Kian menyerlah di Indonesia, bakat serta pesona yang dimiliki pelakon dan hos, Uyaina Arshad semakin diterima ramai penggiat seni di sana.
Mengimbau kenangan, bintang berusia 27 tahun yang dicungkil bakatnya menerusi satu program pencarian ikon Muslimah memberi kesempatan buatnya untuk mencari peluang mencari tapak kukuh di negara jiran.
“Sekitar April lalu, pihak produksi di sana ada tawarkan saya untuk jadi hos bagi program Dangdut Akademi (D’Academy Asia) sahaja.
“Bagaimanapun tiba-tiba sebulan kemudian pengurus saya, Rahman beritahu Indosiar tawarkan untuk sebuah lagi prgoram iaitu Golden Memories Asia 2019.
“Saya difahamkan sebelum ini program tersebut hanya melibatkan penyanyi tempatan sahaja.
“Akan tetapi untuk musim baru, mereka kembangkan ia dengan memanggil peserta serantau. Jadi saya sambung terus berada lebih empat bulan di sana,” katanya yang dijadual bakal mengendalikan D’ Academy Asia musim terbaru.
Ads
Uyaina atau nama lengkapnya, Saidatul Naseha Uyaina binti Arshad merupakan juara pertama pertandingan Puteri Muslimah Asia 2018 yang anjuran Indosiar.
“Sejak itulah, peluang dan rezeki hadir. Saya diberi peluang untuk menjadi hos bagi beberapa rancangan besar di sana. Misalnya D’Academy Asia dan Akademi Sahur Indonesia (Aksi) Asia 2018.
“Alhamdulillah reaksi yang diterima sangat baik dan mereka boleh terima saya dengan terbuka,” jelasnya kepada MH.
Tidak mahu memberi tumpuan dalam satu bidang semata, wanita asal Perak ini turut mencari peluang dalam dunia lakonan di negara ini sementelah beberapa drama lakonan terdahulu seperti Lelaki Kiriman Tuhan dan Curi-Curi Cinta mendapat perhatian yang bukan calang-calang.
Ads
“Saya ni masih boleh dikira baru dalam lakonan, akan tetapi rezeki itu tetap ada. Alhamdulillah. Cuma ya, sebagai orang baru saya tidaklah terlalu mengetatkan soal pemilihan watak.
“Asalkan dia bersesuaian dengan imej dan batasan saya, itu sudah memadai. Cuma ketika ini, fokus dan komitmen saya perlu dilebihkan kepada pengacaraan dahulu,” katanya.
Uyaina juga turut mengakui ada menolak tawaran untuk berlakon dalam sebuah lagi drama bersiri atas kekangan komitmen. Bagaimanapun, ia tidak bermakna Uyaina mahu lupakan kerjaya seni di negara sendiri.
“Ramai juga yang tanya akan hal berkenaan, akan tetapi siaran program yang saya kendalikan di Indonesia lazimnya berlangsung dari malam Isnin hingga Jumaat. Jadi saya masih berpeluang pulang ke Malaysia pada hari minggu.
Ads
“Malah masih ada program yang perlu saya kendalikan juga,” jelas Uyaina yang memberi janji untuk cuma memberikan ruang terbaiknya dalam seni dua negara.
Ditanya mengenai status kesihatannya kini, Uyaina menjelaskan dirinya berada di dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Sibuk tidak bermakna dirinya leka untuk menjaga kesihatan.
“Saya masih bergantung kepada beberapa jenis pil yang berkaitan. Meski saya agak sibuk dengan jadual yang padat, namun saya cuba untuk pastikan diri mempunyai rehat selain mendapatkan tidur secukupnya.
“Malah saya kerap bertanya pada pakar mengenai status kesihatan selain turut melakukan senaman ringan untuk memastikan kadar degupan jantung berada pada paras normal,” jelas Uyaina yang turut perlu mengawal menu pemakanannya.
Awal tahun ini, bintang tersebut telah disahkan menghidap penyakit komplikasi jantung takikardia supraventrikel(SVT) dan injap jantung.
Sejak mula ditayangkan pada 2019, drama komedi Kampung People menjadi fenomena apabila ditonton jutaan peminat drama tempatan.
Bergenre konsep komedi kekeluargaan, drama arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin ini akan kembali untuk musim ketiga.
Perkara itu dikongsikan pelakon utamanya, Elly Mazlein menerusi laman Instagram miliknya apabila dia memuat naik gambar pelakon utama siri tersebut iaitu Rashidi Ishak, Riena Diana dan Kamarul Eqifshah beserta beberapa orang krew produksi.
“Kami kembali la dikkkkk… Kg People 3,” tulis Elly ringkas di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan komen mereka sudah tidak sabar untuk menantikan Kampung People 3 kembali ke kaca televisyen.
“Tak sabar, drama paling aku layan.
“Excited nak tengok.
“Penat gelak la nanti.
“Memang happening lah family ni!
“Cuba la buat 40 episod… kejap sangat la Kampung People 1 dan 2,” komen sebahagian netizen yang cukup teruja dengan ‘comeback’ tersebut.
Kampung People mengisahkan tentang Razif sekeluarga yang terpaksa melarikan diri ke sebuah kampung selepas bosnya didakwa atas kesalahan jenayah.
Razif yang merupakan saksi kepada kes tersebut dimasukkan ke Program Perlindungan Saksi dan kesemua ahli keluarganya terpaksa tampil dengan imej serta identiti baharu demi mengelak daripada diburu konco-konco bekas bos Razif.
Selain Elly, drama itu turut dibintangi Hun Haqeem, Razak Ahmad, Datuk Fizz Fairuz, Namron, Haeriyanto Hassan dan Allahyarham Adibah Noor.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa mengakui tahun hadapan, dia mempunyai beberapa impian yang mahu direalisasi, termasuk menziarahi salah sebuah masjid utama dalam Islam, Masjid Al-Aqsa yang terletak di sebuah kompleks di kota Baitulmaqdis (Jurusalem).
Katanya kepada MH, dia memasang impian untuk menzahirkan hasratnya itu tahun hadapan, sekiranya dipermudahkan.
“Ada satu lokasi yang saya niat untuk melawat, iaitu Masjid Al-Aqsha. Sebagaimana yang kita tahu, masjid tersebut antara yang mulia di sisi agama Islam selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. InsyaAllah, moga impian tercapai,” katanya.
Pada masa sama, Lofa turut memberitahu, dia mempunyai kenalan yang pernah mengiringi beberapa selebriti tempatan untuk menziarah lokasi berkenaan.
“Dia merupakan individu yang membawa beberapa selebriti tempatan kita ke sana. Katanya pengalaman berbeza andai berada di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Ia berbeza di antara setiap satunya.
“Jadi InsyaAllah akan dapat pengalaman baru. Agak risau juga tetapi katanya kita perlu ajak dan yakinkan muslim untuk ke sana sebab kalau tidak, suatu hari nanti mungkin tiada lagi orang Islam yang menziarahi atau beribadat di masjid itu langsung.
“Jadi sebab itulah, ada yang memberi kesedaran kalau ada peluang, usaha untuk ke sana,” terang Lofa.
Ditanya mengenai soal keselamatan pula, Neelofa mengakui dia perlu tawakal andai diizinkanNya menjejakkan kaki ke masjid itu.
“Saya kena tawakal. Lagipun, sudah ada orang kita yang sudah ke sana sebelum ini. Mahu juga rasai pengalaman itu,” akhiri Lofa yang sudah merancang jika impian menjadi kenyataan, dia mahu membawa ibu dan neneknya ke sana.
Semoga impian dan niat murni Neelofa itu dipermudahkan, InsyaAllah…
Foto: Instagram Neelofa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Setelah lebih 11 tahun melibatkan diri dalam bidang seni, pelakon Idzham Ismail berkata dia akhirnya puas apabila wataknya sebagai Ikram dalam drama Andai Itu Takdirnya mendapat perhatian ramai.
Menurut Idzham, 35, dia terharu apabila ramai peminat drama tersebut memberikan komen-komen positif selain tertunggu-tunggu wataknya menerusi drama yang diadaptasi menerusi novel Siti Rosmizah Ismail menggunakan judul sama.
“Ini merupakan kali kedua saya dapat pegang watak protagonis (watak baik).
“Novel ini memang popular dan ada kelompok peminatnya yang tersendiri jadi saya agak risau sebenarnya jika tak dapat bawa Ikram mengikut expectation pembaca.
“Namun, Alhamdulillah saya lega bila dapat komen-komen positif yang mana mereka semua suka dengan pembawaan saya untuk watak Ikram.
“Jadi saya harap dengan watak Ikram ini dapat jadi batu loncatan untuk produser-produser berikan watak sebegini kepada saya selepas ini,” katanya kepada MH.
Idzham ditemui di Kay’s Steak & Lobster, IOI Connexion, Putrajaya baru-baru ini.
Pada majlis tersebut, pelakon berusia 35 tahun itu diberi peluang merasai hidangan terbaharu restoran tersebut iaitu Beef Wellington yang cukup terkenal di negara Barat.
Idzham penggemar hidangan Beef Wellington air tangan Chef Amirul di Kay’s Steak & Lobster.Pengunjung di Kay’s Steak & Lobster dapat menikmati Beef Wellington tanpa ragu-ragu terutama pelanggan beragama Islam selaras dengan konsep Kay’s Steak & Lobster iaitu Halal steak house. Kebiasaannya ‘reduction sauce’ sajian ini mengandungi red wine, namun di restoran ini, ia telah diolah dengan menggunakan blackcurrant sauce sebagai penggantinya yang tidak kurang enak. Berat sajian Beef Wellington ialah 300g.
Bapa kepada dua cahaya mata itu juga berterima kasih kepada penulis skrip drama tersebut yang juga merupakan novelisnya, Siti Rosmizah Ismail kerana mencadangkan namanya untuk watak tersebut kepada pihak produksi dan stesen televisyen.
“Selama 11 tahun dalam bidang ini, saya susah diberi peluang untuk pegang watak baik. Selalu karakter jahat macam perogol, kaki pukul diberi kepada saya.
“Siti Rosmizah merupakan orang pertama yang berani push nama saya untuk watak protagonis.
“Bila dah dapat kepercayaan itu, saya memang nak buktikan tak semestinya muka melayu macam ini tak boleh bawa watak lelaki baik.
“Ada orang cakap dengan saya, watak baik kalau kita salah bawa, memang boleh tenggelam.
“Itu adalah satu cabaran besar buat saya tapi Alhamdulillah melihatkan respon penonton, watak Ikram memang sentiasa ditunggu-tunggu mereka sebab dia adalah ‘penyejuk’ dalam drama ini,” katanya lagi.
Selain Idzham, drama Andai Itu Takdirnya turut dibintangi Shukri Yahaya, Hannah Delisha, Puteri Sarah Liyana dan Dayang Areeda.
Drama arahan Jamal Khan itu ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Astro Ria (104).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dikecam kerana dikatakan berkelakuan kurang sopan di sebuah program televisyen baru-baru ini, usahawan sensasi Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM, menjelaskan tindakannya itu adalah atas permintaan pihak produksi.