Pelakon dan hos, Sarah Hildebrand mengumumkan dirinya bakal mendirikan rumah tangga bersama jejaka kacukan Filipina-Amerika Otto Gillen, 26, pada 3 November ini, lapor Harian Metro.
Bintang berusia 29 tahun itu seperti yang dipetik menjelaskan, majlis pernikahan mereka akan dilangsungkan di masjid berhampiran kediaman keluarganya di Lembah Keramat.
Pasangan sama cantik sama padan itu sepakat untuk berkahwin selepas berkawan rapat selama lapan bulan.
“Sebenarnya, saya dan Otto kawan lama yang terpisah ketika sama-sama menuntut di sekolah tinggi di Amerika dulu.
“Saya bertemu semula dengannya ketika melawat bapa yang kurang sihat di Arkansas, Amerika Syarikat awal tahun ini.
Ads
“Namun, kami kembali berkawan rapat sejak Februari lalu selepas hubungan saya dengan bekas kekasih berakhir,” katanya.
Pada masa sama, bintang Pujaan Hati Kanda itu mengambil pendirian untuk tidak mendedahkan hubungan yang terjalin bersama Otto sebelum ini kerana bimbang kisah pahit berulang.
Ads
“Banyak yang saya belajar selepas putus cinta sebelum ini.
“Justeru, selepas kami sepakat untuk berkahwin, saya pastikan perancangan untuk berkahwin berjalan lancar dulu barulah berkongsi berita baik ini dengan semua.
Ads
“Selain itu, banyak dokumen berkaitan urusan pernikahan yang perlu diuruskan kerana saya bakal berkahwin menggunakan wali hakim nanti,” tambah Sarah lagi.
Berdepan dengan cabaran di alam perkahwinan menjadikan penyanyi dan pelakon, Lufya Omar semakin kuat untuk bangkit semula demi diri dan anaknya.
Lufya baru-baru ini berkesempatan bertemu penceramah bebas,Ustaz Ebit Lew untuk memberi motivasi dan semangat kepada ibu tunggal itu.
“Cabaran Single Mother membesarkan anak seorg diri tpi ganjarannya.
“Extended video yang diberikan Ustaz @ebitlew untuk memberi khabar gembira dan motivasi bukan sahaja untuk lufya tetapi seluruh ‘Single Mother’ di luar sana.
“Subhanallah Tersenyumlah dan Bersabarlah sebentar di dunia ini untuk menerima ganjaran yang teramat hebat “di sana” nanti,” tulis Lufya sambil disertakan video di Instagramnya.
Menerusi video berdurasi hampir dua minit itu, Lufya tidak dapat menahan sebak menceritakan nasib yang dialaminya.
Sementara itu, di Instagram Ebit pula, dia turut tersentuh dengan perkongsian yang menimpa bintang Mahar Tanpa Cinta itu.
“Sebak menangis hari ini bila sesi hati ke hati @lufyalaana menangis bertanya bagaimana nak mendidik anak-anak dan menjadi ayah ibu dalam masa yang sama.
“Begitulah seorang ibu walau ujian besar melanda keluarga tetap risau keadaan anak-anak.
“Pendidikan dan kasih sayang. Semoga Allah rahmati semua wanita diluar sana yang kuat dan diuji Allah.
“Pasti Allah balas dengan sebaik-baiknya. Semuanya kerana dia sayang. Allah ingin beri rahmat dan kebaikan yang melimpah ruah disebalik semua ujian.
“Tak tahu nak ungkap bagaimana tetapi begitulah ujian hari ini susahnya nak cari suami atau ketua keluarga yang baik. Allahuakbar.
“Semua menangis tadi. Semoga tangisan semua jadi asbab hidayah dan rahmat buat semua. Semuanya Kerana Allah dan Redha Allah menjadi ubat. Allahuakbar,” tulis Ebit.
Antara yang hadir berkongsi dan mendengar luahan adalah Nur Heliza Helmi,Joy Revfa,Yatt Hamzah,Dayah Bakar, Farah Adeeba dan Emira Khan.
Sekadar imbasan, Lufya dan Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum diijabkabulkan pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang puteri, Laana Haura, 2 tahun.
Namun, pada petengahan September lalu, pasangan inidisahkan bercerai menerusi aplikasi WhatsApp.
Video : Instagram Lufya/Ebit Lew
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Risteena Munim memuat naik kata-kata memohon agar tiada kenyataan dikeluarkan selagi ia bukan daripada dirinya. Malah dia menegaskan supaya tidak hanya mendengar sebelah pihak bagi mengelakkan spekulasi tidak benar.
Bagaimanapun, pelakon tersebut tidak menyatakan sebarang punca kenyataan tersebut dikongsi.
“Diharap semua pihak tidak mengeluarkan apa-apa statement yang tidak keluar dari mulut saya. Jangan hanya mendengar sebelah pihak agar tidak timbul spekulasi yang tidak benar. Terima kasih,” jelasnya.
Terdahulu, sebuah portal hiburan mendakwa hubungan cinta pelakon ini dengan ahli perniagaan, Ikhwan Khairudin sudah bernoktah dan perancangan untuk bernikah pada November tahun ini bersempena hari lahir Risteena juga hancur di tengah jalan.
Dan beberapa siri muat naik foto seorang lelaki di Instagram Risteena yang dibayangi ikon cinta merupakan pelakon, Isa Khan.
Keterujaan Pu Abu yang akan menerima kehadiran cahaya mata nyata tidak dapat disembunyikan.
Lantas, pemilik nama sebenar Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi itu dilihat telah berkongsi sepotong video imbasan ultra sound bayi dalam perut isterinya, Hana Azraa.
Perkongsian tersebut dibuat menerusi Instagram awal hari ini.
“Moga Allah mudahkan urusan dan murahkan rezeki ku untuk memikul tanggungjawab sebagai ayah kepada dua orang anak yang bakal jadi pewaris ku.
“Mohon doa yang baik2 ye. Apa pun yg berlaku anak tetap berhak mendapat kehidupan yang baik,” tulisnya.
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.