Ahli perniagaan dan hos, Neelofa memberi reaksi apabila ditanya mengenai mengenai penampilan terkini dirinya yang dilihat kerap mengenakan stokin kaki dan tangan sejak akhir-akhir ini.

Memberi ruang buat orang di luar sana untuk menilai, bekas pengacara program MeleTOP itu bagaimanapun mengakui apa yang dilakukan itu bukan disebabkan paksaan mana-mana pihak.

“Pilih Untuk Kenakan Stokin, Itu Ialah Pemahaman Saya,” – Jawab Pertanyaan Ramai, Neelofa Doa Moga Allah Tetapkan Iman

“Mengenai aurat kaki… Ada sesetengah pendapat yang berbeza. Kalau saya memilih untuk mengenakan stokin, itu ialah pemahaman saya. Itu yang saya pilih untuk buat.

“Kenapa saya patut buat? Kerana saya seorang yang yang kalau lakukan sesuatu, ia bukanlah di atas paksaan atau pun mahu ikut orang.

“Bila saya sudah faham mengenai sesuatu, saya akan lakukan,” katanya.

IKLAN

Berdoa agar proses baiknya dipermudahkan, figura berusia 31 tahun itu  memberitahu dia banyak menerima respon positif daripada golongan wanita yang terinspirasi untuk melakukan hal sama.

“Pilih Untuk Kenakan Stokin, Itu Ialah Pemahaman Saya,” – Jawab Pertanyaan Ramai, Neelofa Doa Moga Allah Tetapkan Iman

“Sama juga ketika saya lalai atau pun ‘out of track’, ia atas kelalaian atau kekurangan dari diri-sendiri juga.

IKLAN

“Jadi bila saya nak pakai stokin kaki, tangan dan sebagainya, saya harap Allah tetapkan iman agar terus istiqamah. Itu sahaja.

“Malah saya dapat tahu ramai gadis di luar sana yang mesej saya kerana turut terinspirasi untuk mengenakan stokin dan sebagainya, alhamdulillah.

“Kalau ada orang yang nak cakap sebaliknya, itu terpulang,” katanya lagi.

IKLAN

Terdahulu, Neelofa ditemui ketika majlis pelancaran butik terbaru Naelofar di One Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini.

“Pilih Untuk Kenakan Stokin, Itu Ialah Pemahaman Saya,” – Jawab Pertanyaan Ramai, Neelofa Doa Moga Allah Tetapkan Iman

Foto: Naelofar

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI