
Pelakon Natasha Hudson, meluahkan rasa syukur atas kelahiran cahaya mata lelaki pertamanya pada 25 April lalu yang disifatkan sebagai rezeki dan anugerah yang tidak disangka dalam hidupnya.
Natasha atau nama sebenarnya, Natasha Liana Mohd Redzuan, 44, berkata kehadiran bayi lelaki yang diberi nama Rylo itu melengkapkan keluarga kecilnya dengan sepasang cahaya mata.
Natasha yang kini menetap di Langkawi bersama suami, Muhammad Harits Jasmin atau mesra disapa Jay, baru saja selesai melalui fasa berpantang selepas melahirkan anak kedua.
“Saya bersalin pada 25 April lalu, baru habis tempoh berpantang, Alhamdulillah.
“Ini ialah anak lelaki pertama saya, sesuatu yang memang tidak dirancang. Orang kata semuanya berlaku ada hikmah dan saya memang sangat gembira,” katanya.
Pelakon dan model berdarah kacukan Melayu-Australia itu turut berkongsi, sepanjang tempoh berpantang, dia lebih selesa berada di rumah serta menguruskan sendiri keperluan harian anaknya.
Natasha turut bersyukur kerana segala urusannya selepas bersalin berjalan lancar dan dipermudahkan.
“Saya baru habis tempoh berpantang. Jadi ketika fasa pantang, memang saya cuba jaga betul-betul. Saya tidak keluar mana-mana dan lebih banyak duduk di rumah sahaja.
“Alhamdulillah semuanya masih boleh diuruskan sebab saya memang buat semuanya sendiri termasuk memasak. Memang kebanyakan masa saya hanya di rumah.
“Kakaknya pula, Kaia banyak meluangkan masa dengan ayahnya di pantai. Tak sangka masa berlalu begitu cepat,” katanya lagi.

Baca Artikel Lain;
Natasha Masih Rindukan Lakonan
Dalam perkembangan lain, Natasha mengakui dia masih merindui dunia lakonan walaupun kini sibuk menguruskan perniagaan seramik dan tembikar di studio miliknya.
Menurutnya, tawaran berlakon masih diterima namun kebanyakannya tidak bertepatan dengan masa dan watak yang sesuai untuk dirinya.
“Sudah tentu saya rindu untuk berlakon. Memang ada saja tawaran yang datang.
“Kalau tidak silap, kerja lakonan terakhir saya kira-kira tiga tahun lalu bersama RTM dan kebetulan penggambaran dibuat di Langkawi serta Kuala Lumpur.
Anda mungkin berminat dengan
“Saya rasa tawaran yang datang kadang-kadang bukan pada waktu yang sesuai atau wataknya tidak sesuai dengan saya,” katanya yang turut komited membantu menguruskan operasi perniagaan sukan luncur ombak yang diusahakan suami.
Terdahulu pada 25 April lalu, pasangan ini menyambut kelahiran cahaya mata kedua mereka dengan berat 3.25 kilogram (KG).
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 28 Mac 2022 itu turut dikurniakan seorang anak perempuan, Kaia yang kini berusia dua tahun.
Menerusi perkahwinan terdahulu pula, Natasha mempunyai tiga cahaya mata perempuan iaitu Neesa Helen, Naeema Kalila dan Faatimah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
View this post on Instagram
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

