Pelakon Yatt Hamzah memaklumkan dirinya terpaksa dikejarkan ke hospital kerana air ketuban berkurang secara tiba-tiba.
Dia pada masa sama turut menjelaskan terpaksa bersalin awal demi keselamatan bayi dalam perut. Yatt sepatutnya melahirkan anak kelima pada 23 Julai depan.
“Bismillahirrahmanirrahim. Dengan rendah hati di pagi JUMAAT yg MULIA ini, saya mohon selitkan doa buat saya dalam Tahajjud dan Munajat kalian.
“Bonda ini yg sepatutnya bersalin pada 23 July 2021 terpaksa dikejarkan ke Hospital lebih awal utk bersalin awal kerana air ketuban tiba2 berkurangan. Pagi ini terpaksa masuk induction,” tulisnya.
Ads
Sementara itu, Yatt turut memohon kepadaNya semoga urusan dipermudahkan hari ini.
“YA ALLAH, PERMUDAHKANLAH URUSAN KU MELAHIRKAN KALI INI.. SELAMATKANLAH AKU DAN ANAK KU DAN JADIKANLAH ANAK YG BAKAL LAHIR INI MENJADI HAMBAMU YG SIHAT DAN SEMPURNA TUBUH BADANNYA LAGI SOLEH SOLEHAH. AMEEN YA ALLAH.
“Saya mohon maaf kepada semua jika pernah menyakiti sesiapa sahaja sama ada secara sengaja atau tidak. Mohon doakan Bonda ini dan Anakanda ya,” tulisnya lagi.
Ads
Yatt mendirikan rumah tangga dengan juruvideo, Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Suci Humaira Iqima, 5, Suci Hafya Medina, 3, dan Suci Hawa Zulaikha.
Yatt juga turut mempunyai seorang lagi anak, Suci Hanania Malika, hasil perkahwinan sebelum ini dengan Abdul Mutalib Shukor.
Terdahulu pada September tahun lalu, Yatt pernah berkongsi berita sedih apabila dia mengalami keguguran.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang antarabangsa, Zayn Malik berkongsi berita gembira buat para peminat mereka seluruh dunia apabila memaklumkan pasangannya, model Gigi Hadid telah selamat melahirkan bayi perempuan pada malam Rabu.
Perkara tersebut disampaikan penyanyi itu menerusi Instagram.
“Bayi perempuan kami, sihat dan cantik. Suka untuk mengambarkan bagaimana perasaan sekarang.
“Cinta yang saya rasakan untuk si kecil ini tidak dapat saya ungkapkan. Bersyukur mengenalinya, bangga memanggilnya milik saya, dan bersyukur dengan kehidupan yang kita akan hidup bersama,” tulisnya.
Pengacara dan pelakon, Awal Ashaari memaklumkan dia dan isteri, Scha Alyahya sepakat menghantar anak kedua mereka, Lila Amina ke sekolah (play school) seawal usia dua tahun.
Menurut Awal, mereka berbuat demikian kerana mahu anak-anak terdedah kepada sistem pengajian dari peringkat awal.
“Setiap pagi sekarang, Lila sudah tahu bila nak ke sekolah, dia akan cakap ‘bye’ nak pergi sekolah. Sebab cara kami, memang mahu perkenalkan persekitaran pembelajaran itu lebih awal kepada anak-anak.
“Malah sekarang pun Lila sudah pandai mengira satu hingga sepuluh. Sebab kalaulah dia hanya duduk di rumah, mungkin situasi itu lambat berlaku memandangkan jadual kerja saya dan Scha pun tidak menentu,” katanya kepada MH.
Awal menambah, niatnya sebagai bapa hanya mahukan yang terbaik untuk anak-anak.
“Cuma bila kita hantarnya ke sekolah, minggu pertama dia ada menangis. Kemudian sudah boleh menerima dengan rutin tersebut.
“Pihak sekolah pun memaklumkan aktiviti anak-anak sepanjang kelas. Apa aktiviti yang mereka belajar dan sebagainya.
“Balik rumah, kita pun bertanya makan, belajar apa di sekolah hari ini contohnya dan Lila mampu beri jawapan yang betul berdasarkan video yang dikongsikan pihak sekolah.
“Jadi daripada situ kita nampak dia sudah mampu bercerita dan berkongsi apa yang dilakukan di sekolah. Skil begitulah yang saya dan Scha fikir… kalaulah dia duduk di rumah mungkin hanya tengok TV saja. Pembantu rumah pula sibuk uruskan kediaman.
“Jadi itu antara sebab kami buat keputusan untuk menghantar mereka ke sekolah. Sekurang-kurangnya ada akitiviti bermanfaat yang boleh dilakukan selain melatih dia untuk berkomunikasi, bergaul dengan rakan sebaya dan sebagainya.
“Malah kami sendiri pun memang akan isi masa bersama anak-anak untuk mengetahui dan teman mereka buat kerja sekolah dan sebagainya. Setakat ini semuanya berjalan dengan baik,” katanya lagi.
Awal dan Scha mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan dua orang puteri iaitu Lara Alana, 9, dan Lyla Amina. 2.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meskipun sudah menunjukkan perubahan menerusi persembahan sehingga meraih komen positif pihak juri, namun ia masih belum cukup untuk menyelamatkan Ifa Raziah daripada menjadi peserta pertama tersingkir di program realiti, Terpaling Juara.
Menurut Ifa, dia akur dengan keputusan tersebut kerana merasakan dirinya sudah memberikan yang terbaik sepanjang menyertai program terbabit.
“Saya akur tersingkir pada minggu ini. Tadi Datuk Hattan ada berjumpa dengan saya dan dia mengatakan, undian online saya rendah tetapi markah daripada pihak juri adalah tinggi.
“Mungkin para peminat saya semua hadir ke sini malam ini dan mereka tak sempat nak mengundi. Bagaimanapun, saya dah buat yang terbaik. Saya dah kata sejak awal, sama ada tersingkir atau mara ke pusingan akhir, saya tetap Ifa Raziah.
“Rezeki Allah itu luas dan bukan di sini sahaja. Dekat luar sana ada banyak lagi rezeki lain. Mungkin Allah nak tunjuk yang perjalanan saya hanya sampai di sini sahaja tapi dia nak bagi lebih lagi daripada apa yang saya dapat di sini,” katanya kepada MH.
Ifa yang membawakan lagu Purnama dendangan asal kapten pasukannya, Naim Daniel berkata sedemikian selepas tamat saingan Terpaling Juara, malam tadi.
Katanya lagi, dia akan meneruskan kerjaya seninya seperti biasa walaupun ada pihak yang bergembira dengan penyingkirannya itu.
“Semua ini bukan pengakhiran tetapi satu permulaan yang baru dan baik untuk saya. Mungkin ada yang ketawa, bertepuk tangan atau bersorak kerana saya tersingkir tatapi ia tidak mematahkan semangat saya.
“Saya tetap di sini, berdiri teguh dan masih relavan di dalam industri. Orang masih lagi memanggil saya untuk buat persembahan, berlakon dan mengacara. Yang ketawakan saya itu, hidup mereka masih sama sahaja.
“Saya okay sahaja bila ada orang yang tak suka atau membenci saya. Saya berterima kasih kerana mereka ini yang memberikan promosi percuma kepada saya.
“Terima kasih kerana kini saya makin dikenali, diperkatakan dan dipertikaikan. Reda itu penting. Kalau tak reda, hati kita tak akan tenang,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Ifa turut menyifatkan minggu ini sebagai minggu yang penuh hikmah di dalam hidupnya.
“Saya sifatkan minggu ini sabagai minggu yang penuh hikmah. Pertama, saya dapat mengenali guru vokal, Shaffiq Erwin secara lebih dekat. Saya juga minta dia sendiri untuk betulkan kelemahan nyanyian saya.
“Yang kedua, pendakwah, Ustazah Asma Harun datang sendiri berjumpa dengan saya setelah menyelar diri saya sebagai seorang yang istijraj. Seorang pendakwah datang memohon maaf kepada saya.
“Mungkin pada mata orang saya ini hina tapi mungkin tidak dipandangan Allah SWT,” akhirinya.
Terdahulu, pada konsert minggu keempat ini, penyanyi, Hazami seakan bangkit daripada tidur apabila persembahan mantapnya menerusi lagu Mewangi dipilih sebagai persembahan terbaik sekaligus membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000.
Terpaling Juara dihoskan oleh gandingan pengacara Shiha Zikir dan Haziq Hussni manakal posisi juri tetap pula disandang oleh dua penyanyi lagenda tanah air iaitu Datuk Hattan dan Fauziah Latif.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram TV3
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Primadona, Erra Fazira menafikan dirinya bakal membuat pengumuman istimewa bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-51 yang jatuh pada tanggal 7 Febuari ini.