Konsert Di Sebalik Aku Hafiz Suip akan tetap berlangsung di Megastar Arena, Kuala Lumpur pada 1 November depan, kata penganjur SAH Entertainment.

Menjawab spekulasi pembatalan konsert susulan keluhan peminat apabila platform jualan tiket ditutup selama tiga minggu, Pengarah Urusan SAH Entertainment, Sufi Rashid menjelaskan ketika itu, pihaknya dalam perancangan menurunkan harga tiket.

Sufi berkata, inisiatif menurunkan harga tiket adalah idea cetusan Hafiz sendiri kerana memikirkan pengangkutan serta penginapan peminat dari jauh termasuk Sarawak, Sabah dan Singapura.

“Semestinya konsert diteruskan, sebagai pihak penganjur untuk setiap konsert pembatalan adalah perkara paling kami mahu elak.

“Kalau tangguh itu biasa, tapi batal adalah mimpi ngeri untuk setiap penganjur. Setakat ini konsert kami tak pernah batal dan konsert Hafiz tetap diteruskan.

“Kali ini kita dapat tiga penaja termasuk isteri saya sendiri. Bila kita dapat panggilan daripada penaja yang berminat untuk masuk, Hafiz tanya boleh tak turunkan harga tiket. Jadi kami ambil masa tiga hingga empat hari.

“Ini sejarah juga buat kami bila dapat penaja, kami terus berurusan dengan agensi penjualan tiket untuk turunkan harga tiket.

Ads

Malah, ada pembeli yang sudah dapat pulangan sebahagian daripada duit tiket yang sudah dibelanjakan,” katanya pada sidang media khas konsert berkenaan, pada Selasa.

Sufi menambah, setakat ini, setiap pembeli tiket sudah mendapat pulangan separuh daripada bayaran tiket mereka.

“Setakat ini, seramai 1,462 pembeli tiket sudah menerima pulangan tiket seperti yang diumumkan di media sosial kami. Jadi, untuk pembeli tiket seterusnya hanya perlu membayar dengan harga baru yang lebih rendah.

“Bagaimanapun, dari segi bayaran untuk Hafiz tetap mengikut sebagaimana yang sudah dipersetujui kerana ini juga periuk nasi dia,” jelasnya.

Ads

“Apa Kata Kita Cari Cara Mudahkan Peminat,” – Hafiz Suip Hargai Sokongan, Turunkan Harga Tiket Konsert “Apa Kata Kita Cari Cara Mudahkan Peminat,” – Hafiz Suip Hargai Sokongan, Turunkan Harga Tiket Konsert “Apa Kata Kita Cari Cara Mudahkan Peminat,” – Hafiz Suip Hargai Sokongan, Turunkan Harga Tiket Konsert

Prihatin Dengan Peminat

Sementara itu, Hafiz Suip menegaskan keputusan menurunkan harga tiket dilakukan kerana memikirkan peminat.

“Saya sebenarnya ambil berat di mana saya faham ada peminat dari jauh seperti Sabah, Sarawak dan Singapura. Ada yang tanya bagaimana penginapan dan pengangkutan, jadi saya terfikir dan terus beritahu pihak SAH Entertainment.

Ads

“Saya cakap, apa kata kita cari satu cara untuk mudahkan peminat seperti menurunkan harga tiket, jadi saya berterima kasih kepada semua penaja yang sudi bersama kami,” katanya.

Juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) itu juga menambah, keputusan tersebut sudah dibincangkan secara menyeluruh bersama pihak penganjur.

“Sudah tentu saya fikir kesan kepada penganjur, tapi ini sudah dibincangkan bersama. Jadi, selepas dipersetujui dan memikirkan peminat, maka kami putuskan untuk ambil keputusan ini,” jelasnya.

Sebelum ini, spekulasi timbul berikutan kegagalan peminat untuk membeli tiket daripada platform jualan dalam talian, termasuk sebahagian bayaran mereka dipulangkan.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Menerusi pengumuman terbaru, harga tiket dikurangkan iaitu RM788 diturunkan kepada RM588, RM588 (RM358), RM488 (RM288), RM388 (RM228), RM288 (RM188) dan RM188 (RM148).

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI