Bersempena ulang tahun kelahiran yang ke-20, pasangan selebriti, Johan Raja Lawak dan Ozlynn Waty membuat kejutan dengan melawat anak sulung mereka, Ahmad Ariq Hanania yang kini sedang melanjutkan pengajian di Dublin, Ireland.
Setibanya di Ireland, Ariq telah diminta untuk datang ke sebuah hotel di Dublin kerana kononnya rakan Ozlyn dan Johan mahu melawatnya dan memberikan kiriman barangan.
Johan dan Ozlyn kemudiannya mendekati Ariq lalu menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi.
Ariq yang tidak dapat menahan rasa sebak terus memeluk erat Johan dan Ozlyn.
Video kejutan tersebut turut dikongsikan di laman Instagram.
Menurut Ozlyn, dia akan terus menghargai waktu-waktu berharga bersama anak-anaknya selagi hayatnya masih ada.
“Selagi ada, kita hargailah pinjaman paling berharga dari-Nya. Kejutan untuk Abang Ariq menjadi. Papa, mama dan adik-adik Hanania love you,” tulisnya.
Dalam pada itu, video berdurasi hampir tiga minit itu nyata telah meruntun jiwa rakan selebriti dan netizen.
Rata-rata mereka akui sebak dan mendoakan semoga Johan sekeluarga terus dikurniakan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
“Aku nak menangis tengok video ni. Macam mana ni?,” komen pelakon dan pelawak, Zizan Razak.
Ads
“Pagi-pagi dah buat orang nangis,” kata pelakon, Amyra Rosli.
“Apa potong bawang pagi-pagi ni, aduh,” balas pelakon dan pengacara, Alif Satar.
“Semoga menjadi anak yang soleh dan sayang ibu ayah hingga akhir usia,” kata penyanyi nasyid, Fakhrul UNIC.
Ads
“Kita pula menangis adoi pagi-pagi ini,” komen, penyanyi Adira Suhaimi.
Sehingga kini, video berkenaan telah pun meraih lebih sejuta tontonan selain turut dihujani ribuan komen.
Terdahulu, Ariq melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti di Ireland dalam bidang perubatan.
Sebelum ini juga, Ozlyn turut berkongsi rasa sayu apabila tidak berkesempatan untuk menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri bersama anaknya itu pada tahun ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Shakilla Khoriri mendedahkan dia mengalami masalah pernafasan apabila bahagian hidungnya terdapat ‘sesuatu’ yang menjadi tanda tanya.
Menurut isteri kepada penyampai radio, Fizi Ali itu, masalah yang dialaminya semakin membimbangkan selepas melahirkan anak mereka, Ameena Sofia.
“Assalamualaikum, nak tahu kalau ada antara followers i yang TAHU atau pernah mengalami masalah macam ni.
“Rasanya masalah ni dah agak lama pada i tapi lepas bersalin Ameena ia jadi makin teruk.
“Peratusan oxygen yang masuk hanya 40 % dari ruang hidung sebab hidung tersumbat dengan ‘benda alah’ ni.
“Macam lendir tapi bila dihembus tak keluar, bila disentuh atau tolak tak bergerak TAPI ia boleh bertukar ke kiri atau kanan hidung. (Tak pasti ia bergerak atau both hidung ada lendir ni ),” tulisnya.
Bagaimanapun, punca tersebut masih belum dikenalpasti doktor.
“Pernah pergi klinik tapi Doctor hanya kata elergic dan kesan dari selsema atau bersin berkali2.
“After that, all this while i hanya bergantung pada nasal spray yang dibeli kat farmasi.
“Makin hari makin kerap sebab ruang oxygen makin sempit tertutup dengan ketulan lendir ni.
“Kalau sesuatu yang buat kita makin tak selesa rasanya bukan kesan dari selsema atau bersin but must be something else.
“I jadi makin hilang deria bau disebabkan tertutup ruangan saluranhidung ni.
“So minta jasa baik semua orang untuk share pengalaman atau solusi ‘Sakit’ ni atau mungkin ada antara kawan2 i yang lebih tahu punca masalah i ni,” akhirinya.
Dalam pada itu, peminat turut memuji sikap komited wanita ini yang komited terhadap suami dan anak-anak.
Untuk rekod, Rebecca mendirikan rumah tangga bersama Datuk Nor Azam Sulaiman pada 14 Januari 2011.
Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Nor Adam Daniel 11 tahun, Nor Anggun Raverra, 7 tahun,Nor Anggerik Renesmee, 6 tahun, Nor Aliff Al-Raffael, 3 tahun dan Nor Ahmet Al-Reaggan, setahun.
Rabecca juga turut menjaga beberapa orang anak angkat.
Foto: Instagram Rebecca
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas hampir tiga bulan dikurniakan cahaya mata ketujuh, penyanyi terkenal, Faizal Tahir akhirnya berkongsi kisah mengenai kelahiran anak bongsunya itu.
Menurut Faizal, dia dan isteri telah bersepakat untuk menamakan bayi perempuan mereka itu Maryam Tahirah yang juga merupakan hasil gabungan nama daripada ibu Nabi Isa dan Allahyarham bapanya yang baru sahaja meninggal dunia pada September tahun lalu.
Katanya lagi, anak bongsunya itu merupakan cucu yang paling dinanti-nantikan oleh arwah bapanya, namun dia tetap reda dengan segala ketentuan daripada Illahi.
