Nama pasangan selebriti Linda Hashim dan Beego hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini susulan kisah melibatkan rumah tangga mereka.

Kembali rujuk pada 9 April lalu selepas disahkan bercerai pada 27 Mac lepas, Linda dan Beego mengambil keputusan untuk sama-sama saling membuang ego demi menyelamatkan perkahwinan mereka.

Linda atau nama sebenar, Norhazlinda Hashim, 39, juga sempat berkongsikan gambar terbaharunya bersama Beego menerusi laman Instagram miliknya, baru-baru ini.

Menurut Linda, foto itu dimuat naik bagi ‘memenuhi’ permintaan ramai yang mahukan gambarnya berdua bersama suami.

“Assalamualaikum.. terlalu ramai bertanya mana gambar kami berdua. Bukan tak nak post tapi malulah.

IKLAN

“Kita taklah secantik mana pun.. ni pun gigih cari angle mana yang on point,” tulis Linda di ruangan kapsyen.

Menerusi foto itu, memperlihatkan Linda dan Beego bergambar mesra berlaga pipi serta berpakaian tradisional sedondon berwarna merah jambu.

Dalam entri itu juga, aktres berkenaan turut mengirimkan ucapan penghargaan di atas sokongan yang diberikan ramai pihak terhadap mereka sekeluarga.

“Alhamdulillah kami nak ucapkan ribuan terima kasih pada semua yang tak henti-henti mendoakan kami, yang bagi kata-kata positif pada kami, yang happy tengok kami.

IKLAN

“Tapi ada juga yang tak suka kita tau. Tapi tak apa sebab yang suka tu hanya dua, tiga orang je.

IKLAN

“Yang suka ni beribu.. maka dengan ini, kami belanjalah satu gambar,” tulis Linda lagi.

Untuk rekod, Linda dan Beego atau nama sebenar, Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 43, mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Jelita Clarissa, 9, Anggun Cassandra, 8, dan Indah Camelia, 4 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI