Hos dan ahli perniagaan berjaya, Neelofa memilih untuk berdiam diri seterusnya tidak mahu ambil tahu mengenai dakwaan yang kononnya dia menjadi orang ketiga berhubung isu tular melibatkan PU Riz dan seorang wanita, baru-baru ini.
Menurut Neelofa, dia tidak tahu menahu mengenai perkara berkenaan dan lebih selesa untuk tidak berkongsi mengenai hal peribadi melibatkan dirinya.
“Saya tak tahu dan tak ambil kisah. Sebolehnya, saya tak mahu tambah kerisauan tentang hal itu. Saya sekat diri dari benda-benda yang tidak sepatutnya. Secara baik, tidak ada apa yang boleh saya komen tentang perkara tersebut.
“Mengenai peribadi pula, saya juga tidak bercerita banyak kerana bimbang ia boleh makan diri.
Ads
“Bagi saya, tidak perlu untuk buka aib sendiri begitu juga dengan orang di luar sana. Kalian mempunyai media sosial dan adalah lebih baik jika tidak terlalu mendedahkan hal peribadi.
“Jujurnya, ini bukan perkara baru yang saya dengar apabila ada yang mengaitkan saya dengan seseorang sebelum ini, tapi saya tak ambil kisah,”katanya
Neelofa ditemui di pelancaran butik terbaharu Naelofar di 1 Utama, Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.
Ads
Sementara itu, bekas pengacara MeleTOP ini membuat keputusan untuk tidak terlalu terbuka bercerita mengenai kisah hubungan peribadinya dengan mana-mana individu.
Ini kerana, hal serius melibatkan perhubungan sebagaimana yang diperkatakan masih belum pasti dan Neelofa meminta orang ramai untuk menghormati keputusannya itu.
Ads
“Sehingga sampai akad kalau nak kongsi sikit-sikit okay, malah dalam Islam, ikatan bertunang pun tidak sesuai untuk dihebohkan.
“Apatah lagi, hubungan yang tak ada ikatan. Jadi, tolong hormati keputusan saya untuk tidak terlalu berkongsi kehidupan peribadi,” ujarnya.
Terdahulu, bekas kekasih Pencetus Ummah (PU) Rizz iaitu Amal Syahmina tampil memuat naik satu kenyataan selepas menerima pelbagai kecaman susulan tindakannya mempertikaikan tindakan seorang selebriti yang digosipkan dengan pendakwah muda terbabit.
Tidak semena-mena nama Neelofa dikaitkan oleh netizen meski status yang ditulis gadis berkenaan tidak menyebut nama mana-mana pihak.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini video memaparkan anak kedua pelakon Wawa Zainal yang sedang bersolek sambil diiringi lagu Bloody Mary nyanyian Lady Gaga menjadi pertikaian dalam kalangan netizen.
Terbaharu, menerusi Insta Story Wawa, aktres ini ada berkongsikan luahannya berhubung tindakan netizen yang kini senang-senang melabelkan ‘syurga neraka’ seseorang individu itu.
Dalam perkongsian itu, Wawa atau sebenar, Nurul Hawa Zainal Abidin, 31, memuat naik tangkap layar (screen shot) komen yang ditinggalkan seorang individu berhubung ‘keterlanjuran’ pelakon itu yang memuat naik video anaknya sebelum ini.
Menerusi komen itu, individu tersebut menegur perbuatan Wawa.
“Ada yang kata ala lagu je. Takpelah kalau dah kata macam tu. Allah akan membalas setiap apa yang kita buat atas muka bumi ni.
“Atas dunia bolehlah bagi seribu satu alasan, dekat akhirat mana mahu lari. Neraka tunggu penghuninya,” tulis individu berkenaan.
Tidak berdiam diri, Wawa kemudiannya memberi respon terhadap komen tersebut dengan menulis, “Pulak dah. Yela, kau seorang je ahli syurga. Takutlah netizen sekarang, siap tentukan syurga ke neraka.”
Terdahulu, Wawa memuat naik video anak perempuannya, Hayla Magrifatul Adzkiyaa yang sedang bersolek menggunakan produk keluaran pelakon tersebut.
Dalam video tersebut, Hayla menggayakan dres berwarna hitam sambil mengikuti ‘trend challenge’ yang popular di TikTok, mengubah wajah menjadi watak Wednesday Addams.
Rata-rata netizen menegur lagu Bloody Mary yang dimainkan dalam video itu tidak berapa sesuai dan menasihati Wawa supaya lebih peka dan sensitif supaya mengkaji dahulu maksud lirik lagu tersebut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Wawa Zainal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengarah Michael Ang ada memuat naik video di Instagramnya semalam.
Menurut Michael, dia tidak bersetuju dengan perancangan pihak tertentu untuk membina pusat membeli-belah dan hotel di sekitar hartanah kawasan Kampung Baru, Kuala Lumpur.
“Hai semua! Pagi-pagi ni dah bangun terbaca kerajaan nak beli tanah kat Kg Baru. .
“Tahulah tanah kat sana mahal, tapi aku rasalahkan,kalau kerajaan nak beli, tak payahlah buat hotel dan shopping mall sebab kat KL ni dah penuh dengan semua tu,” kata pengarah Kimchi Untuk Awak itu.
Malah, Michael telah memberi cadangan dan ideanya untuk menjadikan Kg Baru
“Apa kata kerajaan bangunkan Kg Baru dan jadikan rumah supaya cantik macam kat Kg Morten,Melaka..Kan lagi bagus. KL dah banyak sangat shopping mall dan hotel. Tak payah bina lagi. Meluat aku! ,” kata Michael dengan nada tinggi.
Lalu, netizen bersetuju dengan pendapat yang dikemukan Michael itu.
Terdahulu, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad berkata, kerajaan memerlukan dana RM10 bilion jika berhasrat membeli tanah Kampung Baru untuk dibangunkan menjadi penempatan moden dan sistematik orang Melayu di tengah ibu negara.
Sejarah Kampung Baru:
Kawasan penempatan orang Melayu terbesar di ibu kota bermula pada 1899 melalui tanah kurniaan Sultan Selangor ketika itu, Sultan Alauddin Sulaiman Syah Raja Muda Musa (Sultan Sulaiman).
Kampung Baru ini telah ditubuhkan oleh kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan negeri Selangor semasa rancangan pembangunan semula Kuala Lumpur daripada sebuah kampung lombong timah kepada sebuah bandar utama.
Keluasan asalnya ialah 223 ekar dan menaungi tujuh kampung, iaitu Kampung Hujung Pasir, Kampung Periuk, Kampung Masjid, Kampung Pindah, Kampung Paya, Kampung Atas A dan Kampung Atas B.
Video/ Sumber : Instagram Michael Ang, Sinar Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi era 80-an, Aman Shah menghembuskan nafas terakhir pada usia 68 tahun akibat komplikasi jantung di Institut Jantung Negara (IJN), kira-kira jam 2.20 petang tadi.
Perkara tersebut dimaklumkan pembantu khas kepada adik Allahyarham, Amirudin Mokhtar yang memaklumkan arwah dimasukkan ke hospital sejak minggu lalu.
“Ya, Allahyarham meninggal dunia kira-kira pukul 2.20 petang tadi. Semalam saya dimaklumkan arwah menjalani pembedahan. Sekarang kami sedang menunggu proses pengurusan jenazah,” katanya.
Sementara itu, memetik Awani, anak sulung Allahyarham, Hadzly memaklumkan buat masa ini, jenazah bapanya masih berada di IJN dan dijangka kebumikan hari ini.
Terdahulu, Aman Shah pernah menempah kemasyhuran antaranya menerusi lagu Adikku Pandai Menari dan lagu raya, Kepulangan Yang Dinanti.
Allahyarham juga pernah membintangi beberapa buah filem antaranya Darah Satria.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang K-pop kelahiran Malaysia, Isaac Voo, yang dikenali sebagai ahli kumpulan SKYE (IN2IT) di Korea Selatan, baru-baru ini mengejutkan ramai apabila menyertai Program Latihan...