Dunia hiburan Hollywood hari ini kehilangan salah seorang figura paling disegani apabila pelakon lagenda, Diane Keaton, dilaporkan meninggal dunia pada usia 79 tahun.

Berita duka itu disahkan oleh wakil keluarganya dalam satu kenyataan rasmi kepada media antarabangsa, yang memohon agar privasi keluarga dihormati ketika mereka sedang melalui saat-saat sukar ini.

Berita pemergian Keaton benar-benar mengejutkan banyak pihak kerana kali terakhir mendiang memuat naik perkembangannya di Instagram adalah pada April tahun ini. Dalam hantaran tersebut beliau kelihatan sihat sedang bermain bersama anjing kesayangannya.

Keaton, yang nama sebenarnya Diane Hall, dilahirkan di Los Angeles pada 5 Januari 1946. Beliau mula mencipta nama di pentas Broadway sebelum bakatnya dikesan oleh pengarah tersohor Woody Allen, yang kemudian membuka jalan kepada kerjaya filemnya melalui naskhah klasik Annie Hall pada tahun 1977.

Menerusi filem tersebut lakonan hebat yang ditampilkan sekaligus melayakkannya merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Oscar pada usia 31 tahun.

Ads

Selain Annie Hall, Keaton turut dikenali menerusi watak ikoniknya dalam trilogi The Godfather arahan Francis Ford Coppola, selain filem-filem popular seperti Father of the Bride, The First Wives Club, dan Something’s Gotta Give.

Pelakon Tersohor Hollywood, Diane Keaton Meninggal Dunia Pada Usia 79 Tahun
Penampilan Diane Keaton dalam filem Annie Hall.

Keunikan lakonannya yang bersahaja, disulami karisma dan kecerdasan tersendiri, menjadikan beliau antara aktres paling dihormati dalam sejarah perfileman Amerika.

Dalam beberapa bulan terakhir, media antarabangsa melaporkan keadaan kesihatan Keaton dikatakan semakin merosot. Namun, beliau tetap aktif berinteraksi dengan peminat melalui media sosial dan kekal positif dalam setiap hantaran yang dikongsikan.

Ads

Beberapa rakan selebriti turut menzahirkan rasa sedih dan penghormatan terakhir terhadap pemergian bintang tersebut. Penyanyi terkenal, Bette Midler misalnya, menyifatkan Keaton sebagai seorang wanita luar biasa yang membawa sinar dan kecerdikan dalam setiap lakonannya.

“Diane Keaton yang cemerlang, cantik, luar biasa telah meninggal dunia. Saya tidak dapat memberitahu anda betapa sedihnya ini membuat saya.

Ads

“Dia lucu, asli yang lengkap, dan benar-benar tanpa tipu daya, atau mana-mana daya saing yang diharapkan daripada bintang sedemikian. Apa yang anda lihat ialah siapa dia…oh, la, lala!” tulis Midler pada kapsyen Instagramnya

Selain dunia lakonan, Keaton juga aktif dalam bidang fotografi, penulisan dan penerbitan buku. Gaya peribadinya yang tersendiri lengkap dengan topi, blazer besar dan sentuhan klasik maskulin menjadikan beliau ikon fesyen yang dihormati hingga ke hari ini.

Setakat laporan ini ditulis, punca kematiannya belum diketahui dan tidak dikongsikan kepada umum.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI