Pelakon senior, Sheila Hassan atau lebih sinonim dengan panggilan Sheila Mambo sekali lagi berkongsi mengenai tahap kesihatan ibunya, Aishah Nyak Adam, 80, yang baru-baru ini mengalami masalah kesihatan hingga terpaksa dikejarkan ke hospital.
Menerusi entri terkini menerusi Instagram, Sheila ada memaklumkan kondisi ibunya yang kian baik dari semasa ke semasa.
Malah, salah satu foto yang dimuat naik pelakon Andainya Takdir 2 itu, dia ada menitipkan nota khas buat ibu tercinta.
“Mak..Apa jadi pun org akn cari masa utk jenguk mak dan beri salam selalu, orang akn cr peluang utk cium tangan dn dahi mak jika asbab ini Allah beri peluang kami jd lebih dkt dgn mak.
Ads
“Orang akn duduk baca yasin dn ajar mak selawat/isthifar. Walau org takdak sebelah mak tp org selalu doakan utk mak dr jauh.
“Semoga Allah SWT berikn kita ruang dan masa lagi, semoga Allah SWT ampunkan dosa2 kami anak2/ cucu mak dn ampunkan dosa mak dan bapak, semoga Allah SWT beri ketabahan pd bapak yg mesti kesepian.
“Takdak org buatkan susu dn oat dia pagi2 hari lepas subuh. Mgkn tak sama anak2 yg buatkan.
Ads
“Ya Allah Segala yg disunatkan mgkn ada kekurangan dr kami, kami harapkan nusrat dn qudrat Mu ya Allah. Aamiin2 ya Rabb, Fi- Hifzillah,” tulisnya panjang lebar.
Pelakon Anzalna Nasir ada berkongsi sekitar majlis akikah anak buahnya, Anggun Darniella.
Anggun Darniella merupakan cahaya mata ketiga Diana Nasir dan suami, yang sebelum ini telah dikurniakan sepasang kembar yang comel.
Majlis serba glamor dan meriah itu telah dilakukan di sebuah restoran di pinggur ibu kota, pada Isnin.
Mengenakan persalinan rona pastel dan merah jambu cair, ahli keluarga yang lain dilihat turut mengenakan rona sedondon.
“With my adik-adik from Rumah anak yatim Al-Faeez. @the_angguns ditugaskan hiburkan mereka semalam. Hahahhahahahhahahha Swipe left,” tulisnya sambil disusuli dengan tanda palang #AnggunDarnieelaAqiqah.
Apa pun, jom ikuti beberapa gambar menarik sekitar majlis. Yang penting Anzalna yang kini sedang hamil empat bulan turut memaklumkan berat badannya juga kian bertambah!
Finalis Dewi Remaja 2018/19, Tunku Rania atau nama lengkapnya, Tunku Affie Rania Tunku Fauzi baru-baru ini ada memuat naik sekeping foto bersama pelakon jelita, Nur Fazura.
Kedua-dua figura cantik itu kelihatan manis dengan senyuman tersendiri ketika menghadiri sebuah majlis keramaian di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Penyanyi dangdut, Mas Idayu telah meraikan hari jadinya yang ke-50 tahun malam tadi bersama kawan-kawannya.
Momen indah itu dikongsikan Mas atau mesra dengan panggilan Mummy menerusi akaun Instagramnya.
Dalam pada itu, penyanyi yang popular dengan lagu Cintaku 100% itu turut menitipkan doa agar sahabat sentiasa ada bersamanya tidak kira susah atau senang.
“Di setiap genapnya 10 hari tahun baru, itulah hari bertambahnya usiaku hari kelahiran ku tq Allah memberi pinjaman nafas ini hingga kini, semoga mereka yang sentiasa didekatku akan selalu ikhlas syg padaku, tanpa ada keluh, kesah, dan rasa tidak ikhlas atau terpaksa menyayangi aku….
“Kerana disetiap waktu aku menerima sesiapa saja yang ingin hadir utk bersahabat, menjadi saudara islam yang sesungguhnya,”tulisnya lagi.
Anak kelahiran Kota Tinggi, Johor Bahru itu juga mahukan yang terbaik untuk sahabatnya dan moga dijauhkan dari musuh.
“Semoga dikeliling hamba tiada musuh dalam selimut atau gunting dalam lipatan!! Kerana hamba seorang manusia yang ikhlas menerima sahabat, untuk di jadikan saudara apa adanya …
“Hamba ikhlas walaupun siapapun menjadi teman hamba….. tq semua tq sahabat semoga anda juga ikhlas untuk bersamaku..,” tulis Mas.
Berikut adalah sekitar momen indah Mas ketika meraikan hari jadinya itu.