Finalis Dewi Remaja 2018/19, Tunku Rania atau nama lengkapnya, Tunku Affie Rania Tunku Fauzi baru-baru ini ada memuat naik sekeping foto bersama pelakon jelita, Nur Fazura.
Kedua-dua figura cantik itu kelihatan manis dengan senyuman tersendiri ketika menghadiri sebuah majlis keramaian di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Sambutan tahun baru bagi pelakon dan hos, Yana Samsudin agak istimewa pada tahun ini apabila dia berpeluang merasai keindahan flora dan fauna di Kampung Taee, Sarawak.
Lebih menarik, Yana turut membawa anaknya, Aisy Mateen. Yana turut berkongsi beberapa keping fotonya bersama keluarga dengan melakukan beberapa aktiviti desa, termasuk bertemu dengan sanak saudaranya di sana.
Pada masa sama, dia turut mendedahkan anaknya kepadap persekitaran di kampung halaman dan dia teruja kerana anak lelakinya itu kini menunjukkan minat terhadap alam semula jadi.
Foto tersebut dimuat naiknya menerusi Instagram, sehari lalu.
“Mateen setakat ni menunjukan minat yang tinggi terhadap alam semulajadi.. haiwan, air , gunung awan … nampak air je dari jauh dah jerit Water!!!! Air!!! Fishhhh!!!
“Tapi bila suruh berendam sorang sorang dia takut.. hahaha . Kalau swimming pool baru baru ni dia berani sikit mungkin sebab air tu jernih. Adalah dia berangan nak terapung kat pool dalam,” tulis Yana yang turut berpesan agar tidak terlalu mendedahkan kanak-kanak dengan perkataan ‘takut’.
Satu je nak pesan budak budak ni sebenarnya jangan kenalkan dia dengan perkataan “takut”.
“Kadang kadang mak ayah tak nak sebut langsung depan anak sanggup eja, tapi orang sekeliling kita suka sebut perkataan takut, suka takut kan budak, takut hantu lah, takut lemas lah, takut itu takut ini apa sahaja perkataan negatif lah.
“Lama lama budak budak jadi takut tapi tak tahu takut apebendaaaa,” tulisnya panjang lebar.
“So berbalik dengan mateen, nak biasakan diri dia kena lah warm up dulu.. basah kan muka dia dulu, bagi dia pegang air dan celup sikit lepas tu lama lama dia ok.
“Dia pun dah mula tengok orang terjun terjun lama lama dia pun seronok lupa dah perasaan takut huhuhu. Tapi perasaan takut tu masih ada… hahaha normal lah. Ni namanya takut takut mau.
“Siapa yang kat sini sama dengan saya , tak nak sebut perkataan takut tu depan anak? Sanggup eja? Apa pendapat korang pulak? #mateendanmommy,” kongsi Yana.
Pengacara dan aktivis, Nur Heliza Helmi kini sedang bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan iaitu Misi Bantuan Kemanusiaan Rescue Syria.
Heliza juga sering berkongsi pengalmannya sepanjang berada di sana.
Lalu, Hal tersebut telah menarik minat pengacara dan model, Neelofa untuk terus sama membantu misi kemanusian dengan memberikan sumbangan kepada mangsa tersebut.
Perkara itu dikongsikan Heliza di Instagram Storiesnya menerusi perbualan melalui aplikasi Whatsapp.
Dalam perkembangan lain, Heliza turut berkongsi video dan gambar suasana di Syria yang teramat sejuk.
Bila bercakap mengenai usahawan sensasi, Sajat, apa sahaja yang dilakukan pasti akan ada reaksi pelbagai netizen.
Misalnya baru-baru ini, penyanyi Makhluk Penggoda yang kini sedang mengikuti kursus pengajian dandanan rambut di Labenon ada memuat naik video kandid konon sedang dikejar media.
Video secara suka-suka yang dilakukan itu menarik perhatian ramai, apatah lagi apabila dia dikatakan sudah bosan apabila sering ditanya mengenai isu kahwin.
“I dah kata, i lambat lagi kahwin, boleh tak jangan paksa i kahwin. Paksa i berubah-ubah. Peninglah… tak kuasalah,” antara yang dipinta usahawan tersebut menerusi video yang dimuat naik.
Sehingga kini, video pendek tersebut sudah pun ditonton lebih 140,000 kali.
Foto: Instagram Sajat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara Janna Nick memohon orang ramai agar tidak terlalu menzahirkan rasa simpati terhadap dirinya dan suami, Dini Schatzmann, meskipun mereka masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.