Gara-gara memuat naik poster bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul, kumpulan nasyid, UNIC ditegur seorang individu kerana dikatakan mengenakan pemakaian yang kurang sesuai.

Menurut individu berkenaan, UNIC sepatutnya mengenai kopiah atau pun serban sekiranya ingin menunjukkan rasa cinta dan sayang terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Perkara tersebut mendapat perhatian salah seorang anggotanya yang juga merupakan sorang pengacara, Fakhrul Razi.

Jelas Fakhrul, dunia sekarang ini sedang membahaskan tentang perkara yang lebih rumit dan janganlah kita menyempitkan akal fikiran dengan perkara yang remeh seperti ini.

“Pakai Kepiah & Serban Baru Cinta Nabi,” – Cara Pemakaian Dikritik, Ini Reaksi Balas Fakhrul Razi

IKLAN

“Bila kena macam ni jem juga kadang-kadang. Hehe. Kesianla kat orang lain tak boleh sayang Nabi saw, yang cinta Nabi hanya berkopiah & serban?

“Yang berkopiah dan serban, Alhamdulillah. Tak setuju orang pakai cap, jangan sampai label. Yang pakai cap jangan sampi hina sunnah pula.

“Nanti agama ni nampak sempit. Dunia bincang isu orang hina Nabi SAW dengan karikatur, kita isu ni tak lepas-lepas lagi.

IKLAN

“Rujuk beberapa guru, hukum pakai cap harus. Wallahu A’lam. Lapang dada, selawat pada Nabi saw,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Fakhrul menerusi akaun Instagram miliknya.

IKLAN

Dalam pada itu, Fakhrul turut mengingatkan kepada orang ramai supaya bertanya kepada yang lebih arif terlebih dahulu sebelum mengeluarkan apa-apa pandangan.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan pandangan yang sama selain turut menyifatkan cara pemakaian bukanlah satu masalah selagi ia tidak melanggar syarak atau hukum agama.

“Pakai Kepiah & Serban Baru Cinta Nabi,” – Cara Pemakaian Dikritik, Ini Reaksi Balas Fakhrul Razi “Pakai Kepiah & Serban Baru Cinta Nabi,” – Cara Pemakaian Dikritik, Ini Reaksi Balas Fakhrul Razi

Sumber: Instagram Fakhrul Razi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI