Selepas kali kedua berada pada kedudukan tiga paling corot, tuah tidak menyebelahi Naufal Azrin apabila penyanyi itu diumumkan sebagai peserta yang tersingkir dalam saingan minggu ketiga Big Stage 5 (BS5), malam tadi.

Naufal yang menyampaikan lagu Only yang dipopularkan oleh Lee Hi gagal menambat hati juri, Ajai dan Aina Abdul untuk mara bersaing bertanding di BS5 minggu hadapan.

“Kali kedua dapat bottom three, terima kasih kepada semua yang menyokong. Doakan saya agar dapat memberikan yang terbaik di luar sana,” katanya sejurus selesai segmen terakhir.

Bertemakan Asmaraloka, kesemua peserta BS5 minggu ini diadili juri tetap Ajai dan Aina Abdul bersama juri jemputan, Ernie Zakri.

“Kali Kedua Dapat Bottom 3,” – Tiada Lagi Naufal Azrin Di Big Stage 5, Waode Nombor Satu ‘Tapau’ 90.67% “Kali Kedua Dapat Bottom 3,” – Tiada Lagi Naufal Azrin Di Big Stage 5, Waode Nombor Satu ‘Tapau’ 90.67% “Kali Kedua Dapat Bottom 3,” – Tiada Lagi Naufal Azrin Di Big Stage 5, Waode Nombor Satu ‘Tapau’ 90.67%

IKLAN

Dikongsikan kedudukan kesemua peserta bertanding minggu ini berdasarkan markah yang diberikan juri profesional;

  1. Waode – 90.67%
  2. Putera Muhamamd – 86.67%
  3. Nadeera Zaini – 79.33%
  4. Hoodoo – 76.00%
  5. Farhan Shah – 71%
  6. Puteri Khareeza – 66.33%
  7. Aufahanie – 65%
  8. Dem Lepak Boysz – 64.67%
  9. Firdaus Rahmat – 64%
  10. Naufal Azrin – 62.33%
  11. Coex – 58.33%
  12. Meer Nash – 57.33%

IKLAN

Sementara itu, Putera Muhammad memenangi anugerah Dominasi Persembahan Terbaik, berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000.

‘Big Stage’ telah menobatkan empat juara sepanjang penganjurannya sebelum ini iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).

IKLAN

BS5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 7 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) selama 10 minggu.

“Kali Kedua Dapat Bottom 3,” – Tiada Lagi Naufal Azrin Di Big Stage 5, Waode Nombor Satu ‘Tapau’ 90.67% “Kali Kedua Dapat Bottom 3,” – Tiada Lagi Naufal Azrin Di Big Stage 5, Waode Nombor Satu ‘Tapau’ 90.67% “Kali Kedua Dapat Bottom 3,” – Tiada Lagi Naufal Azrin Di Big Stage 5, Waode Nombor Satu ‘Tapau’ 90.67%

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI