Susulan dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah kepada Siti Nordiana menerusi Instagram Live (IG Live), penyanyi Syura, Lan Solo dan isterinya Nur Sheila Hassim, jurusolek Aida G bersama pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin menyerahkan tindakan susulan kepada peguam mereka untuk tindakan selanjutnya.
Dalam satu kenyataan kepada media, kelima-lima mereka telah mengambil maklum tentang notis tuntutan yang dibuat Siti Nordiana melalui peguamnya, Abang Azlan Abang Ariffin.
“Kami ambil maklum tentang tindakan notis tuntutan yang telah diambil oleh pihak Siti Nordiana terhadap kami berlima.
Ads
“Kami juga telah menyerahkan perkara ini kepada peguam kami untuk tindakan selanjutnya. Apa-apa tindakan atau respon yang bakal menyusul akan kami maklumkan berdasarkan nasihat daripada peguam kami,” kata mereka.
Terdahulu, Siti Nordiana, 36, (Nana) pada 23 Julai lalu telah memberi tempoh 48 jam kepada lima individu terbabit untuk membuat permohonan maaf berhubung isu berkaitan dan sekiranya gagal berbuat demikian, pihak Siti Nordiana akan mengambil tindakan susulan.
Ads
Nana menerusi peguamnya, Abang Azlan Abang Ariffin sebelum ini telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, berhubung isu namanya dibabitkan dalam Instagram Live lima individu tersebur, baru-baru ini.
Dia bertindak demikian bagi membersihkan namanya daripada dakwaan berbaur fitnah yang jelas boleh menjejaskan nama dan reputasinya.
Malah, Nana turut terkilan apabila permasalahan yang sepatutnya boleh dibincang secara profesional itu dibawa ke mata khalayak dan terpaksa mengambil tindakan tersebut bagi membersihkan namanya dan menyerahkan keputusan kepada pihak berkuasa.
Isu tercetus apabila namanya disebut dalam sesi siaran langsung IG Live yang sertai Lan Solo, Syura, isteri Lan iaitu Sheila, jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin pada 20 Julai lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Norman Hakim menzahirkan rasa bangga terhadap pencapaian anak sulungnya, Danish Hakim yang telah pun berjaya membimbing pelajar pertamanya untuk khatam Al-Quran.
Jelas Norman, kelas mengaji secara atas talian itu telah pun dimulakan oleh anaknya sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 lagi sebagai salah satu inisiatifnya untuk terus komited menghafaz Al-Quran.
“Thank you ALLAH dan tahniah Abang @danishhakimofficial dengan izinNya dapat bimbing Adik Afif menjadi pelajar pertama dia untuk khatam Al-Quran.
“Tahniah jugak buat Adik Afif anakanda Puan @eidawahab berjaya khatam Al-Quran Alhamdulillah.
“Yup Abang @danishhakimofficial start mengajar ngaji secara online melalui platform @d_ngajiofficial bermula dari PKP 1.0. Ini antara ikhtiar untuk dia kekal hafazan Al-Qurannya dengan cara menurunkan ilmu kepada sahabat Al-Quran yang lain,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, The Maid itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Norman turut memaklumkan, selain daripada pelajar tempatan, anaknya itu turut membimbing ramai pelajar daripada luar negara bermula daripada peringkat kanak-kanak sehinggalah dewasa.
Dikesempatan itu, Norman turut menitipkan nasihat buat anaknya itu semoga terus komited dalam menyampai ilmu mengenai Al-Quran.
“Timing Danish mengajar ngaji online adalah dari jam 11 pagi hingga 11 malam setiap hari kecuali hari Isnin.
“Alhamdulillah selain dari dalam negara, kebanyakan studentsnya jugak datang dari segenap benua dan bermacam peringkat usia dari kanak-kanak hingga dewasa
“Sesiapa yang mungkin berhasrat untuk ngaji online dengan Danish boleh klik link di bio @danishhakimofficial atau @d_ngajiofficial
“Terus istiqomah sayangku @danishhakimofficial . Sebaik-baik manusia adalah yang menyampai dan memberi manfaat kepada orang lain in shaa Allah,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa bangga selain turut mendoakan semoga anaknya itu terus istiqomah dalam melahirkan lebih ramai hafiz dan hafizah sepertinya.
Terdahulu, Norman berkahwin dengan pelakon, Abby Abadi pada tahun 2003 dan berpisah pada tahun 2008.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Kemudian, Norman mendirikan rumah tangga bersama Memey Suhaiza yang juga pelakon ketika itu pada 24 September 2011.
Hasil perkongsian hidup, keduanya dikurniakan tiga orang cahaya mata bernama, Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan Mikayla Delisha Hakim.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Norman Hakim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Lagu ‘Aku Budak Girl’ daripada bintang Tik Tok, Suekhaizhar telah menjadi antara lagu paling popular tahun ini dengan pencapaian video paling trending di YouTube untuk satu tempoh yang panjang.
Malah sehingga kini, ia video lirik lagu tersebut sebanyak 3.8 juta totonan setakat ini di YouTube.
Terbaharu, band pop rock meningkat naik, Neon Band pula muncul dengan versi rock baru yang ‘catchy’ berjudul ‘Aku Budak Boy’.
Selain mengenengahkan susunan muzik yang baru, lagu ‘Aku Budak Boy’ turut menampilkan penyanyi baru Neon Band, Boy yang merupakan bekas peserta program ‘Suara Viral’ (SR).
Keputusan vokalis lama Neon Band, Ezwan Ariff yang melancarkan single solo berjudul ‘Misteri’ sejak Disember tahun lalu menimbulkan tanda tanya apakah dia sudah meninggalkan kumpulan itu.
Kini, selepas tujuh bulan single solo Ezwan dilancarkan, persoalan itu terjawab apabila posisi Ezwan diisi penyanyi baharu tersebut.
Ini bermakna, penglibatan Boy, 33, atau nama sebenarnya Mohd Firdhaus Mahadzir melengkapkan ‘line up’ baru Neon Band yang turut dianggotai Adam (gitar), Azuad Abdullah (dram), Firdaus (keyboard), Naim (bass) dan Syafique Sharif (gitar).
Menurut Boy, penyertaannya dalam Neon Band adalah secara tidak sengaja selain menyifatkan dia lebih cenderung bergerak bersama kumpulan berbanding secara solo.
“Selepas tamat program SV saya ada berjumpa Abang Lan Adlie. Ketika itu, dia mahu carikan saya single solo. Saya okay saja. Sudah ada beberapa lagu tapi berasakan tidak kena dengan jiwa saya.
“Saya pula kalau boleh memang nak bersama sebuah kumpulan. Jadi, dia pun menyokong hasrat saya itu. Kebetulan sebelum masuk SV, saya memang terlibat dengan sebuah band. Namun, bukan rezeki kami untuk bersama.
“Kemudian Abang Lan minta saya cuba cari band yang lain. Kebetulan berjumpa dengan Neon Band dan kami pun ‘jamming’ bersama. Ketika itu, saya tahu mereka sudah ada vokalis yang terlibat dengan projek solo.
“Dari situ, kami cuba buat lagu sendiri. Tapi, pelancaran lagu ciptaan sendiri ini kami tangguh dulu. Kami fikir daripada tidak buat apa-apa, baik cuba rakaman nyanyian semula atau ‘cover version’.
“Ketika kami persembahkan ‘cover version’ lagu Aku Budak Girl, Abang Lan cukup tertarik dan minta kami buat susunan muzik baru agar berbeza dengan lagu ‘Aku Budak Girl’,” katanya.
Bertitik tolak dari situ, lagu nyanyian semula ‘Aku Budak Boy’ yang diinspirasikan daripada lagu ‘Aku Budak Girl’ nyanyian Suekhaizhar dipertaruhkan sebagai single pengenalan Neon Band bersama penyanyi baru yang diterbitkan Nova Music.
Sekali gus, lagu yang mendapat sentuhan susunan muzik daripada Neon Band itu sendiri memberi nafas baharu kepada muzik mereka sebelum ini.
“Macam dikatakan, single pertama Neon Band bersama saya sebagai vokalis baru sepatutnya dilancarkan selepas sambutan hari raya lalu. Tapi, disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 kami tidak sempat buat video muzik. Itulah yang membuatkan kami terpaksa tangguh dulu pelancaran single terebut.
“Jadi, pihak pengurusan Nova Music nak ketengahkan lagu Aku Budak Boy ini sebagai single pertama kami. Lagi pun Neon Band sudah lama tak keluar lagu baru. Jadi, nak gunakan fenomena lagu asal ini untuk kemunculan semula kami dan dalam masa sama memperkenalkan saya selaku vokalis baharu Neon Band.
“Kiranya, single Aku Budak Boy yang baru dilancarkan ini sangat berbeza dengan muzik Neon Band yang dikeluarkan sebelum ini. Malah, lagu baru yang ditangguhkan itu pun tidak sama.
“Dalam erti kata lain, lagu Aku Budak Boy ini memberi nafas baharu kepada muzik Neon Band sekali gus mampu menarik lebih ramai pendengar muzik tempatan. Harapnya, peminat boleh terima ‘wajah’ baharu Neon Band ini,” katanya.
Boy menambah, ‘Aku Budak Boy’ itu adalah ‘balasan’ kepada lagu ‘Aku Budak Girl’ yang mana liriknya lebih berunsur positif dengan memberi semangat kepada ‘Girl’ dan penyanyi Suekhaizhar yang mendapat kecaman warganet.
“Lirik asal lagu ini ada bahagian yang ditukar. Seperti semua tahu, lagu asal ini terkenal dan tular, tapi banyak juga dikecam dan dikeji. Jadi, lirik lagu Aku Budak Boy ini adalah balas balik kepada lirik lagu Aku Budak Girl yang memberi semangat pada ‘Girl’ dan penyanyi itu. Orang kata, semangat Boy pada Girl,” katanya lagi.
Ditanya tidakkah dia dan Neon Band bimbang jika dikatakan menumpang populariti lagu lain, Boy mewakili kumpulan itu mengakui masing-masing akan mendapat ‘keuntungan’ dan kelebihan.
“Bagi saya dalam bidang muzik kena bijak untuk buat keputusan. Sebagai contoh, kalau kami keluar lagu lain ketika saya pula masih baru pasti lebih sukar untuk mendapat tempat. Jadi, apa boleh dikatakan kami memang menumpang populariti lagu yang viral ini, tapi secara positif.
“Kami membawakan lagu ini dengan versi tersendiri yang memberikannya nafas baharu. Kalau lagu asal orang kecam, saya yakin untuk versi Aku Budak Boy ini orang akan suka. Malah, tanggapan mereka terhadap lagu ini pasti berubah.
“Sebenarnya kami nak bagi orang dengar kekuatan lagu ini. Secara tidak langsung, menerusi lagu Aku Budak Boy, lebih ramai orang lagi akan mendengar lagu Aku Budak Girl.
“Ramai cakap lagu ini mudah, tapi tak sebenarnya. Kami ambil masa dua hari untuk siapkan proses rakaman lagu ini,” katanya.
Antara lagu yang pernah dihasilkan Neon Band sebelum ini dan berjaya diterima peminat adalah ‘Cinta Yang Telah Mati’, ‘Hingga Akhir Nanti’, ‘Kaca’ dan ‘Jiwa’.
Lagu ‘Aku Budak Boy’ terbitan Nova Music telah dilancarkan hari Jumaat lalu dan kini boleh didengar di semua pelantar striming muzik.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan hos, Uyaina Arshad berkongsi pengalaman cemas apabila tayar kereta yang dipandunya tiba-tiba meletup sejurus pulang dari sebuah klinik di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Cerita Uyaina, kejadian berlaku dia ‘terfikir’ untuk tukar kereta baru dan dia akui satu kesilapan besar apabila berbuat demikian ketika pemanduan.
“Cerita semalam. Tayar kereta pecah & meletop. Semalam, masa dalam terowong nak balik dari clinic di KL, I sedar ada bunyi SANGAT KUAT DAN MENAKUTKAN.
“Dan benda yang paaaaling tak boleh blah tu, masa I tengah drive, I baru je cakap2 dengan diri sendiri, cakap dalam hati pasal nak beli kereta baru YA. KESILAPAN PALING BESAR!
“Tengah fikir2 dalam otak, kereta apa yang best. Kereta apa yang sesuai. Bila nak tukar etc (bukan waktu terdekat pun sebab I baru je beli kereta ni last year).
“Dalam dok ralit fikir pasal nak beli kereta lain, tiba2 kereta ni mengaum. Tapi I taktau apa sebab bunyi pelik ni. Ingatkan enjin LOL. So I teruskan pemanduan.
“Jauh jugak I drove the car dalam keadaan tayar dah meletop kebabom macam tu, tanpa sedar. Pastu dah dekat2 dengan OU, I cuba drive lagi tapi kereta tu dah macam takleh go so I stop tepi.
“Elok je stop, I check side mirror, tahu2 tayar dah
rabak. Dia dah jadi rambu-ramba tepi tayar tu,” kongsinya.
Cuak atas apa yang berlaku, Uyaina berkongsi dia terus menghubungi kekasihnya, Raja Syahiran dan kemudian mereka turut dibantu seorang lelaki untuk menukar tayar kira-kira 15 minit kemudian.
Dia pada masa sama turut berpesan kepada semua untuk peka melakukan pemeriksaan kenderaan apabila sudah sampai waktunya.
“Tak okay. Sempat la menangis sekejap sebab cuak. Terus call @rajasyahiranmy (nak call siapa lagi.) Kalau harapkan diri sendiri, I dah call tow truck ke apa ke. Sebab langsung tak reti bab2 tukar tayar, or bab kereta langsung. I just tahu start enjin & drive je.
“Dalam 10 minit Syahiran sampai. Syahiran suruh I masuk kereta. Jangan keluar. I pulak risau sebab situ jalan busy. Banyak sangat kereta, bas, motor laju2. Takut benda lain pulak jadi Nauzubillah.
“Dalam beberapa minit lepas tu, ada satu kereta merah stop belakang kereta kitorang. Satu Chinese brader ni turun dan tolong. Baik sangat abang tu.
“Alhamdullilahhh. Dalam masa 10-15 minit settle tukar spare tyre. Tapi, lessons learned. And I learned it the hard way.
“JANGAN LANGSUNG BERCAKAP ATAU FIKIR DALAM OTAK ATAU TERDETIK DALAM HATI PASAL KERETA LAIN, DALAM KERETA YANG KITA TENGAH PAKAI SEKARANG. KERETA TU TAHU. DIA AKAN TERUS BUAT HAL DAN MERAGAM! TRUST ME!
“And of course, check keadaan kereta selalu & hantar servis bila dah tiba masanya. Things could turn really ugly for me but Alhamdullilahhh Allah masih bagi pinjam nyawa ini.
“You guys jaga diri. And in all seriousness, ingat apa yang I pesan! Stay safe!,” kongsi Uyaina lagi.
Perkongsian tersebut dibuat pelakon drama Love Elsa itu menerusi satu hantaran di Instagram yang dikemas kini.
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.