Pelakon dan sosialit popular Indonesia, Nia Ramadhani dijatuhkan hukuman penjara setahun bersama suaminya, Ardi Bakrie atas kesalahan penyalahgunaan dadah.

Pasangan suami isteri itu telah ditahan pada 7 Julai tahun lalu apabila pihak polis menemui dadah jenis metamphetamine atau shabu di kediaman mereka. Turut ditahan adalah pemandu peribadi mereka, Zen Vivanto.

Nia Ramadhani Dan Suami Dipenjara Setahun Akibat Penyalahgunaan Dadah

Hukuman yang dikenakan kepada mereka telah diputuskan oleh hakim Muhammad Damis dalam perbicaraan yang berlangsung di Pengadilan Negeri (PN) Jakarta Pusat semalam.

Pada permulaannya pendakwa raya dalam perbicaraan menuntut mereka masing-masing dijatuhkan hukuman pemulihan mandatori selama setahun, namun begitu hakim berhujah yang mereka tidak pernah dipaksa atau ditekan untuk menggunakan dadah.

Oleh sebab itu mereka tidak dikira sebagai mangsa dadah yang memerlukan rehabilitasi.

IKLAN

Nia Ramadhani Dan Suami Dipenjara Setahun Akibat Penyalahgunaan Dadah

“Tiada bukti bahawa defendan telah menggunakan dadah dalam keadaan bergantung kepada bahan tersebut, sama ada secara fizikal atau psikologi, sejak sekian lama,” kata Hakim Muhammad Damis.

Tambahan pula, mahkamah berkata Nia dan Ardi menunjukkan contoh buruk kepada orang ramai, ini menjadi faktor kepada keputusan mereka untuk menjatuhkan hukuman berat.

IKLAN

BACA JUGA: Rindu Ayah Dan Dituntut Menjadi Sempurna, Punca Nia Ramadhani Hisap Dadah Jenis Syabu

Nia Ramadhani Dan Suami Dipenjara Setahun Akibat Penyalahgunaan Dadah

Sebelum ini, Nia dan Ardi telah menjalani proses rehabilitasi sekitar lima bulan di sebuah fasiliti di Cisarua, Jawa Barat tahun lalu.

IKLAN

Mereka akan memfailkan rayuan terhadap hukuman itu.

Sekadar informasi, pasangan ini berkahwin pada tahun 2010 dan telah dikurniakan tiga cahaya mata. Nia Ramadhani merupakan seorang model dan pelakon popular. Di Malaysia dia begitu dikenali dengan watak Bawang Merah atau Siska menerusi sinetron hit Bawang Merah Bawang Putih.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Sumber: (1)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI