Penyanyi, Yuna menzahirkan rasa bangga terhadap pencapaian yang telah diraih oleh pelari pecut negara, Azreen Nabila meskipun atlet tersebut menamatkan perlumbaan pusingan pertama 100m wanita Sukan Olimpik Tokyo di tempat ketujuh, awal hari ini.

Jelas Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, Azreen telah pun berjaya menempatkan dirinya sebaris atlet-atlet terbaik dunia dan dia juga tidak sabar untuk melihat pencapaian yang akan diraih oleh pelari pecut berusia 21 tahun itu pada masa akan datang.

Olimpik Tokyo: “Berlari Bersama Atlet Terbaik Dunia, You’re World Class,” – Pelari Pecut Azreen Nabila Pecah Rekod Peribadi, Yuna Bangga!

“So proud to see one of our own run in the Olympics. To run with the best athletes in the world. You are world class Azreen Nabila!

“Never stop doing what you do. I can’t wait to see how you will grow from this. This was a great start! Congratulations!,” tulisnya.

Olimpik Tokyo: “Berlari Bersama Atlet Terbaik Dunia, You’re World Class,” – Pelari Pecut Azreen Nabila Pecah Rekod Peribadi, Yuna Bangga! Olimpik Tokyo: “Berlari Bersama Atlet Terbaik Dunia, You’re World Class,” – Pelari Pecut Azreen Nabila Pecah Rekod Peribadi, Yuna Bangga!

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu, Terukir Di Bintang itu menerusi sebuah ciapan yang dimuat naik di laman Twitter.

IKLAN

Dalam pada itu, Yuna turut berharap agar Azreen tidak putus semangat dan terus berusaha melakar lebih banyak kejayaan selepas ini.

Olimpik Tokyo: “Berlari Bersama Atlet Terbaik Dunia, You’re World Class,” – Pelari Pecut Azreen Nabila Pecah Rekod Peribadi, Yuna Bangga!

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi rasa yang sama selain turut mendoakan semoga Azreen akan teruk sukses pada masa akan datang.

“You can tell how brave she was during the run pushing her best! #proudmalaysian.

IKLAN

“Indeed! She make all of us proud.

“Yasss congratulationa Azreen Nabila! Looking forward to see more of you in the future.

“So proud of azreen nabila!,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Twitter.

Olimpik Tokyo: “Berlari Bersama Atlet Terbaik Dunia, You’re World Class,” – Pelari Pecut Azreen Nabila Pecah Rekod Peribadi, Yuna Bangga!

IKLAN

Terdahulu, bintang kelahiran Kuala Terengganu ini telah pun terlebih dahulu membanggakan seluruh rakyat Malaysia selepas berjaya meraih tempat ke-3 sekali gus merekodkan catatan peribadi terbaik 11.77 saat dalam sesi kelayakan di sebelah pagi.

Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Olimpik Tokyo: “Berlari Bersama Atlet Terbaik Dunia, You’re World Class,” – Pelari Pecut Azreen Nabila Pecah Rekod Peribadi, Yuna Bangga!

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Sumber: Twitter Yuna & Instagram Team Malaysia

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI