Kredit foto: Instagram Nia Ramadhani/Winston Gomez

Kes penangkapan Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie pada Julai lalu menggemparkan industri hiburan Indonesia. Pasangan ini ditangkap ketika sedang mengambil dadah di kediaman mereka yang terletak di kawasan Pondok Pinang, Kebayoran Lama, Jakarta Selatan.

Sejak itu mereka telah dihadapkan ke muka pengadilan dan turut dikehendaki menjalani sesi rehabilitasi bagi membendung ketagihan terhadap dadah jenis methamphetamine atau popular dengan gelaran syabu.

Rindu Ayah Dan Dituntut Menjadi Sempurna, Punca Nia Ramadhani Hisap Dadah Jenis Syabu

Hari ini, menurut laporan Tribun News, bintang sinetron yang terkenal dengan watak Bawang Merah ini kembali dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan bersama suaminya. Sesi prosiding ini telah diadakan di Pengadilan Negeri Jakarta Pusat, Jalan Bungur Raya, Kemayoran, Jakarta Pusat.

Dalam sesi tersebut Nia Ramadhani berkongsi yang dia mengakui yang baharu sahaja mengambil dadah tersebut sekitar April 2021. Dia menceritakan yang tindakannya itu didorong oleh satu masalah besar dalam dirinya yang sangat merindukan sang ayah.

IKLAN

Rindu Ayah Dan Dituntut Menjadi Sempurna, Punca Nia Ramadhani Hisap Dadah Jenis Syabu

Rindu Ayah Dan Dituntut Menjadi Sempurna, Punca Nia Ramadhani Hisap Dadah Jenis Syabu

“Kerana terfikirkan arwah ayah saya pada April lalu, saya mencari methamphetamine seperti yang diberitahu rakan. Saya meminta pemandu untuk mendapatkannya. Ramai orang menilai yang saya tidak layak untuk sedih, kerana ramai yang iri hati dengan saya. Padahal mereka juga tidak tahu yang saya juga seorang manusia yang turut memiliki masalah,” kongsi ibu kepada tiga cahaya mata ini.

IKLAN

Menurutnya lagi setelah mengambil bahan terlarang itu, wanita cantik ini mengakui yang keadaannya menjadi lebih baik dan apa yang difikirkan di kepala hilang begitu sahaja dan tidak membebankan dirinya. Namun dia mengerti yang yang kesan itu bukanlah untuk tempoh yang lama.

Rindu Ayah Dan Dituntut Menjadi Sempurna, Punca Nia Ramadhani Hisap Dadah Jenis Syabu

Mengimbau kembali saat dia dan suami ditangkap. Kes tersebut bermula apabila polis menahan pemandu mereka yang dikenali dengan nama, ZN bersama dadah seberat 0.78 gram yang diakui milik pasangan itu. Ekoran itu polis menahan mereka berdua di rumah dan saat pihak Polis menggeladah rumah mereka, alat menghisap syabu turut dijumpai.

IKLAN

Sumber: Tribun News

Sumber gambar: Instagram Nia Ramadhani & Instagram Ardi Bakrie

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI