalau resit tu untuk dijadikan bukti yang isteri tak spend sana sini, kat mana kepercayaan seorang suami kepada isteri?

“Kalau suami yang berkira duit ke mana ni, percayalah isteri pasti tak dapat duit untuk keperluan diri. Suami kalau tak berpendapatan tinggi, simple, bagilah duit poket mingguan tak tinggi sebab isteri kita tahu je how to manage apa yang diberi,” tulisnya.

“Tak Boleh Commit, Stay Single, Jangan Rosakkan Wanita…Bebal,” – Dr. Say Shazril “Tak Boleh Commit, Stay Single, Jangan Rosakkan Wanita…Bebal,” – Dr. Say Shazril

IKLAN

Pandangan tersebut disuarakan oleh pengacara program Hello Doktor itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Dalam pada itu, Dr. Say turut mengingatkan para suami di luar sana untuk tidak mengambil kesempatan soal nafkah meskipun isteri mempunyai pendapatan yang lebih tinggi.

“Satu lagi, kalau kita berpendapatan lebih rendah daripada isteri kita, jangan sesekali culas tanggungjawab kita memberi nafkah kepada mereka.

“Kalau kita rasa rendah diri bini earn more than kita, compensatelah by doing more work at home.

IKLAN

“Ini tidak, goyang telur pastu perli-perli bini bergaji lagi tinggi, anjay. Saya sebagai lelaki pun malu baca message lelaki berkira macam ni.

“Tak Boleh Commit, Stay Single, Jangan Rosakkan Wanita…Bebal,” – Dr. Say Shazril

Pada masa sama, bapa kepada tiga orang cahaya mata ini turut percaya bahawa rezeki suami itu akan lebih murah bila kita melayan isteri dengan baik.

“Satu lagi kena ingat, pemberi rezeki yang mutlak adalah Allah SWT tapi antara sebab rezeki diluaskan oleh Allah SWT adalah jika kita sentiasa berlaku baik dengan isteri.

IKLAN

“Terus terang cerita saya takkan earn whatever im earning, living the life im living, achieve whatever I have achieved if not because of my wife.

“Selain check hubungan kita dengan Dia, check juga hubungan kita dengan isteri. Last note, kalau kau tahu kau takleh commit to marriage, tak boleh beri komitmen sebagai suami, berkira tak tentu hala, stay single dan jangan rosakkan wanita di luar sana, bebal,” akhirinya

Sekadar informasi, selepas hampir lapan tahun mendirikan rumah tangga, Dr. Say dan isterinya Dr. Azura Abas telah pun dikurnia dua orang cahaya mata lelaki yang diberi nama Aezril dan Sefreil.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Dr. Say Shazril

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI