Semalam, kita dikejutkan dengan berita pemergian pelakon dan krew Ruzzlan Shah Abdullah yang melakonkan watak Detektif Wong dalam drama siri kegemaran ramai, Gerak Khas.

Kelihatan ramai rakan artis yang turut sama memberikn ucapan takziah di atas pemergiannya itu.

Dalam pada itu, pelakon Hisyam Hamid sempat berkongsi di laman Instagramnya ketika bekerja dengan Allahyarham serta menyifatkan bahawa dia merupakan seorang yang sangat baik.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. I’m in shock bila dpt berita tentang arwah. Such a nice person, soft spoken, selalu belanja org makan, selalu bagi nasihat dan sgt prihatin terhadap org lain

“Semoga arwah Ruzzlan Shah Abdullah aka Detective Wong aka Abg Lan dicucuri Rahmatnya dan ditempatkan dikalangan yg beriman, InShaAllah. Al-Fatihah,” tulisnya.

IKLAN

Turut bersetuju adalah rakan pelakon, Erra Fazira.

IKLAN

“Innalillahiwainnailaihirojiun.. Perginya seorang abg yg baik hati dan prihatin kepada semua.. Kami dari team Gerak Khas amat terasa kehilangannya

“Moga Abg Lan ditempatkan bersama hambaNya yg soleh.. Moga syurga tempatmu wahai abg Lan a.k.a Detektif Wong.

IKLAN

“Salam takziah buat seisi keluarga. Duhai teman, mari kita sedekahkan Alfatihah buat almarhum Ruzzlan Syah Abdullah. ALFATIHAH,” tulisnya pula.

Benar kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Moga-moga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Foto/Instagram: Hisyam Hamid & Erra Fazira

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI