Peserta Big Stage 5 (BS5), Aufahanie mendedahkan dia dan pihak pengurusannya mempunyai sebab memilih persalinan yang ‘bold’ pada minggu pertama saingan program realiti berkenaan yang bersiaran secara langsung malam tadi.

Aufahanie atau nama sebenarnya, Nur Aufahanie Mokhtar, 20, berkata dia mahukan kelainan memandangkan membuat persembahan tanpa sokongan alat peraga (props).

Sekaligus, ia menyangkal komen segelintir warganet yang menyamakan penampilannya persis Aina Abdul yang berada di posisi juri tetap BS5.

“Untuk minggu pertama, saya buat persembahan tanpa props dan saya mahu stand alone. Jadi kerana situasi tersebut dan saya juga mahu ‘kejar’ markah dari segi kreativiti, pastinya kami perlu letakkan usaha pada busana. Itu sahaja.

“Tiada istilah untuk meniru penampilan Aina sebagaimana yang didakwa,” katanya kepada MH.

Aufahanie ditemui pada sidang media BS5 yang menyaksikan dia meraih markah sebanyak 75.33 peratus daripada juri profesional, berada di kedudukan kelima keseluruhan.

IKLAN

Tanpa Props, Stand Alone & Mahu ‘Kejar’ Markah Kreativiti Sebab Aufahanie Pakai Baju ‘Bold’… Tak Tiru Aina Abdul Tanpa Props, Stand Alone & Mahu ‘Kejar’ Markah Kreativiti Sebab Aufahanie Pakai Baju ‘Bold’… Tak Tiru Aina AbdulTanpa Props, Stand Alone & Mahu ‘Kejar’ Markah Kreativiti Sebab Aufahanie Pakai Baju ‘Bold’… Tak Tiru Aina Abdul

Ditanya mengenai prestasi persembahannya malam tadi, Aufahanie yang menyampikan lagu Geming Jiwa mengakui dia berdebar namun cuba memberikan yang terbaik.

“Jujurnya saya memang gementar. Kali terakhir saya buat persembahan secara langsung pada September tahun lalu di Anugerah Industri Muzik ke-23.

“Bila dapat peluang ini, sudah tentulah perasaan tersebut akan ada. Apatah lagi saya memang menantikan peluang sertai Big Stage sejak lima tahun lalu.

IKLAN

“Ia terbantut susulan kekangan umur dan fokus pada pengajian. Namun akhirnya impian menjadi kenyataan.

“InsyaAllah apa yang boleh saya tambah baik untuk persembahan minggu hadapan ialah kawal perasaan gementar itu.

Jujurnya ketika sesi rehearsal, bagi saya ia lebih baik berbanding malam tadi mungkin kerana ketika itu tiada juri dan penonton.

“Apa pun saya akan cuba buat yang terbaik dan terima kasih kepada peminat yang mulai menyokong perjalanan saya di BS5 ” katanya lagi.

IKLAN

Bertemakan Manifesto, kesemua 13 peserta Big Stage 5 diadili oleh juri tetap Ajai dan Aina Abdul serta juri jemputan, Lah Ahmad.

Program realiti itu sebelum ini telah menobatkan empat juara sepanjang penganjurannya iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).

BS5 akan berlangsung selama 10 minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 7 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI