Luncai Emas Sdn Bhd dengan kerjasama SND Soul Entertainment melancarkan single terbaru berjudul Hasbi Rabbi oleh Siti Nordiana yang turut menampilkan Ustaz Sharizan.
Lagu ini adalah salah satu single dari album terbaru dan merupakan album kedua iaitu Zikir Ketuhanan dari Siti Nordiana selepas album Anakku Sayang.
Istimewanya, album kali ini ialah zikir atau selawat yang dialunkan merupakan munajat harian yang selalu didengari atau dibaca namun telah diolah dalam melodi yang lebih indah dan mampu membuat pendengar menginsafi diri dengan alunan indah kalimah-kalimah suci dan mulia.
Mengulas mengenai pengalamannya memasuki studio bersama Ustaz Sharizan, Siti Nordiana atau selepas disapa Nana bersyukur kerana ia dipermudahkan.
“Satu pengalaman yang banyak mengajar saya. Ustaz juga banyak pantau nyanyian dan sebutan Nana. Malah sewaktu melakukan rakaman, Ustaz banyak memberikan ilmu dan tunjuk ajar.
“Contohnya ada tentang nyanyian dan maksud selawat yang kurang pasti, Ustaz akan jawab dan memberikan pengisian rohani sewaktu merakamkan lagu Hasbi Rabbi,” jelas Nana yang amalkan Al Mathurat iaitu Al Mathurat Sughra dan zikir-zikir yang lain dalam kehidupan harian.
Berkongsi lanjut mengenai zikir, ibu tunggal ini turut menceritakan mengenai kuasa zikir hingga ada ketika dia menitiskan air mata.
Ads
“Sudah tentu kalau Nana berzikir, saya akan menangis. Ada masa-masa yang Nana akan menangis mengenangkan dosa kita. Kita manusia tidak sempurna, pasti ada dosa dan kesilapan yang kita lakukan.
“Waktu itu Nana akan menangis. Nana juga mudah tersentuh bila dengar selawat dan zikir dalam bentuk lagu atau melodi. Nana sukakan muzik jadi ia dekat dengan Nana.
“Apabila melodi dan lagu itu kena dengan situasi atau liriknya mengena, Nana akan mudah menitiskan air mata,” katanya.
Ditanya tentang perjalanan lagu-lagu ketuhanan dan kerohanian di Malaysia ketika ini, Nana menzahirkan rasa syukur kerana ia sudah sedia diterima di negara ini.
“Bagi Nana, lagu kerohanian sudah banyak dikeluarkan. Alhamdulillah bukan sekadar melodi dan ia tidak terbatas. Malah kini lagu rap dan pop juga menjentik lirik kerohanian. Sangat bagus bila anak-anak muda turut dengar malah hafal.
Ads
“Ia dapat memberikan manfaat dengan mengamalkan lirik-lirik lagu kerohanian tersebut. Malah langkah membuat lagu-lagu yang dekat dengan anak muda, sangat bagus. Lagu pop dan balada tapi berlirikkan kerohanian.
“Sangat digalakkan untuk buat banyak lagi kerana akan ada orang yang tersentuh bila mendengar. Macam Nana, kerap tersentuh bila dengar lagu-lagu Maher Zain dan Opick. Lagu-lagu yang banyak beri ketenangan pada jiwa yang tengah ‘down’.
“Bila dengar, ia seperti memberi semangat balik kepada Nana,” jelasnya lagi.
Ads
Lagu dan lirik Hasbi Rabbi hasil ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Salleh.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Yatt Hamzah ada berkongsi adab yang betul ketika memberi salam sewaktu menunaikan solat dalam tahiyat akhir.
Jelas Yatt, apa yang sepatutnya ialah, kalimah ‘Assalamualaikum’ disebut dengan muka masih mengadap kiblat dan bukan terus menoleh ke kanan.
Dia mengajak agar netizen turut sama memperbaiki dan menyempurnakan solat supaya doa mudah dimakbulkan Allah SWT.
“Waktu tahiyat akhir sebelum memberi salam, sebut Assalamualaikum sepatutnya dengan muka masih mengadap kiblat, bukan terus toleh kanan.
“Bila sebut Warahmatullah baru toleh ke kanan hingga orang belakang nampak pipi kita. Tapi jangan sampai dada lari dari arah kiblat. Hanya kepala yang toleh bukan badan sekali.
“Ilmu baru hari ini. Ayuh baiki dan sempurnakan solat kita. Solat yg sempurna, Allah amat suka.
“Barulah Allah akan angkat dan makbulkan segala doa. Jom share ilmu ttg Solat ini.
“KOMEN ALLAH” dan share dg semua. In shaa Allah bermanfaat,” kongsinya.
Sejak semalam, tular di media sosial mengenai kisah seorang suami yang dikhabarkan telah kehilangan isteri akibat dijangkiti wabak Covid-19.
Video rakaman suara daripada aplikasi Whatsapp itu nyata menyentuh hati ramai pihak lebih-lebih selepas mendengar tangisan daripada suami dan juga anak-anak kepada wanita berkenaan.
Antara yang turut sama memberikan reaksi terhadap kisah sedih tersebut termasuklah penyanyi nasyid, Fitri Haris.
Menurut Fitri, dia berharap agar kisah tersebut dapat membuka mata dan menjadi pedoman buat kita semua untuk terus mematuhi segala saranan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19.
“Still lagi nak balik kampung? Nakk bahayakan mak ayah? Biar kita sedih tak dapat beraya daripada kita sedih kehilangan mak ayah buat selama-lamanya
“Covid benda yang kita tak nampak. Kalau nampak senang boleh pijak sekor-sekor atau tumbuk laju-laju.
“Jangan berhenti brdoa semoga covid ni lenyap buat selama-lamanya. Mana tau doa korang kena plak time lailatulqadr,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bekas anggota kumpulan nasyid UNIC itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram pada Ahad.
Katanya lagi, dia lebih rela bersedih kerana tidak dapat berjumpa dengan ibu ayah daripada bersedih kerana kematian mereka.
Malah, Fitri turut menyeru kepada semua pihak untuk sama-sama memanjatkan doa di bulan yang mulia ini agar negara dapat kembali pulih seperti sedia kala.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi rasa duka selain turut menitipkan doa semoga keluarga tersebut diberikan kekuatan untuk menempuh detik sukar ini.
Sumber: Instagram Fitri Haris
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isu pembuangan bayi bukanlah satu isu baru pada masa kini.
Isu tersebut kini menjadi semakin berleluasa dalam kalangan remaja khususnya.
Bagaimanapun,selebriti Abby Abadi meluahkan rasa kesal terhadap isu sedemikian dan memohon ‘anak syurga’ itu diberikan kepadanya.
“Kenapa tak cari saya? Cari saya kalau tak nak baby wahai sahabat. Saya akan usaha beri kehidupan yg terbaik utk si Baby dgn mencarikan ibu bapa yg sudi nak menjaga dia.. kenapa buang mcm ni????,”tulisnya kesal.
Tambah Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, dia memohon orang ramai agar bayi tersebut diberikan kepdanya, dan jangan terlalu mudah untuk membuang bayi yang baru dilahirkan.
“Please adik,kakak,makcik…kalau tak nak baby, termengandung atau sebagainya, carilah ABBY ABADI.. sy usahakan duit belanja utk baiki keadaan juga.. PLEASE!!!! ,” tambah Abby.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen memuji sifat terpuji Abby yang sanggup untuk melindungi dan menjaga anak syurga itu.
Foto : IG Abby Abadi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!