Che Ta Perjelas Akan Naik Mahkamah, Kongsi Pendirian Fasal Isu Poligami

210

Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan tampil memperjelaskan dakwaan yang kononnya, dia akan hadir ke mahkamah syariah berkaitan rumah tangga.

Tegas Che Ta mungkin spekulasi yang dibuat itu bukan ditujukan kepada dirinya, tetapi orang lain.

Bagaimanapun, pelakon Kak Marr ini tidak menafikan dia ‘akan naik’ mahkamah berhubung isu produk yang diusahakannya.

“Saya ada juga tanya dengan Afiq (pengurus) mengenai isu saya akan ke mahkamah Syariah. Dia pun tanya mengapa dan tidak tahu menahu. Jadi pada saya, mungkin dakwaan itu tersalah tuju pada saya. Jadi rasanya informasi tu salah. Sama ada salah informasi mahkamah atau tersalah artis.

“Tapi memang kami akan naik mahkamah pun. Bukan mahkamah syariah tapi mahkamah tinggi berhubung dakwaan saya tiru nama sebuah produk lain. Tak sama sebab branding kami berbeza.

“Tapi tak mengapalah, kita cuba jalan tengah jumpa di mahkamah,” tambah Che Ta yang turut memberitahu prosedur tersebut akan bermula awal bulan ini.

Kembali ditanya mengenai keharmonian rumah tangganya kini, Che Ta yang sedia dikenali sebagai antara selebriti yang cukup sporting dalam memberikan kenyataan mengakui, bahtera rumah tangga yang dibina bersama pelakon Zain Saidin turut ada pasang surutnya, sama seperti pasangan lain.

“Tak adalah bahagia sampai 110% kan. 99 plus plus lah. Sedangkan lidah lagi tergigit, sedangkan gigi pun boleh terjatuhkan. Apatah lagi laki bini,” katanya secara seloroh.

Ditanya mengenai poligami pada kaca mata bintang cantik ini pula, begini pendiriannya;

“Poligami itu sunnah Nabi. Eh, ada ke yang orang nak jadi madu Che Ta. Sharing is caring ok je. Sejak bila i tak bagi? Bolehlah…Zain yang tak mau,” jelas Che Ta.

Terdahulu, Che Ta ditemui MH pada majlis Nona Superwoman 2018 yang berlangsung penuh meriah di Sime Darby Convention Centre Bukit Kiara.

Pada malam itu, Che Ta diumumkan sebagai penerima Nona Fashionista Award 2018.

Foto: Instagram Rozita Che Wan

 

Apa Kata Anda