Penyanyi, Fazli Zainal yang sedang bertarung dengan jangkitan wabak Covid-19 ada berkongsi perkembangan tahap kesihatan terkini dirinya yang kini sudah beransur pulih dan bertambah baik.
Fazli atau nama sebenarnya Fadzli Zainal memaklumkan perkara tersebut menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, penyanyi yang sinonim dengan lagu berjudul Harapan ini menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan buat dirinya.
Ads
“Alhamdulilah beransur pulih & nampak progress. Sabar yer semua, alhamdulilah saya sgt ok. Terima kasih atas doanya semua,” tulisnya.
Sebelum ini, Fazli telah sah dijangkiti wabak Covid-19 beberapa minggu yang lalu dan dikejarkan ke Hospital Ampang, Kuala Lumpur selepas paras oksigen dalam tubuh badannya menurun ke 75 peratus.
Ads
Selepas itu, Fazli dimasukkan ke Unitr Rawatan Rapi (ICU) bagi meningkatkan kembali paras oksigen dalam tubuh badannya.
Pelawak dan usahawan, Lan Pet Pet menafikan dakwaan dia dikatakan melakukan aktiviti menjual barangan terlarang sekali gus tampil membuat penjelasan berhubung satu video tular yang diambil secara curi oleh seseorang, baru-baru ini.
Lan atau nama sebenarnya, Mazlan Ahmad berkata dia pada mulanya ingin mengambil tindakan terhadap individu yang menyebarkan video serta memfitnahnya, namun menarik semula hasrat tersebut selepas mendapat khidmat nasihat peguam.
Malah anggota kumpulan Senario ini juga mengambil pendirian untuk memaafkan individu serta sesiapa saja yang turut menyebarkan video tersebut hingga dia dikecam di laman sosial.
Pelawak berusia 52 tahun itu ditemui pada sidang media di Kompleks Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor, pada Jumaat.
“Saya tak jual barang terlarang seperti yang didakwa… apa yang ditularkan itu hanyalah jual beli ubat untuk lelaki. Saya tampil untuk menjelaskan keadaan sebenar. Pada awalnya memang nak ambil tindakan.
“Tapi selepas berbincang dan mendapatkan nasihat peguam, saya tarik hasrat tersebut. Saya boleh teruskan saja tindakan itu sehingga menyebabkan individu tersebut perlu membayar jumlah yang besar.
“Tetapi saya ada belas kasihan dan enggan membiarkan reputasi saya tercalar. Lagipun, saya sudah memaafkan individu dan semua yang telah menyebarkan video tersebut selain memfitnah saya,” katanya.
Sementara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya beberapa hari lalu, Lan mendedahkan dia mengambil serius hal tersebut kerana berunsur fitnah dan boleh mengaibkan nama.
Pada masa sama, Lan turut sedar terdapat segelintir pihak yang menyifatkan video tular terbabit sebagai salah satu gimik untuk dia menjual produknya.
Namun, menurut Lan, dia lebih berasa sedih apabila ramai netizen yang melemparkan kata-kata kesat terhadap keluarga, ibu dan arwah bapanya.
“Saya tahu ada segelintir pihak yang menganggap apa yang berlaku hanya gimik untuk saya menjual barang. Tapi, ini bukan gimik. Saya tak perlukan gimik atau sebagainya untuk menjual produk saya.
“Tapi sejujurnya saya agak sedih dan terkilan apabila ramai orang kecam keluarga saya termasuk ibu serta arwah bapa saya. Saya rasa sebak apabila terkenang wajah arwah bapa,” ujarnya.
Pada 5 Ogos lalu, tular sepotong video di Twitter yang memaparkan seorang individu seperti sedang menjalankan urusan jual beli dalam keadaan mencurigakan bersama seorang penunggang motorsikal.
Dia kemudian keluar dari kenderaan yang dipandunya dan terus meluru ke arah perakam, sejurus menyedari ia dirakam.
Menerusi ciapan dalam Twitter yang telah dipadam itu, rata-rata netizen mulai berteka-teki seterusnya memetik nama Lan Pet Pet sebagai pelawak yang didakwa berdasarkan loghat percakapannya pada ketika itu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Nur Fazura menyifatkan harga tudung yang dijual dengan harga serendah RM27 sehelai menepati dengan matlamat awalnya menghasilkan rangkaian berkenaan.
Menurut Fazura, dia sebolehnya mahu semua wanita tidak rasa terbeban, sekaligus mampu memiliki helaian tudung yang dikeluarkan.
