Kakak kepada pelakon Nelydia Senrose, Uqasha Senrose ada memberikan dedikasi khas buat adiknnya itu yang telah pun bergelar isteri kepada usahawan, minggu lalu.
Sedia dikenali sebagai pasangan adik-beradik yang cukup rapat, pelakon tersebut mengucapkan tahniah meski tidak percaya dengan status baru yang digalas Nelydia.
“MasyaALLAH b , awak cantik sangat tapi malam semalam awak tersangat lah extra cantik . The dress makeup just so perfect that night.
“Again b tahniah dah jadi bini orang hehe macam tak percaya langsung Baby dah ada new life , nanti puasa and raya tahun ni b beraya dengan suami , dah tak Boleh nak tidur sama2 n bangun sahur or nak kena marah dengan mama sebab selalu bangun sahur dah habis masa hahaah,” tulisnya menerusi Instagram.
Malah kongsi Uqasha lagi, bersempena dengan sambutan Aidilfitri nanti, keduanya tidak boleh lagi untuk berkongsi vilik dan mencuba baju raya sama-sama kerana adiknya itu sudah mempunyai tanggungjawab lain.
“And raya pun sama nanti dah tk Boleh share one room and try2 Baju raya sama2 sebab b ada tanggungjawab lain kena sedia kan makan pakai cik husband pulak . Thank you b bagi Sha seorang Abang which is @mhafezhalimi.
“Hafeez please jaga Baby baik2 tau! Kalau dia meragam pun layan kan je tau sebab dia manja and kejap je if dia cranky.
“Sha nak cepat cepat anak sedara sebab aryan khan dah besar dah. So nak jaga anak Baby pulak. I love you so much Nelydia,” kongsi Uqasha panjang lebar.
Memuat naik dua keping foto ulam pegaga bagi menggambarkan perjalanannya yang sedang menyusu anak, Datin Almy Nadia sempat menyelitkan luahan rasa.
Perkongsian tersebut antara lain membayangkan perihal dipergunakan oleh segelintir pihak atas gelaran sebagai ‘artis’.
“Tadarrrrrrr journey #bf mama.. natural … jus pegaga… done … ok saja nak luah perasaan sikit pagi ni… just nak tanya hina sgt ka pekerjaan sebagai “ARTIS” ni.. sampai ramai yg memperlekeh2 kan “ ARTIS” ikut suka hati hampa ja nak eja mcm mana.”
Tambahnya lagi, peminat dilihat mengambil kesempatan memberikan hadiah dan menggunakan gambar yang dikongsi sebagai promosi produk tanpa sebarang bayaran.
“Lepas tu pasai bg gift pun sj nak habaq.. yg sorang bg gift lps tu pakat2 ramai pulak dok copy paste serupa kami dok guna barang depa.. apooo!!!!!… lps tu siap tulis retis ni guna retis ni pakai apooo kah itu.. sorry la naa…
“Klu rasa nak “ARTIS” tu pakai atau guna bayaq laaa.. toksah la nak copy paste n ckp pulak “retis ni guna barang kami retis ni pakai barang kami” ok… budi bahasa ni melambangkan diri kt tau.. hahahah sj la .. luah perasaan sikit sahaja,” ulasnya.
Baru menjengah setahun usia perkahwinan, Shakilla Khoriri bersyukur atas ketentuan rezeki yang dikurniakan kepadanya sekeluarga.
Luahnya, walaupun telah merancang untuk ‘bercinta’ dengan suami dalam tempoh awal perakhwinan sebelum muncul permata hati baru, bintang berkenaan syukur atas rezeki zuriatnya.
“Tahun lepas baru merasa sambut puasa dan raya jadi isteri orang.
“Eh….tahun ni dah bertiga.
“To be honest, lepas kawin memang kitaorang plan nak dating puas2 setahun than baru plan nak baby.
“Tapi kehendak dan rezeki Allah tak siapa boleh jangka.
Rupanya peraturan Allah lebih baik dari aku rancang.SYUKUR.
“Lagi berapa hari nak Ramadan.
Excited.
Tapi aku tahu akan penuh dugaan dan cabaran dengan Ameena.
Aku harap Ameena jadi good girl nanti kalau tak mau aku telan dia.”
Aktres ini turut mengajak netizen sama-sama membersihkan hati dan memaafkan semua orang sempena kedatangan Ramadan tidak lama lagi.
“Anyway kita sama2 bersihkan hati,
maafkan semua orang.
Cuci hati sebersihnya.
Lihat kesalahan sendiri,
perbetulkan.
Aku tidak lah nak mengajar cuma kita sama2 lah buat untuk kebaikan diri sendiri,” tulisnya.