Selepas lebih dua tahun tidak muncul dengan mana-mana single terkini, penyanyi Indah Ruhaila tampil dengan single terbaru berjudul Pudar.
Diangkat sebagai salah satu runut bunyi drama Nur 2 yang kini menemui penonton TV3 menerusi slot Samarina, bintang ini mengharapkan reaksi baik peminat, sekali gus bakal menaikkan kembali namanya di persada seni.
Malah, dia mengakui sudah jatuh cinta dengan melodi dan lirik lagu ciptaan sepenuhnya Amylea Azizan ini meski pertama kali mendengar demonya.
“Pertama kali mendengar lagu ini, saya cukup terusik dengan melodi dan liriknya. Apatah lagi apabila saya diberitahu Amylea bahawa lagu ini asalnya ditulis khas untuk watak ‘Nur’ berdasarkan plot untuk edisi pertama drama tersebut.
Ads
“Saya berharap apa yang lagu ini cuba sampaikan, saya berjaya terjemahkan menerusi nyanyian saya. Sekiranya ada yang menyatakan nyanyian saya ini berjaya menyentuh hati mereka, alhamdulillah,” katanya.
“Pudar merupakan single terbitan dan edaran Nova Music (M) Sdn. Bhd. dan boleh didapati di semua muzik digital serta juga iTunes bermula 29 Mac 2019 lalu.
Sementara video muzik rasminya pula boleh ditonton menerusi saluran YouTube Nova Music Videos bermula hari ini. Cant Wait!
Percaya atas bakat dan rezeki meski setelah 10 tahun baru berpeluang muncul dengan album mini pertama, penyanyi duo ShiLi dan Adi yakin Berdua mampu memberi impak tersendiri dalam kerjaya mereka.
Selesa mengalunkan lagu-lagu dalam genre Balada Pop yang disulam dengan elemen Soul, bintang ini sebetulnya mulai kembangkan bakat di Singapura, sebelum mengintai peluang besar di Malaysia, memandangkan salah seorang anggotanya, ShiLi Yap merupakan anak jati Negeri Sembilan.
Sementara pasangannya, Adi atau nama lengkapnya, Adi Rakhmadian pula berasal dari Surabaya, Indonesia.
Melanjutkan pengajian di Kota Singa menemukan mereka berdua hingga mencetus idea untuk kembangkan bakat seni secara duo.
“Benar, kami memulakan kerjaya seni di Singapura memandangkan kami belajar dan pernah bekerja di sana juga. Lalu, kesempatan yang ada itulah masing-masing cuba intai peluang menyanyi dan syukur peluang yang diberikan bukanlah sedikit.
“Dari situ kepercayaan dari karyakan Singapura mulai hadir dan kami diberi kesemptan untuk membuat persembahan di majlis berskala besar di sana. Apa pun, sekarang kami turut idamkan momentum sama di Malaysia serta Indonesia,” jelas mereka kepada MH.
Lebih menarik, Berdua turut mempunyai beberapa buah lagu yang terdiri dari Bahasa Malaysia dan Mandarin.
“Sengaja kami pertaruhkan beberapa buah lagu bagi mencipta kelainan. Malah, sebelum melahirkan album ini ini, kami turut mendapatkan pandangan daripada karryawan senior lainnya juga,” jelas ShiLi yang turut menambah dia lebih selesa menyanyi secara duo meski punya tawaran untuk berdiri sebagai bintang solo.
“Jujurnya saya pernah mendapat tawaran untuk beraksi secara solo. Begitu juga dengan Adi. Namun kami percaya dengan gandingan suara secara berdua itu lebih baik. Pada masa sama, kami juga berjanji tak akan berpisah antara satu sama lain.
“Itu prinsip kami sejak awal terlibat dalam nyanyian. Betul, bukan senang untuk mencipta keserasian dalam hubungan persahabatan yang disulam dengan etika profesionalisme. Ada naik dan turunnya juga hubungan kami, sama seperti rakan-rakan lain.
“Tetapi itulah cabaran yang menjadikan ShiLi & Adi ini suatu yang istimewa. Harapnnya, Berdua ini menjadi signal akan kekuatan duo ini.
Terdahulu, pasangan duo ini turut mencipta sukses tersendiri selepas menjadi satu-satunya artis Singapura yang diundang menyanyi di panggung Formula 1 Grand Prix Singapura selama empat tahun berturut-turut sejak 2012 bersama barisan artis antarabangsa.
Malah dua tahun lalu, ShiLi & Adi pernah disunting legenda jazz Indonesia, Candra Darusman untuk bergabung dalam album Detik Waktu dengan membawakan kembali karya-karya abadi sang legenda.
Foto: Instagram ShiLi & Adi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tanggal 3 April, usahawan dan penyanyi Datuk Seri Aliff Syukri kini sudah genap usianya yang ke-32 tahun.
Hidup dalam keadaan serba lengkap bersama keluarga, perniagaan yang stabil dan teman sekeliling, Aliff telah meraikan hari jadinya semalam.
Menariknya, ibunya Rozita Ibrahim telah melakukan kejutan buat Alif yang kononnya disangkakan ada ceramah bersempena Seminar Yayasan Pembangunan Wanita 2019, tetapi ia sebenarnya suatu kejutan hari jadi.
“Ida menantu sy.. “mak jgn kemana2 nanti lgi seminggu birthday syukri.. ida nk buat surprise.. keluarga kita je mak..”
‘”Sy pulak jenis kampung tok2 x pandai bagi hadiah birthday org.. mcm tu juga kalau tiba birthday sy org raikan bagi hadiah.. sy sgt rimas.. malu tesipu2 malu mcm kambing.. x tau nk ckp apa.. Nk tolak kesian org dh susah payah.. di ambil rasa mcm menyusahkan org.. serba salah rasanya,” tulis Rozita.
Dalam pada itu, Rozita turut mendedahkan sifat sebenar anak lelakinya itu, meski pelbagai kecaman netizen diberikan terhadapnya.
“Confident level tinggi anak sy ni wlu sumbang suaranya tetap nak teruskan nyanyi , dia x kisah orang suka atau x..dia senyum je ..maka kalau nak netizen maki dia ke apa xda untung pun ..
“Sbb dia ada ilmu kebal dada malah dia lagi semangat bila lagi dikecam..berbeza dgn Yati dn sy tersepit kecut x suka cengitu..Sifat kebalnya ramah yakin diri tu buat dia dapat cita2nya..
“Sy dgn syukri sgt beza , dia yg biasa dgn keraian.. dn bersosial.. sy mmg x reti dn x ada kawan..
Malah, Rozita turut mendoakan agar anak kesayangannya itu sentiasa diberkati Allah.
“Doa sy utk anak ni.. semoga menjaga masa dn peluang jika dia menang di dunia.. kena berusaha kuat utk memenangi akhirat juga.. umur dia skrg dh tempoh matang.. dn buatlah yg terbaik utk menjadi mukmin yg terbaik.. doa ibu x pernah putus utk memenangi syurga Allah,” doa Rozita.
Tidak perlu kek mewah dan gah, sebaliknya Rozita hanya menyediakan kek pulut bertingkat disertakan dengan buah-buahan dari pelakon Zarina Zainuddin.
Selain itu, sahabat baiknya, Nur Sajat turut menitipkan ucapan sempena hari jadinya itu.
“HAPPY BIRTHDAY DATO SERI @aliffsyukriterlajaklaris ,terima kasih datin seri @shahidadherbsmenjemput sajat..terharu sangat.. walaupun IG saya dah hilang 1.3m,tetapi dato dan datin masih mengingati sajat.. terharu sangat2.. buat dato,semoga tahun 2019 ini,sajat doakan,bahagia di samping keluarga tercinta,anak anak,isteri..paling sajat happy..dato bahagia bersama bonda tercinta..
“Lama giler kita tak lepak sama,walaupun semalam masa tu sekejap sangat,tetapi dapat berkumpul ramai ramai,terasa seronok sangat..dato adalah mentor saya..dato selalu mengajar kebaikkan pada saya,walaupun dalam ig nampak kami berdUA,gila gila..tetapi realiti nya..dato suka mengajar saya erti kehidupan…
“Tq dato..tq datin..kenali dato dan datin,membuat saya lebih peka erti dalam dunia business… apa apa pun!!! TERLAJAK LARIS!!!!!!,” tulis Sajat.
Semalam, seorang pelakon telah melakukan suatu pembaharuan dalam pemakaian anak tudung terbaru dengan menggunakan lampin pakai buang (pampers).
Difahamkan, ia bagi membantu untuk memberi kelembapan kulit kepala dan mengelakkan bau rambut.
Lantas, perkara itu telah mendapat perhatian ramai pihak termasuk Pencetus Ummah (PU) Amin untuk ‘bersuara’ mengenai isu tersebut.
“Tudung adalah sesuatu yang mulia dalam Islam . Menjelmakan tudung dari lampin adalah sesuatu yang tidak boleh diterima akal . Walaupun ia sebagai bahan lawak jenaka , namun saya sedih ada ibu ibu sanggup pakaikan anak anak mereka dengan lampin di kepala semata mata menjadikan ia sebagai bahan lawak juga..
“Bila kita cakap nanti kata kita nak tumpang populariti . Tak tegur besar kesan nya pada generasi akan datang . Mengeluh panjang melihat sesuatu seperti ini di lakukan,” tulisnya.
Jelas Amin, tudung merupakan mahkota berharga bagi kaum wanita dan tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu (pemakaian pampers sebagai anak tudung).
“Lampin adalah tempat buang najis , namun dijadikan bahan untuk digantikan di kepala walaupun ia hanya sindiran dan bahan lawak , ini tidak kena dengan akhlak islam..
“Semoga kita membesar dengan ilmu yang baik . Tidak zalim dengan diri kita . Esok esok seluar dalam , baju dalam , objek objek pelik juga boleh dijelmakan sebagai tudung yang mulia di atas kepala..
Tambah Amin, dia berasa kesal dengan sesetengah tindakan ibu bapa yang sanggup ‘menyahut’ cabaran pelakon itu dan memakaikannya untuk anak-anak mereka.
“Maafkan saya, kepada ibu ibu hentikan memakaikan lampin di atas kepala anak anak anda yang mulia . Hormatilah kepala tempat sujud . Hortmatilah kepala tempat istimewa..
“Kita tak selesa kalau kepala jadi bahan mainan , ditunjal , ditolak , tapi bagaimana boleh tempat buang najis boleh disarung di kepala ? Allahu aneh..
“Maafkan saya kerana berkata kata,” akhiri Amin.
Bagaimanapun, Amin telah menutup ruangan komen tersebut.
Foto : Instagram PU Amin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!