“Syukur Alhamdulillah, ramai juga orang tanya RM27, semua tak percaya kan. Tapi i think, its my first attention… sebab saya nak semua orang pakai, semua orang be able to beli.
“Sebagai businesswoman, i must be honest and sincere. Sudah tentu kita nak untuk lebih, buat duit and everything. Thats true dan saya boleh berbuat begitu, tetapi matlamat saya sedari awalnya i want semua orang to be able untuk beli,” katanya.
Perkara tersebut dikongsikan bintang filem Pisau Cukur itu di dalam sesi IG Live di Instagram bersama hos, Viviana Abdullah baru-baru ini yang telah dikongsikan kembali pengguna media sosial.
“Malah saya sendiri pun, kalau nak beli tudung macam kalau lebih RM50 macam… ‘mahalnya’. Jadi bila ia dibawah RM50, rasanya affordable. Mengapa tidak make it more affordable, RM27.
“I think its a good number sebab my birthday lepas tu the day Fattah purposed juga. Jadi ia dikira simbolik punya number,” katanya santai.
Terdahulu, Tudung Fazura telah dilancarkan bulan lalu dan sehingga kini, ia mendapat reaksi baik pengguna.
Foto: Instagram Fazura
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Hafiz Suip tidak menafikan mengenai tekanan yang diterima sekiranya individu itu sering ditanya mengenai perubahan fizikal.
Mengakui dirinya kini berada dalam keadaan yang sihat, namun dia bersyukur sekiranya ada yang benar-benar prihatin tanpa memberikan tuduhan yang tidak berasas.
“Apabila kamu ditanya soalan membabitkan ibu bapa, isteri atau mentua. Jika kamu sering ditanya begitu, tertekan tak? Memang tertekan sebab saya manusia biasa, menjadi artis hanyalah sebuah kerjaya.
“Jika manusia biasa dilempar bermacam-macam tuduhan memang boleh tertekan. Saya sihat, tapi apa yang orang lain nak sampaikan daripada pertanyaan mereka?
“Sekiranya mereka benar-benar prihatin saya ucapkan alhamdulillah,” katanya.
Menurut Hafiz, dia juga telah membuat pemeriksaan secara alternatif sebelum ini turut risau jika soalan sama berulang kali ditanya boleh mengganggu kesihatan mentalnya.
“Jika memang ingin concern jumpa terus atau call secara personal. Jangan tuduh seseorang itu atau cakap pada orang lain seterusnya beri tanggapan yang pelbagai.
“Nanti daripada saya sihat, terus jadi sakit sebab tertekan,” katanya lagi.
Hafiz berkata demikian pada sidang media pelancaran lagu Berakhirlah Pencarianku, sebuah lagu duet bersama Ernie Zakri yang dilangsungkan secara maya pada Jumaat.
“Bagi saya ini projek yang boleh diibaratkan mimpi menjadi kenyataan kerana dapat juga berduet dengan Ernie.
“Sebelum ini, saya pernah menyaksikan persembahan duetnya dengan protege saya. Pada masa sama dia juga seorang guru vokal.
“Orang lepas menang AJL ke-35 takkan nak tolak. Dapat peluang berkongsi studio, ia satu perkara yang sangat baik,” katanya.
Pada masa sama, kolaborasi mereka menerusi lagu tersebut turut memberi peluang kepada untuk saling berkongsi pengalaman yang ada.
“Apa yang saya lalui selama ini menjadi pengalaman. Mungkin itu juga yang membuatkan orang nampak saya di tahap sekarang. Sebenarnya banyak lagi perkara yang saya nak kena belajar.
“Dari segi teknik nyanyian, banyak lagi yang perlu dipelajari jika mahu dibandingkan dengan Ernie. Macam Ernie dia memang belajar itu. Saya belajar juga, tapi lambat. Jadi, dari segi teknik nyanyian, Ernie masih terbaik bagi saya.
“Kalau dari soal pengalaman, mungkin saya ada sedikit kelebihan sebab saya sudah lebih 10 tahun berkecimpung dalam industri muzik dan pernah menang pelbagai anugerah.
“Jadi, apa yang saya nak sampaikan di sini ialah masing-masing ada keistimewaan. Saya tak nafikan Ernie ada vokal yang sangat bagus,” ujarnya.
Hafiz juga berharap, kolaborasinya bersama Ernie ini mendapat respon baik peminat muzik.
Berakhirlah Pencarianku merupakan lagu ciptaan komposer Ikhwan Fatanna dan Wan Salleh serta lirik oleh Penerbit drama, Datuk A. Aida itu terbitan bersama Nova Music dan Rocketfuel.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.