“Salah satu benda baru untuk 2022 ni bagi saya dan keluarga adalah kehadiran anak ketujuh Alhamdulillah. Jadi, anak ketujuh saya ni merupakan anak perempuan. Saya dah ada tiga anak lelaki dan empat perempuan.
“Nama yang kami pilih adalah Maryam Tahirah. Maryam diambil sempena nama ibu Nabi Isa dan Tahirah adalah sempena dengan nama ayah saya Mohd Tahir yang telah kembali kepada pencipta.
“Anak saya yang ketujuh ini merupakan cucu yang ayah saya paling tak sabar nak jumpa. Ayah saya selalu sebut ‘Bilalah boleh jumpa?’ tapi dia tak sempat jumpa. Maka itu perancangan Allah. Allah dah tentukan. Itulah yang terbaik untuk kita. Kadang-kadang kita tak tahu. Selalunya kita tak tahu,” katanya menerusi hantaran di Instagram.
Menerusi entri yang sama, Faizal turut mendedahkan anaknya itu telah mengalami beberapa komplikasi serius ketika di dalam kandungan.
Disebabkan komplikasi tersebut, pihak doktor telah mengesahkan anaknya itu mengalami simptom down symdrome.
Bagaimanapun, penyanyi lagu, Assalamualaikum Dunia ini memaklumkan dirinya menerima perkara tersebut dengan hati yang terbuka.
“Maryam ini adalah anak kami yang Allah berikan keistimewaan. Alhamdulillah. Di mana Maryam ni sewaktu dia dalam kandungan isteri saya, doktor dapat kesan beberapa masalah.
“Mula-mula jantung. Kemudian disahkan sebagai Tetralogy Of Fallot (TOF). Maknanya dia punya campuran darah dan oksigen tu tak cantik. Jadi, itu masalah pertama yang doktor dapat detect.
“Masa tu dah dapat tahulah yang memang kena pembedahan jantung Maryam selepas lahir. Kitaorang dah kena bersedia dari segi mental, fizikal dan kewangan. Beberapa bulan selepas itu, buat scan lagi dan dapat tahu ada masalah lain dalam perut iaitu double bubble. Membuatkan dia bermasalah nanti bila nak makan.
“Bila doktor detect perkara ni dikaitkan pula dengan penyakit sebelum ini, doktor nak bagitahu pun agak berat. Dia sarankan saya untuk buat pemeriksaan menyeluruh untuk isteri saya sebab kemungkinan besar bila ada dua komplikasi ni, akan ada down syndrome.
“Sebulan sebelum tarikh isteri saya bersalin, dapat tahu memang disahkan mengidap down syndrome. Saya menerimanya dengan baik dan reda dengan apa yang Allah bagi. Saya tiada rasa macam down atau frust. Itu dah tertulis,” kongsinya lagi.
Dikesempatan itu juga, Faizal turut menitpkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikannya kata-kata positif mengenai kelahiran anak istimewanya itu
“Apa yang saya boleh kongsi sebenarnya adalah sewaktu saya berkongsi kepada rakan-rakan di pejabat, teman-teman berkuda, sahabat handai, keluarga sebelah isteri dan keluarga saya, semua orang bagi jawapan yang sangat positif dan memberi semangat. Perkara itu membuatkan saya bertambah selesa.
“Biasanya, bila saya sebut kepada sesiapa pun fasal anak saya, benda pertama yang keluar ‘Masya-Allah, Subhanallah. Allah kurniakan kau anak syurga bro’. Masa itu hati saya dengar pun jadi tersentuh. Tak expect pun mereka akan cakap begitu. ‘Anak syurga ni bro. Tak semua orang dapat kita ni terpilih untuk dikurniakan anak special ni.
“Alhamdulillah, perka itu amat memberi kekuatan kepada saya dan isteri. Salah satu perkara yang saya ingat, doktor ada cakap anak saya ni tak boleh terima layanan macam anak-anak saya yang lain. Dia memang kena extra attention, extra care. Doktor kata ‘This baby really need you’,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, bekas bintang kelahiran program realiti, One In A Million musim pertama ini turut menyifatkan kehadiran Maryam sebagai hadiah terindah daripada Allah SWT.
“Tapi benda yang terdetik di hati saya, apa yang doktor cakap tu salah. Saya sebenarnya yang sangat perlukan anak saya untuk saya jadi manusia yang lebih baik dan bersyukur. Boleh perbaiki diri saya sebagai hamba Allah. Perka ini yang membuatkan saya sangat-sangat bersyukur.
“Saya sedar Allah hantar perkara ini dengan niat yang sangat baik sebab kita kena bersangka baik dengan Allah. Apa yang boleh saya kongsikan, ketika ini fikiran saya masih lagi positif tetapi saya tahu akan ada lebih banyak ujian akan diberikan. Ini baru permulaan. Saya akan lalui banyak perkara yang akan mengajar saya benda baru.
“Saya tidak sempurna dan tidak akan pernah. Sebab itu manusia kena belajar. Satu persatu dan jangan terlalu tergopoh-gopoh. Selagi saya masih hidup dan Allah kurniakan rezeki, selagi Allah bangunkan saya setiap pagi, selagi itu saya tidak boleh give up,” akhirinya.
Sehingga kini, video yang dikongsikan itu telah pun meraih lebih 700,000 jumlah tontonan dan dihujani ribuan komen daripada netizen serta rakan selebriti.
Sumber: Instagram Faizal Tahir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan Korea Selatan sekali lagi dikejutkan dengan pemergian tragis penyanyi wanita, Lee Min, yang juga merupakan anggota duo terkenal As One.
Lee Min atau...