Industri hiburan tanah air bersedih semalam dengan pemergian pelakon senior, Allahyarham Ridzuan Hashim yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 62 tahun.

Kehilangannya bukan sahaja dirasai anak-anak serta kaum keluarga, sebaliknya ia turut ditangisi oleh rakan-rakan dalam industri hiburan yang mengenali rapat dengan diri Allahyarham.

Antaranya ialah pelakon Fizo Omar yang cukup terhutang budi dengan arwah yang banyak membantunya ketika di awal kemunculannya dalam bidang seni.

“Agak lama tidak berjumpa dengan my brother ni, Ya Allah terkejut bila dapat tahu dia dah tiada pagi ni (semalam).

“Masa awal-awal Abg Joe (Fizo) berlakon 15 tahun lepas, abang Ridzuan ni la selalu tolong recommend kepada produser dan offer job kepata kami, budak-budak baru masa itu,” tulisnya di ruangan kapsyen menerusi satu muat naiknya di laman Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizo Omar (@fizoomar)

IKLAN

Dalam perkongsian itu juga, bapa kepada dua cahaya mata itu turut mengenang Allahyarham antara pelakon senior yang tidak pernah kisah akan statusnya sebagai orang yang dikenali ramai dan senang bergaul dengan sesiapa sahaja.

“Seorang yang senior dan nama besar dalam industri tapi dia sangat humble dan low profile.

“Macam tak percaya masa first time jumpa dia dulu, cara dia macam dia ni bukan star, yang boleh borak-borak, lepak warung dan bercampur dengan semua orang. Tak pernah dia nak pegang status siapa dia.

IKLAN

Fizo Omar Terhutang Budi Dengan Ridzuan Hashim; “Masa Awal Berlakon, Selalu Tolong Recommend Kepada Produser.” Fizo Omar Terhutang Budi Dengan Ridzuan Hashim; “Masa Awal Berlakon, Selalu Tolong Recommend Kepada Produser.”

“Saya doakan semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Semoga segala kebaikan arwah terus mengalir dan memberi barakah dan kebaikan kepada anak cucunya.

“Perginya seorang anak seni yang banyak jasanya kepada industri hiburan tanah air kita.. Al-Fatihah,” tulis Fizo lagi.

IKLAN

Terdahulu, berita pemergian aktor yang dikenali dengan watak King dalam filem KL Gangster itu disahkan bekas isteri yang juga pelakon dan pengacara, Didie Alias menerusi laman sosial Instagram miliknya pada kira-kira jam 2.50 petang Khamis.

Allahyarham Ridzuan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor.

Allahyarham meninggalkan lima orang anak iaitu Nur Dhaniyah, 30, Muhammad Dhanial, 29, Nur Dinie, 27, Nur Dayini, 25, dan Nur Diyana, 24.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI