Pelakon dan pengarah, Uchee Fukada reda selepas anaknya yang baru dilahirkan pada Rabu tidak dapat diselamatkan dan telah meninggal dunia.

Perkabaran tersebut dimaklumkan sendiri oleh Uchee atau nama sebenarnya Nurlina Syafiqah Zakbah menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Jelas Uchee, dia percaya aturan Allah itu jauh lebih baik kerana Dia lebih mengetahui segalanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Uchee Fukada (@ucheefukada)

“Saya pasti ramai yang tertanya-tanya akan keadaan saya selepas melahirkan. Alhamdulillah syukur saya sihat setakat ini.

“Tapi aturan Allah Pencipta Seluruh Alam lagi maha hebat. Anak saya Ezmeth Maleeq (diberi nama) tidak dapat diselamatkan. Sekasih-kasih saya sebagai seorang ibu, kasih lagi Allah pada anak saya.

IKLAN

Dalam pada itu, pelakon drama Nur ini juga memaklumkan anaknya itu telah selamat dikebumikan pada petang Khamis.

“Dengan penuh rendah diri, saya pohon semua sahabat handai dan kenalan saya titipkan doa buat anak syurga saya yang amat saya kasihi.

“Alhamdulillah Allah mudahkan semua perkara dari proses bersalin semalam, sehinggalah hari pengkebumian anakanda tercinta saya tadi selesai solat asar.

“Saya dan keluarga berlapang dada menerima takdir yang Allah dah tulis pada kami selapang lapangnya,” ujarnya lagi.

IKLAN

Lantaran itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini juga memohon jasa baik semua pihak untuk memberikan dia dan keluarga ruang bagi menempuh detik sukar ini.

“Maaf kalau dua hari ini saya tak menjawab apa apa panggilan atau message dari sesiapa. Saya dan keluarga perlukan ruang untuk beri kekuatan sesama kami.

“Dan kini, saya kumpul segala kekuatan yang ada dalam diri untuk menulis apa yang terjadi pada saya semalam hingga hari ini.

IKLAN

“Terima kasih keluarga, saudara mara, sahabat datang dari jauh, jiran tetangga yang datang turut sama membantu saya. Moga Allah dapat balas jasa kalian semua,” kongsinya lagi.

Katanya lagi, meskipun berat baginya untuk menerima kenyataan, namun, dia akan terus kuat demi keluarga tercinta.

“MasyaAllah, rasa bagaikan mimpi, tapi inilah realiti yang saya harus telan. Demi keluarga dan anak anak yang ada depan mata, sebagai rusuk kiri suami dan juga kekuatan pada anak yang lain, saya harus tabah dan kuat menjalani kehidupan seperti biasa. Doakan saya ok guys?,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Uchee Fukada

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI